BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 23 May 2015

BAJET RMK-11,Apa kata YBM.Tengku Razali Hamzah ????

          Negara Maju,tapi rakyat miskin..

KUALA LUMPUR-Dalam keghirahan  mencapai negara maju pada
2020,pendapatan rakyat yang tidak selari dengan kos sara hidup masih
belum di tanangi sebaiknya oleh kerajaan.

Veteran Umno,Tengku Razali Hamzah berkata,miskipun kadar kemiskinan
tegar semakin berkurangan namun hakikatnya ramai lagi yang masih hidup
susah."RMK 11 itu bagus...tapi saya sendiri berpendapat soal asas perlu
di tekankan juga.Walaupun di maklumkan bahawa kemiskinan bahawa ke-
miskinan tegar telah berkurangan dengan banyak...baguslah..itu kejayaan
tapi hakikatnya rakyat susah.Pendapatan rakyat tak sepadan dengan kos
yang meningkat,itu satu faktor yang mesti di tekankan.

"Soal perbekalan air,kita di Selangor dan Kuala Lumpur pun selalu meng-
hadapi masaalah air.Tapi kita nak pergi ke arah negara maju.Maju bagai
mana kalau air pun tak ada.Soal pendidikan,banyak graduan kita yang
susah dapat kerja.Kalau dapat kerja pun,gaji tak tinggi" katanya.

Mewngulas lanjut,beliau tidak menafikan apa yang di rangka kerajaan itu
baik untuk rakyat dan negara namun beliau berpendapat  asas dalam pem-
bentukan negara maju itu lebih perlu ditekankan.Dalam pada itu beliau turut
bersetuju agar pendapatan rakyat negara ini di tingkatkan bagi menangani
isu peningkatan kos sara hidup.

"Ya.Kita tak nak (apabila) wujudkan peluang-peluang,orang luar dapat
kerja.Rakyat kita tak dapat.Buat MRT,rakyat kita tak dapat,orang luar
dapat.Kalau kita tak dapat memahirkan orang-orang dengan kebolehan
bagaimana kita nak pergi ke depan?.

"Saya nak tengok rakyat kita dapat faedah daripada segala rancangan ke-
majuan.Tapi kalau setiap yang kita buat,orang kita tak ada tempat, orang
luar yang dapat...banyak upah  yang di bayar mengalir keluar,ini tidak boleh
membantu kita" katanya.






0 comments: