BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 21 March 2016

MATI AYAM-MATI LAH TUNGAU.

Mati Ayam-Matilah Tungau:
Begitulah perumpamaan orang-orang tua kita dedulu
dulu.Orang Melayu dedulu bila berbincang,bercakap
mereka banyak selitkan dengan bidalan,kias kata yang
di tujukan kepada sesuatu perkara.

Ini boleh lah kita ibaratkan kepada apa yang berlaku
dalam Parti Keramat orang Melayu ia-itu UMNO,yang
bergolak bagitu keritikal,sama ada dari luar,malahan dari
dalam UMNO itu sendiri,UMNO hari ini parti Najib,untuk
membela Najib,bukan parti peduli rakyat.

Banyak ramalan UMNO dalam keritikal,sekiranya parti tersebut
tidak dapat menyelesaikan masaalah dalaman mereka dengan
baik,maka akan kecundang dalam menghadapi Pilihanraya
PRU 14 akan datang.

Taat setia pemimpin UMNO mempertahankan Najib,sanggup
mati dan rebah bersama Bos mereka agak keterlaluan,membabi
buta,Sebab itu kita lihat hari ini bermula dari Majlis tertinggi,
Kabinet,Ketua-Ketua Bahagian,Tim,Naib Ketua Bhg yang diberi
Dedak oleh Najib,tampil memberi sokongan penuh kepada Najib
Razak sebagai Preseden Parti n Perdana Menteri,walau pun me-
reka tahu apa yang sebenarnya berlaku terhadap Najib,berkaitan
hutang 42milion dan derma 2.6 belion dan berbagai salah laku.

Semua orang tahu,kami tahu,rakyat di kampung-kampung pun
tahu,mereka-mereka nie lebih tahu kedudukan perkara ini,dunia
pun tahu.Namun kerana kuasa,tembolok dan kedudukan,mereka
sanggup mati,tumbang bersama Najib,macam kata orang tua de-
dulu,Mati Ayam matilah Tungau.

Mereka sedar,kalau Najib jatuh,mereka juga turut jatuh,hilang
kerja,jawatan,mereka-mereka nie tidak dapat dedak lagi,bukan
itu sahaja,silap-silap mereka ke Sungai Buluh menjadi penghuni
Penjara Sungai Buluh,akibat perbuatan salah guna kuasa mereka
semasa berkuasa.

Dalam Islam memang menggalakan taat setia pada pemimpin,
tetapi bukanlah taat setia membuta tuli,pemimpin kena di tegur
bila berlaku kesalahan,Najib mungkin tidak nampak kesalahan
yang dibuatnya,macam sampah masuk kemata Najib,Najib tentu
sekali tidak nampak,pemimpin-pemimpin inilah yang diharap
tolong membuang sampah tersebut, Taat kepada Allah dan Taat
pada Rasul itu wajib,taat kepada Ulilamri ada syaratnya,bukan
membabi buta.

Itu lah,bila banyak sangat menerima atau makan dedak,bagini
lah jadinya,kalau tak sokong Najib,bantuan dedak di sekat,ala-
mat dapor tak berasap,rahsia-rahsia akan di dedahkan,mahu
tak mahu kena sokong.

Ingat !!!,Anak Melayu bermain api. Jangan tertipu dengan
Bogis,Jawa Aceh dan seangkatan dengan nya.


0 comments: