BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 19 April 2015

"Uhh-Uhh..Hebatnya Dia"

Hebat sungguh DS.Najib PM kita lee nie,

Baru-bari nie,dalam perjumpaan dengan ketua ketua pemuda
ameno bhg seloroh Malaysia di PWTC,Najib di beri sambutan
meriah,di sokong,di julang-julang,siap dengan slogan "Lawan
tetap lawan"[Pinjam Slogan PR] dan lagu Ini lah Barisan Kita,
berkumanandang di PWTC,di ketuai oleh Ketua Pemuda
ameno Malaysia [KJ]...Nak lawan sapa tuu ?,Tun kot  !!!.

Sebelum nie DS Najib telah memanggil semua ketua-ketua
bhg.ameno seloroh negara ke Puterajaya,119 bgh,tetapi tak
semua hadir,untuk di beri penerangan di basuh otak [Brainwosh]
bagitu juga wanita,puteri semua di basoh otak mereka,lepas tua
semua mereka akan berdiri tegoh menyokong DS.Najib.

Aku senyum bersendirian, aku takut sokong membawa rebah,
kerana mungkin ada jua sokong dalam paksaan,kerana kelaku
demo nie,menyokong,membodek,mengampu dah jadi darah
daging mereka,kalau tak ampu,sokong nanti dapor tak berasap
lee,kocik jadi kurus lee,peluang nak dapat tuu-nie dah tak ada
lagi,kerana mereka menggap rezeki ameno yg beri,bukan Tuhan.

Lawan Tetap Lawan-Ini lah Barisan Kita.
Aku rasa lee,nie satu provokasi pada Tun,nak tunjuk pada
Tun ini lah barisan yang akan mempertahankan DS Najib
supaya ia tidak tunduk pada tekanan Tun,dan tidak menyerah
kalah.Kerana rakyat Malaysia sedia maklum,di akhir-akhir
nie Tun selalu menegor,merpertikai kan pentadbiran DS.Najib
yang boros,hutang negara meningkat hingga ke 740 Bilion,
banyak tuu,bukan kupang-kupang,Skt.1MDB,cukai GST,
dan banyak lagi yang menjadi kegelisahan rakyat,hingga
membebankan kehidupan mereka.

Salah kah Tun Bertanya dan Menegur?.
Perkara nie pihak pembangkang telah berbuih mulut menegur
baik di Parlemen dan perhimpunan-perhimpunan unjuk rasa,
tetapi tak di pedulu,dan mengatakan tuu semua fitnah, hari
nie Tun sendiri  Mantan PM 22  tahun,membuat teguran atas
kegelisahan rakyat,beliau takut rakyat marah,dan akhirnya
ameno yg beliau tubuh akan tersungkur pada PRU 14 nanti,
dia tanya Skt.1MDB yg bermasaaalah,sapa dia Jho Low tuu,
yang begitu berkuasa dlam skt nie,Sapa arah Sirol bunuh
Al-Tantuya,apa salah dia,apa mutifnya,kerana Serol kata
dia di arah dan di jadikan kambing hitan,rakyat nak tahu sapa
tuan kambing hitam tuu.

Tun tak kata DS.Najib yang mengarahkan pembunuhan tuu,
walau pun DS.Najib buat temual [rakaman] di TV.3, dan di
ulang di TV.1, tapi dia tak jawab soalan pokok,menyebab
kan di perlekeh oleh rakyat,rakyat nak tau perkara nie,tak
kira dari siapa,ameno/pas/pkr malah dari dap sekali pun,
kebenaran,kejujuran merentasi sempadan edoligi politik.
Aku sokong rieksi yang di berikan oleh mantan KPN, Ts.
Musa Hasan supaya polis membuka semula kis ini,bagi
menjawab persolan daripada Tun dan rakyat,bagitu jua
dlm kes 1MDB,DS.Najib boleh arah polis buka semula
kes TOYA dan tangkap Jho Low siasat habis cerita.

Tun tak Bersendirian:
Rakyat Malaysia amnya dan khasnya 52%,tetap sokong
kerana rakyat nak tahu kebenaran,ameno sepatutnya tidak
sokong membabi buta,jangan lah jadi di suruh julang-julang
di suruh puji-puji,di suruh duduk-duduk di hentak hentak
hingga kepala dah jadi botak,di suruh angguk-angguk,geleng
geleng,mesti jadi pengampu setia,ada upah lee tuu.
Beberapa hari lalu,sokongan terbuka di buat seleberiti,per-
sonaliti terkenal Dato Siti Norhaliza yang juga aku rasa org
Pahang Negeri DS.Najib,sokongan juga diberipelakon ter-
kenal Rozita Che Wan [Che Ta] mereka mempunyai juta
juta peminat.
Ameno/Wanita/Pemuda/Puteri patut rasa malu lee sikit,
jangan dok melalak,apa kata Jho Law  di luar negara,
"Ada pihak dlm ameno memainkan isu perkauman dan
memberi gambaran mengatakan Budak Cina Curi Wang
Joli Arak"lagi katanya "Orang Ameno Pakar Putar Belit"
nie mika kena jawab,betulkah gitu???.





Tuesday 7 April 2015

Masih Adakah TITIAN PR.Ke Puterajaya ???..

Umum mengetahui,pergisiran,perbalahan dan pergolakan dalam
komponan PR yang begitu goyah dah sampai ketahap genting
ibarat Retak menanti belah.

Bermula dengan langkah Kajang [Kajang Move] yang di cetus
PKR,pertukaran Menteri Besar Selangor,bermula lah serangan
bersilat,tembak menembak menghala muncung senjata masing-
masing kearah kawan dek kerana berlainan pandangan,ini me-
nyebabkan musuh ketawa lebar sampai ketelinga,PR masuk
kedalam perangkap musuh.

Akhir nie DAP-PKR kawan yang tidur sebantal pula memper-
tikaikan,membantah rakan nya sendiri PAS yang membawa RUU
Enekman Kanun Jenayah Syariah 2,[pindaan] di DUN Kelantan
dan seterusnya di bawa ke Parlemen untuk di bahas bagi membo-
lehkan Kerajaan Pas Kelantan menjalan kan Enekman ini di-
Negeri Kelantan.

Apa yang menjadi peliknya,sepatutnya rakan PR Dap/Pkr tidak
membuat bantahan,sepatutnya mereka Dap/Pkr,terutamanya
Dap sepatut nya memberi penerangan kepada non Muslim,
kerana Enekman ini tidak melibatkan mereka,ia khas untuk org
islam saja,kerana ini adalah dasar Pas hendak menegakhan
hukum Allah di buminya,yang menjadi pegangan Aqidah Islam,
Sepatutnya Dap/Pkr menghormati dasar parti komponan nya,
jangan cuba paksa kawan dan campur tangan pengurusan org
Islam.

PR Masih di hati rakyat:

Rakyat akar umbi masih tertunggu-tunggu agar permasaalahan
ini dapat di atasi segera,Janganlah jadi Gajah sama Gajah ber-
juang,Pelanduk tersepit mati tercirit di tengah-tengah.Jangan
biarkan Virus penyakit bahaya ini menyerang seloroh saraf akar
umbi.Takkan lah dah berkawan hampir tujuh tahun,masing-
masing telah mengenal hati budi masing-masig,kita dah nak jadi
berkerat rotan berpatah arang.Rakyat akar umbi menyeru Pas/
Dap/Pkr supaya bersatu kembali membina kekuatan,buang yg
keruh ambil yang jernih,kata org tua-tua,Biduk lalu kiambang
bertaut.

Pakatan kuat,Rakyat dapat Munafaat:

Rakyat akar umbi bagitu teroja,kerana PR menjadi pilihan,
di mana dlm PRU 13 lalu PR mendapat undi Pepular 52%.BN
hanya 47% aje,ini bermakna Malaysia sudah melangkah ke-
System 2 parti,PR-BN,ini cukup bagauh,kerana masing masing
berlumba nak memenangi hati rakyat.Leenie kita dah lihat wakil
BN dah berani bermalam rumah rakyat termasuk di perkam-
pungan Orang Asli,rakyat dapat BRIM,dan banyak lagi,ini baru
ada cekandbaland,[semak dan imbang].

PRK PERLEMEN PERMATANG PAUN/ROMPIN:

SPR akan mengadakan mesyuarat pada 8-4-2015 nie bagi tentu
kan tarikh PRK kedua-dua Parlemen nie,boleh jadi di sekalikan,
Permatang Pauh,penyandangnya DS Anuar Ibrahim telah hilang
kelayakan sebagai ahli Parlemen kerana menjalani hukuman pen-
jara,menakala P.Rompin pula penyandangnya TS.Jamaluddin
Jarjis [JJ] meninggal dunia,apabila helikopter yang di naikinya
terbnakar dan terhempas di Semenyeh dekat Kajang sabtu lalu.

PR, perlu menggunakan Platform,atau landasan,tapak ini sebaik
mungkin demi merapatkan saf,mengubati luka luka parah dalam
serangan sesama sendiri,bekerja keras mempertahankan kerusi
Parlemen Permatang Pauh dan merampas Parlemen Rompin,
boleh kan!!!.Kawasan nie adalah mejoriti melayu,PRU 13 lalu
BN.melalui JJ,kalahkan Pas Noridah Mohd Salleh dengan mej.
15,114 undi.PR pilih lah  Calon Calon hebat tak kira siapa,ke-
rana kita nak gegar Parlemen.Jangan teroja,berkhayal  dengan
kenyataan Mahadir [Che Det] kalau Najib masih teraju BN,
PRU 14,BN akan kalah,tuu perang saraf tuu,jangan caya,janji
kita berusaha,berdoa kemenangan berpihak pada kita,boleh,
bolehkan!!!,PR jangan di bungkus oleh BN,dan PR,jangan bagi
rakyat benci PR,macam rakyat benci UBN.

Saturday 4 April 2015

GST DAH DATANG:1-4-2015.

APRIL FOOL:
Menjelang April tiap tahun ia di sambut meriah oleh terutama
anak-anak muda,ia bertujuan beseronok-seronok,berjenaka,
bergurau senda dan lain lain nya.

Tetapi APRIL FOOL tahun ini 2015 cukup jauh bezanya
dia datang untuk menyedup pokik anda bila saja anda berbe-
lanja.Apa pun apa yang kita tunggu selama ini telah tiba,ia
GST,ada org buat istilah,GST nie,Geng Songkok Tinggi,ada
juga di istilahkan Gasak Sampai Tertungging,nampak nya ter-
tongging le Pak Cik Pak Cik terutama penoreh getah di perdu
pokok getahnya,bagitu juga si miskin,miskin yang dokdi ulu-
ulu akan menerima nasib yang lebih buruk,tertekan oleh kerana
kos sara hidup semakin meningkat.

1-4-15 Malaysia dengan megahnya melangkah setapak lagi
kehadapan untuk mendera dan membuat sawah atas belakang
rakyatnya dengan menggunakan Cukai GST,hari ini APRIL
F00L,ia itu setiap warganegara Malaysia tak kira kaya sedikit
kaya,miskin,miskin tegar,tua muda,janda duda akan bersedekah
sebanyak 6%,setiap ringgit yg di belanjakan untuk barang-barang
keperluan yang kita beli.6% kita wajib bersedekah secara tak
redha kepada Puterajaya.Niat nya begini:" Sahaja aku bayar cukai
GST yang wajib atasku dan tanggungan ku sebanyak 6% setiap
kali aku berbelanja kepada Puterajaya bagi tolong bayar hutang
keborosan yang mereka lakukan".Kata mereka nie nak agih-agih
kan kepada rakyat,anda caya ke???.

GST nie,yang aku sifatkan lebih meluas di kenakan setiap bara-
ngan yang di kenakan kecuali yang di senaraikan tidak dikenakan
cukai,GST nie luas,lebar,makan keliling jika di bandingkan dengan
cukai terdahulu SST.yang di kenakan pada org-org tertentu saja,
malah GST jauh lebih regresif [mundur],tidak seperti Zakat yang
di kenakan terhadap orang islam yang berkemampuan,pada masa
tertentu [haul] dan pada kadar kekayaan tertentu [nisab].

GST di kenakan keatas barang dan perkhidmatan akan di pungut
\setiap kali berlaku transaksi , transaksi jual beli.kerana
GST adalah cukai atas perbelanjaan,bukan atas pendapatan atau
harta seperti zakat.GST akan meragut,memungut duit rakyat miskin
yang berbelanja 24 jam sehari,7 hari seminggu,macam kita pergi
menjala ikan dengan jala yang rapat,abih semua di sapu,ikan membe-
ras,bilis,anak seluang,tak dapat lari lagi,GST nie paling menjerut
menghimpit rakyat miskin,pertengahan akan menjadi mudah miskin,
miskin menjadi miskin tegar,meskin tegar menjadi papa kedana.

Dulu orang kaya berkerjaya kena cukai ,lee nie semua kena,melain
kan mereka tak makan,tak berbelanja.Dulu Big Mama kata,mahal
nya nak buat fesyen atau warna rambut kerumah-rumah RM.1200,
tapi leenie tak boleh dah Big Mama ooii, leenie 6%x1200bahagi
100=jadi RM.1,272 dah. RM.72/ tuu GST lee.

GST memang tak boleh lari dah,terutama penoreh getah,petani
peladang,penternak,bayar lee,walau pun tak redha,Geng Songkok
Tinggi nie sentiasa mengikut ponggong kita.

Berbaloi ke dengan BRIM 950 setahun tuu???,Mulut di suap
pisang,bontot [ponggong] di cangkut mata kail,rasa kan dan
fikiq-fikiq lee.