BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 27 October 2014

BRIM NAIK RM.650-RM.950,BAGET.2015.

Hari pembentangan BAJET 2015 pada 10-10-2014 lalu,aku awal-awal lagi dah duduk depan TV,mendengar ucapan PM DS.Najib dlm pembentangan bajit tersebut...Aku penuh khusuk mendengar dan nak tahu apa yang rakyat miskin dapat. Aku tak nak ulas panjang lee,aku bukan pakar ekonomi, tetapi aku rasa bajet 2015 nie tidak ada yang baru,ha nya lagu lama di beri nafas baru,seperti kata allah yarham Mat Deris dan Pak Busu dlm seckom Pi Mai,Pi Mai Tang Tu,bajet juga masih difisit,aku rasa sudah 15 th. Malaysia mengelamani bajet difisit.Difisit dengan kata mudah ia itu Belanja lebih dari pendapatan. Dalam bajet tersebut PM mengumunkan kenaikan BRIM, (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) ia itu dari RM.650-RM.950 bagi penerima berpendapatan RM.3000 kebawah,pendapatan 3000-4000 naik dari RM.450-RM.750,Bantuan nie di bayar 3 kali. Aku rasa kenaikan BRIM th depan,tidak cukup bagi menampung sara hidup rakyat miskin,selepas kenaikan harga minyak akan menjadi rantaian kenaikan harga barang, lebih-lebih lagi pada april 2015 di kenakan pulak cukai GST (Gasak sampai tertongging)tu istilah aku,GST sebenar nya Cukai Jualan dan Perkhidmatan 6% dikenakan,walau pun kerajaan ada mengecualikan barang keperluan makanan seperti beras dan lain,rakyat miskin tetap terbeban,ini akan menambahkan lagi miskin,miskin tegar. Gulungan miskin,sama ada bandar atau kampung,berbelanja secara (Jimat)bagi sebuah keluarga 4-5 org antara RM.400 hingga RM.700,sebulan,gulungan pertengahan RM.700-RM.1000, tu tak termasuk pakaian,ubat-ubat,anak sekolah,yuran, tambang bas,tusyen,air,letrik,tipon,sewa rumah dll. Kerajaan sepatutnya mempunyai dasar bagi membantu tingkat kan ekonomi rakyat,mempunyai dasar serampang dua mata, ia itu membasmi kemiskinan,dan menyusun semula masyarakat, bukan membeban rakyat,mulut rakyat di suap pisang,bontot di cangkut mata kail,hari nie rakyat di suap dengan BRIM, seperti kata pepatah cina,"Beri saya saekor Ikan,saya akan makan sehari saja...Beri saya Pancing,ajar saya memancing, saya akan makan seumor hidup". Ada jua gulungan yang seronok Brim naik nie,nak buat camna, kerana kurang kesedaran,apa pun tima kasih lee,tima lee,tuu duit kita dari cukai langsung dan tak langsung,bayang kan umor kita sekarang,dari sejak lahir mak,pak kita beli susu, lampin dan sebagainya hingga kita lee nie membeli barang, dlm pembelian kita tu ada cukai kerajaan ambik,sekarang nie, berak,kencing pun kena cukai. Bagi aku BRIM bukan lah penyelesaian jangka panjang,ia macam kita sakit kepala,nak hilang sakit kepala tentu lee kena makan ubat,Ubat serbut cap kaki tiga,ada org panggil cap budak terkangkang,atau pun ubat Panadol,sakit kepala hilang sekejap aje,kemudian datang lagi.BRIM nie aku anggap satu konsep:Waa tolong Luu,Luu tolong Waa-I help You-You help me.

Sunday 5 October 2014

"DAJJAL"

Apa itu Dajjal ??? Ya,Dajjal menurut Kamus Dewan ada dua pengertian, Pertama pengertian Dajjal,ialah makhluk yang akan muncul untuk menyesatkan manusia sebelum terjadi Kiamat...tetapi dapat di bunuh oleh Nabi Isa a.s. Pengertian kedua:Dajjal itu ialah orang yang berperangai Jahat,Penipu,Perasuah,Pemitfinah, Pembohong dan sewaktu dengan nya. Tokoh Ulama terkemuka Syekh Nashir Abdul Rahman As SAADI ia itu seorang ulama Timor Tengah yang tersohor mengatakan,berdasarkan nas,Dajjal akan muncul dengan membawa dua fitnah besar.Fitnah yang berupa satu fahaman dan system,serta fitnah Dajjal yang berbentuk wataknya benar-benar akan muncul pada akhir zaman,bagi membawa seloroh manusia agar boleh menerima idoligi Dajjal. Dajjal keluar di daerah antara Sam dan Iraq,dia membuat kerosakan..Dajjal mempunyai tipudaya yang boleh menggoncang Iman...Dajjal mempunyai fizikal boleh melihat,makan minum,Dajjal mempunyai cacat di matanya,rambut kerinting pendik,matanya menonjol seolah-olah dia mirip dengan Abdul Uzza Ibn Quthn, Itu lah dia kalau nak kenal Dajjal sebenar. Tapi hari nie kelaku-kelaku (Perangai) dia nie udah merasap masuk kepada manusia,walau pun Dajjal sebenar belum muncul..Cuba kita perhatikan dan fikir-fikirkan dengan kepala yang dingin,apa dah jadi dengan Negara kita Malaysia tanah air yang kita cintai nie,sejak PRU 12 2008 Kerajaan UMNO/BN kalah teruk,hingga 5 buah negeri di rampas pihak pembangkang,tu tak termasuk Wilayah Persekutuan KL.fitnah,adu domba,perkauman, salah guna kuasa,fitnah nie dah jadi senonin bagi pehak-pehak tertentu,walau pun sebelum fitnah nie dah ada,tetapi tak seteruk kini. Hari nie fitnah adu domba nie sudah tak terkawal lagi, perasaan perkauman dianjurkan pehak tertentu,hingga mengarak kepala lembu,melemparkan serta meletakan kepala Babi di Masjid-surau bagi memarak kan pergisiran kaum, untuk menakut-nakutkan rakyat,supaya curiga antara satu sama lain,perasaan perkauman,agama nie sangat sinsitif dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa/agama (Masyarakat Majmuk). Oleh itu bagi aku yang kerdil nie,berharap pemimpin- pemimpin atasan supaya mencari jalan penyelesaian segera menangani permasaalahan nie,kepada warga yang sayang kan tanah air Negara kita,mari lah sama-sama kita bermunajat berdoa kepada Allah swt,agar fitnah kelaku Dajjal nie tidak terpedaya dan semoga negara dan rakyatnya selamat dari fitnah DAJJAL.

Hadiah Istimewa Hari Raya Korban

Aku sekali lagi terkejut beruk melihat deretan kerita/motor di stesyen minyak di Lenggong pada ptg Khamis lalu, aku tak begitu ambil peduli,tetapi bila aku menonton TV jam 12,01 malam tersebut,rupanya pengumunan harga minyak baru iaitu RON 95 dan DISIL RM.0.20 sen.Kini Ron 95 RM.2.30/Disil RM.2.20. Aku rasa tak sepatutnya kerajaan menaikan harga minyak nie, dengan alasan nak kurang subsidi,ketika rakyat rakyat terbeban dengan kos sara hidup,tahun depan GST pula,lebih-lebih lagi umat Islam akan menyambut Hariraya Korban. Harga getah beku menjunam sehingga RM.1.70 sekilo,apalah boleh dibeli,sekeping belacan pun RM.2.00,begitu juga harga sawit turut menjunam..Apakah yang diharapkan lagi kerajaan UMNO/BN nie,asyik menekan rakyat. Apapun kita tak leh 100% menyalahkan kerajaan UMNO/BN,ini salah kita sendiri,terutama pengundi yang masih tegar sokong umno/bn nie dlm pilihanraya...Tima lee,Bukan salah ibu mengandung,memang sudah celaka badan. Pak-Pak Menteri usahlee dok berdalih,tipu rakyat...Aku rasa kerajaan umno/bn nie dah takdak duit dah,tu dia nak menangani Difisit perbelanjaan Negara dan mensetabil kewangan negara. Difisit bererti atau bermaksud perbelanjaan lebih dari pendapatan, "Besar Pasak dari Tiang"Kerajaan Boros dengan projek mewah, biar papa asal bergaya,lepas tu bila duit takdak,rakyat lee jadi mangsa-bila rakyat susah,senangle beri umpan bila pilihanraya kelak. Aku anggap ini adalah satu hadiah istimewa pada hari raya korban nie,pada pengundi umno/bn,usah merungut,ini salah anda sendiri. Pada aku tak berapa kesah sangat minyak naik nie,aku takdak keta, pakai Kapcai buruk aje,pergi kebun noreh,isi minyak pun pakai botol aje,le nie aku nak naik basikal tua pegi kat kebun,tak yah pakai minyak,cuma jaga minyak lutut. Aku fikir bila minyak naik,barang keperluan pun ikut naik sekali tambah derita lee orang kampung rakyat miskin,miskin tegar akan mohon bantuan Baitulmal.Pak-Pak menteri buat dono aje,bila rakyat tanya,dia jawab harga minyak di Malaysia lebih rendah dri negara lain...Ya lee kamu buat bandingan dengan negara takdak minyak, Malaysia Negara pengeluar minyak,Cer bandingkan dengan negara pengeluar minyak,Nie aku sertakan harga minyak di Negara-Negara pengeluar minyak. 1)Malaysia RON 95.RM.2.30 Sen seletar/Disil RM.2.20 sen 2)UAE rm.1.22,3 Baharin RM.0.89,4) QATAR RM.0.72,5)kuait RM.0.69,5)LIBYA RM.0.46, 6) ARAB SAUDI RM.0.39, 7) IRAN RM.0.36,8) NEGERIA RM.0.33, 9) TURKMENISTAN,RM.0.26,10)VENEZUELA RM.0.16,11) BRUNAI,RM.......aku takdak maklumat. Apa pun tima aje lee,batu dak hempuk kepala,tima kasih kerajaan umno/bn,tekan,menghamba rakyat...Ini bukan cakap Politik,ini rintihan suara rakyat marhain,penoreh getah,pekerja ladang,miskin miskin tegar..Kita tunggu Bajet 2015-10-10 nie....apa kita dapat???...