BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 7 April 2017

KERAJAAN TAK BENTANG RUU 355 BUKTI KONSENSUS BN UTUH.



















































============================================
Kerajaan tidak bentang RUU 355,bukti konsensus BN utuh,
kata Persiden MCA.

Tindakan Kerajaan Pusat tidak membentangkan Pindaan Rang
Undang-Undang  Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965 atau Akta 355 menunjukan konsensus yang utuh dalam
Barisan Nasional.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia sekaligus
menepis dakwaan pihak tertentu yg menyatakan parti Komponan
BN adalah lemah dan tidak berkuasa dlm menyuarakan pendapat
nya.

"Langkah yang di buat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun
Razak) itu membuktikan suara komponan BN masih di dengari
dan di ambil berat,"katanya semasa berucap pada majlis makan
malam bersama anggota MCA Bahagian Klang di sini malam
tadi.

Pada 29 mach lepas Najib mengumumkan,Kerajaan Pusat tidak
akan membentang RUU berkenaan di Parlemen dan ia kekal seba-
gai RUU persendirian susulan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN
yang secara konsensus membuat keputusan itu.

RUU 355 pertama kali di bentangkan Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memper-
kasakan Mahkamah Syariah.

Terdahulu Liow,merasmikan pembukaan Bilik Gerakan Jentera
Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) MCA Bahagian Klang di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian itu,Liow memberi
jaminan pembangunan lebih pesat bakal di laksanakan di Klang se-
kiranya rakyat mengembalikan mandat kepada BN pada mewakili
kawasan ini,dan kita akan bangunkan pelbagai sektor ekonomi
kerana Klang mempunyai potensi tinggi untuk terus di majukan.

"Saya beri amanat kepada MCA Klang supaya menyusun gerak kerja
menyatupadukan rakyat di sini,kerana komoniti Cina tidak sepatut
nya di letak kan "luar"Kerajaan Pusat yang mana kita tidak akan
mendapat faedah daripadanya,"katanya.

Kerusi Parlemen Klang dan  tiga kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) ia itu Pandamaran,Kota Alam Shah serta Pelabohan Klang
di menangi Pakatan Pembangkang selama dua penggal sejak 2008.
sumber: Bernama.

Wednesday 5 April 2017

SITI "BALAS BALIK" PERINGATAN MURTAD YANG DIBUAT MUFTI PERAK.














=============================================
PETALING JAYA: Peguam dan Aktivis terkenal Siti Kasim
berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan
perkara   sama       seperti  memfitnahnya dan oleh itu boleh
di hukum 80 sebatan,menurut Al-Quran.

Menjawab kepada komen di buat mufti itu pada sidang media
di Ipoh semalam,Siti Kasim berkata Harussani tidak sepatutnya
bercakap sebelum memastikan faktanya tepat.

Saya tidak murtad,dia perlu dengar temu bual asal saya.Jangan
terkeliru dengan visi potong dan tampal yg berunsur fitnah oleh
menara.my Laman Web tunda  mentalis yang hanya menyerang
siapa saja  Islamotasis anggap sebagai libral.

"Itu fitnah besar untuk menuduh wanita secara salah,boleh di
hukum 80 kali sebat menurut AlQuran di mana 4 saksi di perlu
kan untuk menuduh," katanya dalam postingnya di Facebook
awal hari ini,bersama surah Al-Quran di mana saksi di perlukan
untuk menuduh. Semalam Bernama melaporkan Harusani seba-
gai berkata,Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh perkara
"Tauhid" kerana itu bukan bidang nya.

"Perbuatan itu boleh menjurus kepada Murtad", katanya pada
sidang media di Komplek Islam Darul Ridzuan.

Berhubung tuduhan itu,Siti Kasim mempersoalkan di mana
4 saksi mufti Perak,dan berkata" Syariah tidak menerima vidio
sebagai bukti,"merujuk kepada apa yang di laporkan,di katakan
oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Harussani juga menesihat Siti Kasim dengan berkata,orang yg
murtad terkeluar dari Islam dan kalau mati pun  tak boleh di ta-
nam di perkuburan Islam.

"Saya menesihatkan ( Siti Kasim ) untuk tidak campur dalam
urusan agama yg kita tidak tahu,Belajarlah"kata Harussani.Siti
Kasim turut mempersoalkan,jika Harussani menyamakan diri
nya dengan Tuhan.Adakah dia Tuhan?.Memahami kepercayaan
anda itu perlu.Allah perentah ummah untuk menggunakan akal
mereka.Jadi nasihat saya kepada nya ia lah dengar nasihat nya
sendiri.

"Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu,kerana ia boleh
memudaratkan diri sendiri".katanya.

Harussani berkata demikian ketika mengulas laporan media yg
menyebut tentang kenyataan Siti Kasim berhubung Tuhan dalam
satu temubual dalam talian dengan media berbahasa Cina bebe-
rapa tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Dr Asyraf
Wajidi Dasuki turut di laporkan berkata, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia akan memanggil Siti Kasim untuk di ambil keterangan
kenyataan nya berkaitan kewujudan Tuhan.
sumber...