BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 29 December 2014

Apakah Negara Kita Malaysia Sudah Hilang keberkatan ???

Tak berapa hari lagi kelendar 2014 akan melabuhkan tirainya,meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa,suka,duka yang berlaku sepanjang 2014. Peristiwa besar yang rakyat,negara ia lah kehilangan MH.370 mach 2014 KL-Bejing yang mengorbankan beratus ratus penumpang ( 239 penumpang termasuk anak kapal,sampai kehari ini masih menjadi tanda tanya di mana kah mereka-mereka ini,walau pun PM.DS Najib telah istiharkan di sinilah (Lautan Hindi) berakhirnya penerbangan Mas MH.370 hilang bersama penumpang dan anak kapal. Beberapa bulan lepas itu MH.17 Pula di- tembak jatuh dinegara yang sedang bergolak Okrin-Russia,mengorbankan ratusan nyawa termasuk anak kapal. Hari ini pula Negara sedang menghadapi banjir terutama di Pantai Timur,kita sedang bergelut dengan banjir,sekali lagi kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat AIRBUS airasia Surubaya-Singapura yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal hilang dari Radar jam 06.20 pagi waktu Malaysia. Agensi Berita Nasional Indonisia (Antara) melaporkan pesawat itu terhempas kira-kira 145 km dari Pulau Belitung Sumetera,belum ada pengesahan dari AirAsia. Dalam masa setahun 3 kapal terbang skt. Malaysia terhempas,hilang di tembak jatuh apakah kekuatan sebalik ujian Allah ketiga kalinya buat rakyat Malaysia,Pemerentah penduduk Bumi Malaysia. MH.370 awal tahun 2014,MH.17 pertengahan tahun 2014 dan QZ.8561 akhir tahun 2014. Itu tak termasuk musibah lain,Banjir Lumpur, banjir besar,tanah runtuh dll.Apa kah ini satu petanda Malaysia sudah tiada lagi keberkatan ???.Bila musibah melanda,kita diajar supaya bermuhasabah,dlm muhasabah kita mencari dimanakah punca berlaku sesuatu musibah itu,meneliti dimana silapnya,apakah hikmah di sebalik kejadian,bagitulah seelok nya sebagai hamba Allah. Allah swt tidak akan mendatangkan musibah saja-saja,ia mempunyai hikmah Ingat !!! Allah swt memberi nekmat bertempat,tetapi musibah Balah semua kena.Oleh itu marilah kita sama sama berdoa kepada Allah agar di lindungi Negara kita dari musibah di samping kita berazam memperbaiki diri kita,semoga lahir nya fajar 2015 kita dan negara kita berada dlm keadaan baik di redai Allah..AMIN..