Saturday, 8 July 2017
PAKAR EKONOMI BANTAH HARGA MINYAK TETAP SECARA HARIAN.
Cadangan kerajaan untuk menetapkan harga minyak petrol
dan disel secara mingguan ketika ini kepada harian dianggap
tidak sesuai.
Menurut Pakar Ekonomi,Kong Ling Long,bagi kerajaan,pene-
tapan harga petrol dan disel secara harian mungkin di lihat
releven tetapi tidak kepada budaya perniagaan di Malaysia.
Dalam dunia perniagaan,harga turun naik adalah soal sensitif
kerana ia boleh menjejaskan kos.Lebih-lebih lagi bahan api
yang mampu mempengaruhi kenaikan harga barang keperluan
harian.
Sekiranya harga petrol dan disel di tetapkan secara harian,yg
menjadi kebimbangan ialah apabila harga bahan api naik,harga
barangan lain turut di naik kan.
Sebaliknya apabila harga bahan api turun,ramai peniaga tidak
pula bersedia menurunkan harga barangan yang mereka jual,
katanya ketika memberi tahu China Press.
Ling Long mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan ke Penggunaan,Datuk Seri Hamzah Zainudin yang
menegaskan kerajaan akan memperkenalkan formula baharu
mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan disel.
Menurut Hamzah,kerajaan akan tentukan kaedah itu untuk
membantu rakyat,sekali gus menunjukan indastri berkenaan
boleh dilebralkan dan akan lakukan penetapan harga secara
harian.
Pakar Ekonomi ini mencadangkan,adalah lebih baik kerajaan
mengekalkan penetapan harga secara mingguan seperti yang
di lakukan pada hari ini.
Katanya,"Bagi saya,tidak ada bezanya menetapkan harga petrol
dan disel secara mingguan dengan harian.Sekiranya di tetapkan
secara harian,ia akan lebih menyusahkan pengusaha stesyen
minyak,"katanya.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 02:41
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment