BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 25 August 2014

Masih ada harapankah Pakaatan Rakyat ke-Puterajaya !!!

Inilah ungkapan pertanyaan yang hangat di perbualkan oleh rakyat bawahan akar umbi di warong-warong,kedai kedai kopi,sama ada pendukung-pendukung PR dan pengundi pengundi atas pagar. Ekoran krisis politik,perebutan kuasa MB Selangor yang begitu meruncing,hingga kehari ini belum selesai,walau pun PAS bersetuju calon MB dengan dua nama daripada Keadilan,tapi ia masih tergantung,kerana TS Khalid tak mudah memberi laluan kepada penggantinya,hanya tunggu budi bicara Sultan Selangor,apa saja boleh terjadi, bubar DUN atau sebaliknya. Inilah yang menghantui pendukung-pendukung PR di peringkat akar umbi,Pergolakan dalam Keadilan dengan langkah Kajang,tempiasnya juga terpercik pada PAS dan DAP hingga jadi serang menyerang,tembak menembak sesama sendiri dah banyak dah cedera parah dan dah teperangkap dalam jerangkap samar yang di pasang musuh. Pada aku dan kawan kawan yang masih ada kepercayaan lagi pada PR kami yakin PR masih ada harapan ke Putrajaya dlm PRU 14 nanti,tetapi dengan syarat elakan sebarang kesilapan lalu,muafakat ketiga-tiga parti gabungan,sebelum sesuatu keputusan di buat,jangan ada buli membuli sama sama rakan,kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Hadapkan muncung senjata anda kepada musuh utama kita, bukan kepada kawan anda. Jangan abaikan amanah rakyat yang memilih kita, Kepada PAS/DAP cuba berusaha mengambil jalan tengah,menjadi kan parti arus perdana (Mainstream) hanya politik jln tengah(Middle ground)boleh melangkaui batas-batas yang di tentukan oleh musuh kita.Dan hanya VISI menjadi parti Arus Perdana kita dapat skongan semua memerentah negara Oleh itu mulai hari ini PR terutama di Selangor,jangan berlengah turun padang menyantuni rakyat supaya mengembalikan kepercayaan rakyat supaya terus sokong kita,bagitu juga semua pemimpin PR seloroh negara hendaklah bekerja keras untuk memenangi hati rakyat dan dengan sendiri nya dapat mengubat luka luka parah hasil tembakmenembak sama sendiri,PR kena berusaha,kerana kita tak banyak masa lagi hanya lebih kurang 3 setengah tahun aje PRU 14. Kalau PAS menang di kawasan campuran kaum dengan sokongan bukan melayu dan DAP menang di kawasan campuran dengan sokongan melayu,kami percaya gelombang tersebut juga membawa kemenangan sama pada Keadilan. Insyaallah,kami rasa Pakatan Rakyat boleh ke Puterajaya.Lagi pun Ameno bukanlah kuat,kalau mereka menangpun bukanlah mereka kuat,mereka menang sebab PR dok bercakaran sama sendiri.Ameno nie dah tua,banyak penyakit,bukan saja,panau,kurap bahkan penyakit kronek,mereka memegang tampuk pemerentahan pun kerana mereka menguasi Media Massa,seperti Utusan Malaysia,TV 3,dan pelbagai agensi propoganda,Biro Tata Negara,Jasa,Kemas dan Ngo-Ngo ternakan mereka untuk memecahbelahkan masyarakat dengan sentimen perkauman.Semua perbincangan politik dibicara kan dengan kacamatan 3R.(RACE,RELIGION,ROYALTI) iaitu,perkauman, Agama,dan Institusi Raja. *** Ini pendapat kami dari anak kampung.

Monday 18 August 2014

Apa cerita Sultan Selangor Panggil TG.Haji Hadi pada 5 Syawal?

Sedikit Pendedahan Pada Ahli PAS. 5 Syawal Sultan Selangor panggil menghadap TG.Haji Hadi,Sultan bagi tahu tak mahu Wan Azizah jadi MB.Sultan suruh TG.Haji Hadi beri nama dari wakil PAS. Tuan Guru Haji Hadi menolak,sebab dalam PR wakil MB Selangor dah sepakat nak lantik dari wakil PKR, atas semangat setiakawan. DS.Anuar pergi ke Terengganu untuk suruh TG.Haji Hadi tandatangan sokongan supaya Wan Azizah jadi MB .Haji Hadi tak mahu,sebab Sultan tak setuju dengan Wan Azizah. PAS arah exconya supaya terus kerja supaya Khalid tidak bekerjasama dengan Umno,dengan perkenan Sultan.Pas hanya suruh bersabar tak lama hanya seminggu aje. Sekarang orang PKR-DAP dan orang yang tak tahu apa-apa dok hina dan caci Hj.Hadi dan TG.Nik Aziz, sebab katanya tak ada semangat setiakawan dan khianat dengan Pakatan Rakyat la. Puashati kutuk Preseden PAS dan pemimpin pas yang lain. ****tu sebab TG.Haji Hadi (Pas) minta calon MB lebih dari satu. Sumber: Kerbau bersuara...

Saturday 9 August 2014

Pakatan masih harapan rakyat.oleh:DR.DZULKIFLI AHMAD

. APAPUN punca rentetan"keberentakan dalaman"sehingga Pakatan Rakyat sedang mengelami Fenomena "self dec truct mode" yang berpotensi membawa kepada berakhiir nya koalisi muafakat politik" ini. Pimpinan tertinggi mestilah segera menangani serta mengelakan perpecahan ini. Sangat malang sekiranya Pakatan Rakyat berakhir disini, kerana umum mengtahui bahawa inilah saja wadah yang menjadi harapan rakyat untuk menimbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa umno-BN akan datang. Tiada mustahil juga Pakatan mampu mengambil pentadbiran negara di Putrajaya.Jesteru,berpada-pada lah bahkan sebaiknya segera hentikan dalam menyerang serta menem bak sesama sendiri kerana kita sedang di tertawakan oleh seteru politik kita. Mereka bertepuk sorak serta mempergiat mengadu dumba kan bagi meretakan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat mutakhir ini.Wajah-wajah saudara didada akhbar mereka dimuka depan !Aneh,mengapa mereka memberi ruang kepada saudara..ya...segera sedar dan insaflah... ruang di beri kerana anda menembak sesama sendiri...... amat malang !. Rakyat mengharapkan saudara,sementara saudara asik bercakaran dan di anggap memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemasalahatan rakyat dan kepentingan negara! Itulah persepsi rakyat kini,mungkin saudara tidak setuju dan saudara punya hujah yang kukuh ya...semua kita merasa kan punya hujah yang kukuh tetapi itu persepsi rakyat. Ayuh saudara-saudaraku,bangun daripada keasykan dimamah perangkap kitaran ganas yang memusnahkan ini,dengan setiap orang kita berteriak "Cukuplah kehancuran Pakatan Rakyat ini".(Enuf is enuf of destroying Pakatan Rakyat). Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang atau mengeluarkan Communique untuk hentikan kemusnahan ini (Arrest the self Destruction) tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi mengurus tuntutan krisis yang sangat ganas ini. 10 hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesapaduan muafakat politik yang kita bina selama ini. Dikata kan hanya divine intervention mampu menyelamat kan Pakatan Rakyat,namun saudara juga tahu..."Allah tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mahu mengubahnya" (Mafhum Al-Ayah). Maka wajar bagi Pemimpin Tertinggi sendiri pertama-tamanya sebahagian daripada bantuan Allah yang bertindak menjadi anasir penyelamat dalam kemelut ujian getir ini.Kalau benar- benar saudara masih ingat,tuntutan kepimpinan adalah pertamanya menyatukan hati hati pejuang (Taalluf Al-Quluub). dan bukan sebaliknya,mengizinkan keutuhan kesapaduan oraganisasi dirobek begini rupa. Jika tidak,sejarah akan menghukum saudara dengan pimpinan yang mengizinkan Pakatan Rakyat berpecah dan juga sekaligus ditanggapi,pimpinan yang mencetuskan kemelut dan krisis kali ini!Sekali lagi ini adalah persepsi rakyat,mungkin boleh saja kita nafikan. Semoga-moga rintihan dan syakawa (pengaduan) yang dititip kan pada dinihari ini mendapat empati dan respons positif saff Pimpinan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan semua pimpinan Pakatan Rakyat disemua peringkat diseluruh negara. Ya Allah,ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur pimpinan tertinggi muafakat politik ini,yang masih ku tanggapi "Tahaaluf Siyasi"yang punya kemuliaan nya disisiMu. Bagi menegakkan keadilan dan membenteras segala kezaliman, hanya Allah tempat memohon aduan atau bantuan. ***Penilis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas; Artikel di petik daripada The Malaysian Insider.

Saturday 2 August 2014

Waspada surat palsu pecahkan PAS,PR-Mustafa

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengingatkan ahli ahli Pas dan Pendukung Pas dan Pakatan Rakyat (PR) supaya berwaspada dengan usaha jahat pihak tertentu untuk memecah belahkan PR. Sehubungan itu,beliau menjelaskan bahawa PAS menarik diri daripada PR sebagaimana surat yang tersebar di media sosial adalah palsu. Tegasnya,surat yang kononnya di tanda tangani beliau dengan menggunakan letter head Pejabat Agung Pas,perkara itu merupakan pembohongan semata-mata. , Seloroh ahli Pas dan Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan usaha jahat seperti itu bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat ujarnya. Sumber:Harakahdaily 2/8/2014.