Sunday, 9 July 2017
BERJAYAKAH SPRM MEMUKAT JERUNG
SYABAS Kepada SPRM yang berazam untuk menangkap ikan
Jerung,sepertimana yang di tegaskan oleh Timbalan Ketua Pesu-
ruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin.
Beliau menapikan dakwaan dan persepsi umum selama ini,konon
nya agensi anti suap itu menyasarkan dan berani memerangkap
hanya ikan bilis.
Sejak dulu-dulu lagi orang selalu mendengar Jeritan SPRM untuk
menangkap Jerung.Tetapi yang selalu kedengaran masuk jaring ha-
nya anak Seluang,lebih-lebih pun Ikan Puyu.
Perihal Jaring biasanya yang akan terperangkap,ikan kecil boleh
menyusup keluar.Tetapi dalam kes rasuah,yang tersangkut hanya
lah anak-anak Seluang.Bapak Jerung terus terlepas.
Maka selalu samgat orang bertanya,Jaring jenis apa yang di guna
kan SPRM?.
SETAKAT ini angka dan fakta yang di berikan memang menun-
jukkan kesungguhan agensi bebas itu untuk memukat dan menja-
ring Jerung.
Seperti yang di beritahu Shamshun,sepanjang enam bulan perta-
ma tahun ini ,pihaknya berjaya menahan 501 orang,223 daripada
nya adalah kakitangan awam.
Daripada bilangan kakitangan awam yang di tahan,12 adalah pe-
gawai tinggi agensi kerajaan,terutamanya membabitkan Syarikat
berkaitan kerajaan (GLC).Ertinya sepanjang enam bulan,didalam
501 yang di jaring SPRM termasuk juga 12 ekor Jerung @ purata
dua ekor Jerung setiap bulan.
Apakah Jerung-Jerung itu sudah di siang?Apakah perlu di Pang-
gang?Atau apakah patut di buat gulai lemak tempoyak?
SEPERTI yang di jelaskan,sejak Januari-Jun tahun ini ,232 orang
telah di dakwa di Mahkamah,daripada jumlah tersebut 113 orang
telah di sabitkan kesalahan.
Tidak pula di perincikan,adakah bilangan yang di dakwa dan di-
sabitkan kesalahan itu termasuk 12 ekor Jerung?.Atau adakah
Ikan Bilis saja yang di heret kemuka pengadilan dan di hukum,
sedangkan Jerun relek-relek saja?.
Sebagai contoh apa kesahnya seekor Jerung di Sabah yang me-
nyimpan wang tunai RM juta-juta dalam almari di rumahnya?
sudahkah di hukum setempal atau setakat di gantung jawatan?.
Menangkap Jerung adalah satu hal,tetapi apa yang lebih penting
umum mahu Jerung-Jerung pelahap,kemarut dan ganas itu mene-
rima hukuman setempal .
Ketika memegang jawatan penting Jerung-Jerung ini lupa diri,
lupa daratan,lupa amanah dan sanggup membantai RM berjuta-
juta duit rakyat.Maka sampai masanya mereka pula di tibai
cukup-cukup.
MENURUT Shamshun lagi seperti yang disiarkan media,SPRM
menjangkakan memecahkan rekod tertinggi dari segi jumlah tang-
kapan melebihi 1,000 orang sepanjang tahun ini.Maka ramai ber-
harap agensi itu juga memecah rekod dari segi tangkapan Jerung,
umum ingin melihat PUKAT HARIMAU SPRM tidak hanya Se-
luang,Haruan,Jenahak,Buntal dan lain-lain ikan biasa.
Almaklumlah,semua mengetahui dalam lautan RASUAH negara
ada banyak lagi BAPAK JERUNG,TOKKI JERUNG.Ada juga
BAPAK PAUS,JAWS,PIRANHA dan lain Ikan Buas yang Ngap
sana,Ngap sini.
Baik Jerung kerajaan,Jerung GLC,Jerung Korport,pendik kata apa-
apa saja Jerun SPRM mesti berani dan tegas untuk menangkap ikan-
ikan perosak itu,jangan nanti orang tuduh,SPRM pilih JERUNG.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment