BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 20 September 2017

SIRIH PULANG KEGAGANG....













------------------------------------------------------------------------
Ahad lalu kita dengar pengumuman dalam sidang media DS Najib 
di PWTC Najib mengumumkan TS.Muhamad Mohd Taib,atau lebeh 
dikenali Mik Tysen Malaysia telah kembali ke pangkuan UMNO.

Bak kata orang tua-tua Sirih Pulang Ke Gagang, mantan Menteri Besar
Selangor nie memang lah berdarah pekat UMNO, entah macam mana
tetiba ia keluar dari Umno berhijrah kepada Pas,kerana katanya beliau
masuk Pas kerana nak mencari ketenangan jiwa,beberapa tahun duduk
dalam Pas,keluar pula dari Pas berhijrah ke PKR,dan dari PKR dia
berhijrah pula dan kembali kepada Umno,ia itu tempat asal  usulnya,
konon nak jaga perpaduan Melayu

TOKOH MAAL HIJRAH.

Aku rasa dan harap dalam kita merayakan Maal Hijrah tahun nie (Esok)
pihak-pihak yang berkaitan dengan penganugerahan Maal Hijrah jangan
lah terlepas pandang pula pada tokoh nie,aku rasa dia nie ada lah calon
terbaik untuk di anugerahkan Tokoh Maal Hijrah.

MAHKOTA RAJA KATAK TELAH DI RAMPAS

Nampak nya Mahkota Raja Katak yang di pegang oleh Tok Him sudah
pun bertukar tangan dan di rampas oleh penyandang baru Mik Tyson
harap-harap Tok Him akur lee dan akui dia nie lagi hebat,lompatan nya
lebih hebat,tak seperti katak puru dia tak kuat sangat lompatnya.

Nak kata apa!,nie kan musim hujan,katak-katak pelbagai spesis lee nie
berkeliaran merata-rata,melompat kesana-kesini mencari makan,nak buat
macam mana,tu lee fiil makhluk ini.

Kita tunggu dan lihat,sapa lagi lepas nie nak melompat .
Walau apa pun aku ucapkan selamat maju jaya pada Tan Seri,kerana
dapat merampas Mahkota Raja Katak tahun nie,mudah-mudahan mendapat
gelaran Tokoh Maal Hijrah.