Mantan Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad Said
mendedahkan Terengganu Investment Authority [TIA]
Perintis kepada 1 Malaysia Development Bhd [1MDB]
cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai
cagaran sejak tahun 2008.
TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada tahun 2009
seleps Skt itu di ambil alih oleh Putrajaya.
Bercakap dalam sidang DUN Terengganu semalam,
Ahmad yang juga merupakan ADUN KIJAL berkata
kerajaan negeri bagaimana pun menarik balik daripada
perjanjian,ekoran beberapa masaalah,ini lah satu sebab
mengapa saya di marah Perdana Menteri DS,Najib Tun
Razak,termasuk kes-kes lain,akhirnya kita menarik diri,
kata Ahmad seperti yang di laporkan Sinar Harian hari
ini.
Dalam laporan itu juga,Ahmad selaku Menteri Besar
ketika itu berkata,kerajaan negeri tidak berdepan keru-
gian,bahkan menuntut balik wang berjumlah RM.1 juta
sebagai modal berbayar ketika itu.
Ahmad berkata demikian bagi menjawab soalan lisan
Satiful Bahari Mamat[PAS PAKA] mengenai hubungan
1MDB dengan kerajaan Terengganu ketika membahaskan
Titah Sultan di Wisma Darul Iman semalam.
Ahmad meninggalkan pejabatnya tahun lalu dan kemudian
mengistihar keluar ameno buat seketika,mendakwa beliau
di paksa melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu
sebelum perkahwinan anak perempuan nya.
Respons Anak Kampung:
Tuu lee sebabnya Dato di buang dari Jawatan MB,kalau
ikut kata dia aku rasa sampai lee nie Dato masih MB,
sebab Dato tak angguk angguk,tapi Dato geleng-geleng,
tuu lee demo marah,nak senang angguk-angguk,tapi bagauh
lee Dato ada pendirian--Bongkar lagi,,,
Wednesday, 13 May 2015
PERINTIS 1IMDB CUBA GUNA MINYAK TERENGGANU
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:42
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment