BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 20 September 2014

NASIB 6 MBNTERI BESAR SELANGOR

Bila kita memerhatikan keadaan krisis perlantikan Menteri Besar Selangor nie aku teringat krisis MB-MB sebelum ini bermula dari Dato Harun Idris th.1964-1976,Dato Harun telah berkhidmat sebagai MB Selangor selama 12 tahun..Terpaksa melepaskan jawatan atas tekanan dari parti sendiri (UMNO) Dan beliau di tuduh rasuah..Beliau adalah Menteri Besar yang banyak menolong orang Melayu,membawa orang Melayu ke bandar menjadi penoroka bandar. Peranan Dato Harun dalam rusuhan kaum (13-Mei-1969 telah beberapa kali di persoalkan oleh rakan-rakan dlm puak-puak UMNO sendiri. Tetapi beliau terselamat daripada tekanan pesaingnya,kekal MB bagi penggal kedua. Pada tahun 1976 beliau di pecat dari UMNO,kemudian di dakwa rasuah,beliau menjalani hukuman penjara 6 th.di penjara PUDU, beliau di bebaskan setelah mendapat keampunan Yang di Pertuan Agong,beliau merupakan MB Selangor yang paling lama berkhidmat. 2.Tan Seri Ahmad Razali Mohd Ali,ia itu ipar Mahadir,Mahadir melantik Iparnya,TS.Ahmad Razali merupakan tokoh yang paling tidak pepular dlm umno Selangor,ia hanya bertahan 4 tahun saja..Penggal pentadbiran nya di cemari oleh satu inseden berlaku semasa mesyuarat perwakilan umno di Kampung Pandan, beliau di baling kerusi oleh perwakilan umno...Pada tahun 1983 pentas tempat beliau melancarkan TAIPUSAN di Batu Cave di roboh mencederakan hampir 40 orang-beliau di nasihatkan meletak kan jawatan 1986. 3.Tan Seri Mohamad Mohamad Taib di lantik MB.Selangor 1986- 1997.Seorang tokoh yang amat pepular dlm umno Selangor,walau pun di belenggu pelbagai kontroversi,menjadi MB selama 11 th, beliau di dakwa di Australia kerana tidak mengistihar wang di bawanya berjumlah RM.3.8 juta,beliau letak jawatan MB selepas beliau di dakwa,walaupun Mahkamah kemudian nya mendapati beliau tidak bersalah berdasarkan hujjah,beliau tak faham bahasa Inggris...TS.Muhamad Taib di laporkan berkahwin dengan anak Sultan Selangor (KU YAH) berkahwin di Tailand,pasangan ini mendapat seorang cahayamata Putera, pasangan ini jua telah bercerai..Menjelang PRU 13. Alhamdulillah,beliau menyertai PAS untuk Pakatan Rakyat. 4.Tahun 1997-2000 Dato Abu Hasan Omar di lantik Menteri Besar Selangor,Abu Hasan Menteri Persekutuan,bertukar tempat duduk ngan Jamaludin Adnan bertanding DUN Permatang dan Parlemen Kuala Selangor,memaksa 2 pilihanraya kecil, letak jawatan di kaitkan dengan skendal sex,Mahadir suruh letak jawatan elak fitnah..Beliau telah di ganti oleh MB Khir Toyo,kemudian beliau di dakwa Rasuah,beliau memegang jawatan 2000-2008 beliau di dakwa rasuah,Mahkamah menjatuh kan hukuman 12 bulan penjara,harta di rampas-sampai kehari nie beliau masih bebas,menunggu rayuan. PRU 2008 (PRU) 12 Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat, PR.Melantik TS Khalid Ibrahim seorang tokoh Koprat yang terkenal menjadi MB Selangor,TS Khalid juga terpaksa melalui jalan sukar selepas 1 penggal beliau di tekan oleh partinya sendiri (Keadilan)supaya letak jawatan,bagi mengganti MB baru,hingga beliau di pecat..Beliau telah menghadap Sultan Selangor dengan hasrat meletak jawatan, tetapi Sultan tangguh,hingga ada gantiMB baru. Hari ini Selangor di pimpin oleh MB.Bebas,di sokong oleh 4 orang exco Pas,kalau tak ada 4 org Exco Pas nie kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dah ghuyub dah....Gitu le citanya Nasib MB-MB Selangor nie di tekan oleh parti masing-masing, Aku harap Menteri Besar yang baru nak di lantik Selasa nie tak akan jadi gitu lagi. **** SUMBER: Surat kabar lama.