BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 27 May 2015

RMK.11,Nampak Baqgauh Dan Cantik Belaka,Tapi ???

21-05-2015 Kamis lalu,rakyat Malaysia pelbagai peringkat
lapisan,penjawat awam,nelayan,petani,penoreh- penoreh ge-
tah,tertumpu ka Parlemen kerana PM.Ds.Najib membentang
kan Rancangan Malaysia ke 11,[RMK.11],mereka nak tau
apa yang mereka boleh dapat dlm rmk.tersebut.

Di atas kertas bajet yg di bentang itu bagauh,cantik,kerana
kita nak mencapai status negara maju 2020,hanya tinggal 5 th
saja lagi ia itu 2016-2020.

Kebanyakan rakyat dok tertanya-tanya,bagaimana Malaysia
nak mencapai negara maju berpendapatan tinggi,sedangkan
rakyat masih dalam berpendapatan di bawah paras kemiskinan
meskin tegar pun masih tinggi,macam mana nak capaai negara
maju,rakyat di beban dengan kos hidup tinggi,kemudahan asas
rakyat masih jauh ketinggalan,perumahan rakyat,air berseh,ada
negeri-negeri bekalan air bersih selalu terganggu,macam mana
nak ke-2020,air pun tiada.

Kegagalan RMK-RMK lalu,terutama rmk.10,masih banyak yg
tak di laksana kan,ia patut menjadi ukuran.Olh itu rakyat berpen-
dapat walau bagaimana cantik bagauhnya satu-satu rancangan
itu ia bergantung pada 4 faktor,Cadangan,Perlaksanaan,Tindakan
dan Keputusan.Di peringkat perancangan bagauh,tetapi apabila
sampai di peringkat perlaksanaan/tindakan ia selalu gagal,kenapa
ya ???.

Ini di sebabkan tadbir urus yang amat lemah,penuh dengan
biokrasi,pembaziran,rasuah,salah guna kuasa,tak amanah,tiris
bocor,tembus dll.Kita tengok Rancangan Ekonomi Baru yang di-
rancang bagitu baik,selepas peristiwa berdarah 13 mei.1969,
DEB,cukup cantik,berdasarkan serampang dua mata,Menyusun
semula masyarakat,Membasmi kemiskinan,terutamanya orang
melayu,bumiputra.Melayu Bumiputra di beri masa 30 tahun dan
dlm masa 30 th. melayu bumiputra hendaklah mencapai 30% dlm
berbagai sektor termasuk ekonomi.

Ibarat berlari 100 ela,Melayu bumiputra di beri duduk 10 ela di-
hadapan berlari dengan bangsa bangsa lain,tetapi apa dah jadi ?
apabila tamat 30 th. keputusan nya melayu bumiputra masih gagal
mencapai 30%,hanya 19% saja ,hasrat untuk berdiri sama tinggi
duduk sama rendah dng bangsa-bangsa lain tetap gagal,walau pun
di beri peruntukan pelbagai.

Nak jadi negara maju bukan lah senang,bukan setakat membina
bangunan pencakar langit nak nombor satu di dunia,dia kena jujur
pemimpin hendaklah jujur,ikhlas,amanah membela rakyat.Wajib
ditekan kan terlebih dahulu bagaimana nak tingkatkan pendapatan
rakyat,sama ada di bandar-bandar,pinggir bandar,kampung-kam-
pung,kurangkan beban rakyat,perumahan rakyat kemudahan asas
rakyat dll.

Walau apa pun,terima kasih kerana dlm RMK 11 ini ada positif
dan ada negatif.Apa yang di harapkan  Kabinet PM.yang di lihat
bagitu besar bersaiz XXL yang mengandungi lebih 30 menteri,tim-
balan menteri,wakil-wakil rakyat  BN,wajib membantu PM,dlm
melaksanakan RMK 11 ini menjadi rialiti,bukan pantasi atau elusi,
kelemahan urus tadbir,kebocoran,ketirisan,,tembuh,boros,
amanah,biokrasi,wajib di elakan,fokoskan keutamaan rakyat,
Rakyat di Dahulukan,Pencapaian di utamakan....Baru bagauh...



0 comments: