Thursday, 13 July 2017
BERBANYAK SOBAR,BONG !,JANGAN CEPAT NAIK ANGIN...
---------------------------------------------------------------------------
Ahli Parlemen KINABATANGAN,Datuk Bong Mokhtar Radin
mencadangkan Syarikat Penerbangan MASWing menghentikan
perkhidmatan nya,kerana di dakwa mengubah jadual penerbangan
"Sesuka hati".Beliau turut mendakwa pihak pengurusan Malaysia
Airlines (MAS) dan MASWing hilang fokus serta tidak tahu me-
ngendalikan operasi syarikat itu dengan baik.
Apa sudah jadi dengan penerbangan MAS atau MASWing?
Penerbangan di antara Kota Kinabalu (KK) dan Sandakan sudah
tidak seperti biasa.
Mereka dengan sesuka hati mengubah jadual penerbangan dari
(KK) ke Sandakan dan Sandakan KK.
"Kalau berterusan begini,tutup sajalah perkhidmatan MAS dan
MASWing dan bagi peluang penerbangan lain beroperasi,"
tulisnya di facebook beliau.
MASWing merupakan anak syarikat penerbangan negara
Malaysia Airlines yang beroperasi di Sabah dan Serawak.
Bong Mokhtar menyifatkan tindakan itu sebagai penginayaan
dan penindasan baharu terhadap penduduk di sekitar Sandakan,
Kinabatangan dan Beluran.
Pihak MAS dan MASWing perlu memberi penjelasan dan men-
jadualkan semula penerbangan di antara KK ke Sendakan dan
Sandakan ke KK.
"Jangan anak tirikan penduduk Malaysia dari Sandakan,"tulis
Ahli Parlemen BN dari Kinabatangan itu.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 02:32
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment