BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 14 March 2016

TAK USAH LAH LANTIK SAYA-KU LI.

GUA MUSANG:13-3-2016..

Kelmarin,barisan kebinet kerajaan Malaysia sebulat suara
memutuskan untuk melucutkan jawatan bekas Perdana Men-
teri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penesihat Petrolian
Nasional (Petronas).

Sehubungan dengan itu Ahli Parlemen Gua Musang Tengku
Razali Hamzah (KU LI) menolak dakwaan mengatakan beliau
antara calon yang di lantik memegang  jawatan tersebut,selepas
Dr.Mahathir,dan menyatakan beliau lebih selesa dalam keadaan
sekarang.

"Tak usahlah lantik saya,kerana hati saya lebih senang dalam
keadaan begini (Tanpa Jawatan)." komen ringkas Ku Li kepada
pemberita selepas merasmikan  Mesyuarat Agong Persatuan
Ibu/Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi
dekat sini semalam.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Dati Ab.
Aziz Abdullah,Adun Galas,Ab.Aziz Yusof dan Ketua Polis
Superintendan Saiful Bahri Abdullah.

Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan yang
menyatakan kabinet berpendapat Dr.Mahathir sewajarnya tidak
memegang sebarang jawatan yang mempunyai kaitan dengan
kerajaan,kerana beliau tidak lagi  di dukung kerajaan sedia ada.

Ketika di minta pendapatnya mengenai perlantikan jawatan
Dr.Mahathir,Ku Li yang juga bekas Pengasas Petronas brkata,
perkara ini bukan isu baru.

Menurutnya,sebelum ini Dr.Mahathir pernah menyerahkan
surat perletakan jawatan sebagai penesihat Petronas kepada
kerajaan,tetapi di tolak dan bekas Perdana Menteri itu diminta
terus menerajuinya.

"Saya di beri tahu bahawa,sebelum kabinet meluluskan perlu-
cutan jawatan itu,Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat
perletakan jawatan  sebagai Penesihat Petronas,lagi pun tiada
peruntukan menyatakan Penesihat Petronas boleh di lantik
dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan seperti Dr.Mahathit.

"Berdasarkan Akta Kemajuan Petrolian,ahli majlis penesihat
Petrolian perlu di lantik dari kalangan pegawai kanan kerajaan
Pakar-Pakar minyak,wakil negeri pengeluar minyak dan pene-
sihat kerajaan mengenai minyak dan lombong."katanya.

*** sumber..sinar online..


0 comments: