BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 31 December 2015

KENAPA NEGARA BERUNAI DARUL SALAM JADI SASARAN

Seminggu lalu agensi berita antarabangsa AFP menjadi sumber
rujukan pepular wartawan apabila melapurkan pemerentah
Berunai Darul Salam,negara minyak terkaya di rantau Asia
Tengara ini melarang sambutan Krismis oleh rakyatnya..

Sebenarnya arahan itu tidak tertaaluk kepada minoriti kecil
penganut Agama Kristian di negara Islam tersebut,ia hanya
arahan kepada penganut beragama islam saja,demi menjaga
akedah penganut islam,tetapi telah di putar belit berita ter-
sebut oleh agenda jahat ZIONIS antarabangsa,sebenarnya
penganut Keristian boleh mengadakan Krismis di gereja-ge-
reja dan tempat-tempat persendirian mereka.

Rakyat Berunai tiada ramai,apatah lagi bukan muslim,lagi
satu Berunai tidak pernah iktiraf org bukan Melayu,islam di-
negara itu sebagai warganegara,walau pun sudah lama menetap
di ngeri itu,sebalik nya mereka di anggap penduduk tetap sahaja
tidak seperti negara-negara lain termasuk kita Malaysia,di negara
kita penduduk luar yg menduduki lama 10-15 tahun boleh mem-
buat permohonan menjadi warganegara.

Berunai Darul Salam melaksanakan undang-undang Jenayah
Syariah Islamiah,gara-gara perlaksanaan hukum Hudud,Qias dan
Takzir,maka sebab Berunai di serang hebat hebat.

Bagi mereka-mereka yang faham,mahir dengan agenda jahat
tersirat gerakan ZIONIS antarabangsa,tektik serang hentam
terhadap islam tidak pernah henti dan luntur,mereka terus mem-
berikan gambaran buruk terhadap islam di mana-mana jua.

Tahukah Anda Negara Islam Tak Bercuti Krismis???

Dalam pencarian aku terdapat banyak Negara Islam yang dalam
Kelendar mereka tidak bercuti Krismis!!!,antaranya ialah Arab
Saudi,Algeria,Afghanistan,Azabaijan,Baharin,Oman,Qatar,Magh-
ribi,Libya,Quik,Iran,Samolia,Tajikstan,Tunisia,Turki,UAE dan
Yaman,menakala Iraq,Jordan,Kazakistan,Lubnan,Mesir,seria dan
Sudan mewartakan cuti Krismis hanya cuti untuk penganut Kris-
tian sahaja ia itu di sambut pada tiap Januari.

Negara Bukan Islam Tiada Cuti Krismis Pula...

Ialah Bhutan,Cina,Jepun,Menggolia,Korea Utara,Laus,Rosia,
Taiwan,,Thailand,Vitnam.

Negara Islam Yang Bercuti Krismis.

Negara Islan yang bercuti Krismis pula ialah,Albania,Bosnia,
Kosovo,Benggaladesh,Indonisia dan termasuk Negara kita
Malaysia,itulah rialitinya.

Anda Jangan Terkejut Berok:

Takukah anda ???,Israil yg terletak dekat sahaja Gereja
Nativiti di  Bethlehem ia itu tempat kelahiran Nabi Isa a.s.
atau Jesus menurut kepercayaan masyarakat Kristian Khatolik
pun tidak bercuti pada hari Krismis,fikir-fikir kan lah,bukankah
ini satu agenda jahat ZIONIS pada Islam?.
Walau apa punTahniah kepada Negera Berunai Daruslam,kerana
dapat melaksanakan kewajipan menegak Hukum Allah di Bumi
Berunai. Tahniah.



Saturday 26 December 2015

ISLAM MENGUTUK PENERIMA DAN PEMBERI RASUAH

Kita dengar di Negara kita Malaysia penuh dengan
Rasuah dari sekecil hinggalah kebesar-besar nya,
Kita yang mengaku Islam,wajib menjauhi jenayah
rasuah,kerana perbuatan tersebut akan menerima
seksaan berat di Akhirat kelak.

Perbuatan rasuah adaalah haram mengikut perspektif
islam dan ianya tergulung didalam katigori dosa-dosa
besar.Allah swt melarang hamba-hambanya mengam-
bil harta orang dengan cara batil.Dan jangan sekali
kali menerima atau memberi rasuah.Islam mengutuk
keras perbuatan rasuah,menipu,pecah amanah dan
mungkir janji atau sifat negetif merosakkan masyarakat.

Amalan sebegini mengeruhkan hubungan dalam masya
rakat dan mencacatkan hubungan dengan Allah swt,
mereka yang melaku kan jenayah rasuah akan menerima
balasan yang berat di Akhirat.

Perbuatan rasuah itu satu tindakan yang melanggar
amanah termasuk dalam gulungan munafik,Rasulullah
saw bersabda,maksudnya "Tanda-tanda orang munafik
itu ada tiga perkara,Jika ia berkata,ia dusta,Apabila  ia
berjanji,ia mungkir,apabila di beri Amanah ia khianati.

Rasuah juga boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah
solat dan doa hamba kepada tuhan nya.Alang kah rugi
nya dek kerana perbuatan rasuah kita,ibadat kita hanya
sia-sia dan ia juga menjauhkan diri kita darpada menda-
patkan rahmat dari Allah swt.

Oleh itu kita umat islam berusahalah menjauhi dari
perbuatan terkutuk ini.Kita wajib mengambil contoh
tokoh terkenal islam Umar Abdul Aziz yang menolak
hadiah sewaktu beliau menjadi Khalifah...

Wallahhuaklam.

Sunday 9 August 2015

Bekas Menteri Sifatkan BN Dah Gila

SABTU:08-08-2015.

Bekas menteri dan Anggota Majlis tertinggi UMNO Dato
Saifuddin Abdullah membidas pemindahan 2 Pegawai SPRM
ke Jbt.Perdana Menteri menyifatkan satu tindakan "Tunjuk
Kuasa Terang-terangan".

Terdahulu,hari ini,Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM
Dato Bahari Mohamad Zin dan Pegawai Kumunikasi Stratejik
SPRM Dato Rohaizad Yaakob di pindahkan kerana isuDisplin
berkuatkuasa serta merta.

"Inilah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan
menunjukan ada orang yang tidak puas hati dengan usaha SPRM
mencari kebenaran". Kata Saifuddin kepada The Malaysian
Insider hari ini,mengulas perkara ini,pemindahan mereka dibuat
tidak lama selepas 7 Pegawai SPRM di tahan semalaman oleh
polis dalam tempuh seminggu,bekas menteri sifatkan BN dah Gila.

SPRM sedang meneliti SRC Internitional Sdn Bhd sebuah skt
yang sebelum ini di kaitkan dengan IMDB,dan ketika ini di bawah
Kem.Kewangan,pihak polis mendakwa wujud kebocoran dalam
siasatan  1MDB dan mengkususkan soalan mereka keatas SPRM.

Ini akan menguatkan persepsi yang terdapat satu halangan yang
jelas  bagi SPRM dalam menjalankan tugas mereka kata Saifuddin.

Menerusi mesej di akaun tuitternya beliau juga menyifatkan perpin-
dahan itu satu kegilaan. Saifuddin juga merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif Gerakan Keserdahanaan Global,beliau di ketahui umum
sebagai seorang yang sederhana dalam umno dan sering tidak ber-
setuju  dengan rakan  dalam partinya mengenai perkara Dasar
Negara.

sumbar:

Monday 15 June 2015

Selesaikah Masaalah Dengan Pengunduran DS.Najib???

Hari nie kita dengar pelbagai desakan supaya DS.Najib
mengundur diri dari jawatan PM.Desakan ini di buat oleh
rakyat ramai,ahli-ahli ameno,vetran ameno,termasuk mantan
PM.Tun Mahadir.Ini berlaku keraana kelemahan urus tadbir
yang menyebabkan negara menanggung beban hutang berbe-
lion,termasuk kecelaruan Skt Pelaburan Stratijik 1 Malaysia
1MDB.Bhd menanggung hutang 42 bilion.
Apa pun pendapat umum,siapa juga akan mengganti Najib,
ia seolah-olah menjerat lihir,kerana ini bukan masaalah Najib
saja,ini masaalah ameno,ameno dan setengah abad memeren-
tah,ibarat pokok berbuah ranum,buah yang dulu enak di makan
lee nie buah nya penuh dengan ulat-ulat,ulat gonggok,ulat taik
(Shit) dan berbagai ulat,pokoknya pun dah mula mereput.

Tun Mahadir pada eranya pun ada masaalah dengan wang
rakyat,bagitu juga dengan era Tun Abdullah,tapi tak lee seteruk
di beban pada rakyat.Era Ds.Najib lebih hebat mendera rakyat,
membeban rakyat,pemimpin ameno hidup bermewahan,rakyat
derita papa kedana,sara hidup rakyat meningkat,harga barang tak
terkawal,oleh itu sapa pun ganti Najib ia tak akan berubah.

Ameno yg di tubuhkan pada 11-05-1946 di Istana Johor oleh
Dato Oon,ia cukup cantik dan bagauh,kulit licin bagai telur di-
kupas,pipi bagai pauh di layang,sebiji panau pun tak ada,kurap
jauh sekali,lee nie telah berbah,mula lah tumbuh kudis buta,kurap,
bisul,puru,tokak dah menanah,membusuk lagi membusukan,busuk
sampai ke usus,kata Tun Mahadir.

Ameno dulu telah di talkinkan,di haramkan oleh mahkamah pada
tahun 1978,oleh kerana bercakar sama sendiri berebut jawatan,hang
tokak aku,aku tokak hang,ameno lee nie ameno baru,di tubuhkan
oleh Tun Mahadir.Lee nie ameno dah jadi masyarakat Serigala,mula
pakat-pakat salak,tumbangkan seekor rusa,kemudian bercakar sama
sendiri,berebut daging elok.

Tun Mahadir cukup mureh (Marah) rakyat 52% pun mureh,Tun
sayang ameno dia,katanya ameno akan kalah PRU 14,kalu Najib
masih Pimpin ameno dan jadi PM, kerana pimpinan Najib sangat
lemah,plip plop,DS.Najib dengan kabinit nya membuat ladang atas
belakang rakyat,sara hidup rakyat tinggi,negara berhutang 700 belion
lebih,GST,dan pelbagai lagi,rakyat marah pada ameno/bn.

Oleh itu sapa pun ganti Najib duk tang tuu juga,jalan penyelesaian
bubar Parlemen,panggil PRU baru,beri mandat pada rakyat,aku rasa
kalu ameno menang pun,bukan ameno/bn kuat,ini di sebabkan,PR
Pakatan Rakyat juga dok bergocah sama sendiri,rakyat juga menjadi
mangsa.

Wednesday 27 May 2015

RMK.11,Nampak Baqgauh Dan Cantik Belaka,Tapi ???

21-05-2015 Kamis lalu,rakyat Malaysia pelbagai peringkat
lapisan,penjawat awam,nelayan,petani,penoreh- penoreh ge-
tah,tertumpu ka Parlemen kerana PM.Ds.Najib membentang
kan Rancangan Malaysia ke 11,[RMK.11],mereka nak tau
apa yang mereka boleh dapat dlm rmk.tersebut.

Di atas kertas bajet yg di bentang itu bagauh,cantik,kerana
kita nak mencapai status negara maju 2020,hanya tinggal 5 th
saja lagi ia itu 2016-2020.

Kebanyakan rakyat dok tertanya-tanya,bagaimana Malaysia
nak mencapai negara maju berpendapatan tinggi,sedangkan
rakyat masih dalam berpendapatan di bawah paras kemiskinan
meskin tegar pun masih tinggi,macam mana nak capaai negara
maju,rakyat di beban dengan kos hidup tinggi,kemudahan asas
rakyat masih jauh ketinggalan,perumahan rakyat,air berseh,ada
negeri-negeri bekalan air bersih selalu terganggu,macam mana
nak ke-2020,air pun tiada.

Kegagalan RMK-RMK lalu,terutama rmk.10,masih banyak yg
tak di laksana kan,ia patut menjadi ukuran.Olh itu rakyat berpen-
dapat walau bagaimana cantik bagauhnya satu-satu rancangan
itu ia bergantung pada 4 faktor,Cadangan,Perlaksanaan,Tindakan
dan Keputusan.Di peringkat perancangan bagauh,tetapi apabila
sampai di peringkat perlaksanaan/tindakan ia selalu gagal,kenapa
ya ???.

Ini di sebabkan tadbir urus yang amat lemah,penuh dengan
biokrasi,pembaziran,rasuah,salah guna kuasa,tak amanah,tiris
bocor,tembus dll.Kita tengok Rancangan Ekonomi Baru yang di-
rancang bagitu baik,selepas peristiwa berdarah 13 mei.1969,
DEB,cukup cantik,berdasarkan serampang dua mata,Menyusun
semula masyarakat,Membasmi kemiskinan,terutamanya orang
melayu,bumiputra.Melayu Bumiputra di beri masa 30 tahun dan
dlm masa 30 th. melayu bumiputra hendaklah mencapai 30% dlm
berbagai sektor termasuk ekonomi.

Ibarat berlari 100 ela,Melayu bumiputra di beri duduk 10 ela di-
hadapan berlari dengan bangsa bangsa lain,tetapi apa dah jadi ?
apabila tamat 30 th. keputusan nya melayu bumiputra masih gagal
mencapai 30%,hanya 19% saja ,hasrat untuk berdiri sama tinggi
duduk sama rendah dng bangsa-bangsa lain tetap gagal,walau pun
di beri peruntukan pelbagai.

Nak jadi negara maju bukan lah senang,bukan setakat membina
bangunan pencakar langit nak nombor satu di dunia,dia kena jujur
pemimpin hendaklah jujur,ikhlas,amanah membela rakyat.Wajib
ditekan kan terlebih dahulu bagaimana nak tingkatkan pendapatan
rakyat,sama ada di bandar-bandar,pinggir bandar,kampung-kam-
pung,kurangkan beban rakyat,perumahan rakyat kemudahan asas
rakyat dll.

Walau apa pun,terima kasih kerana dlm RMK 11 ini ada positif
dan ada negatif.Apa yang di harapkan  Kabinet PM.yang di lihat
bagitu besar bersaiz XXL yang mengandungi lebih 30 menteri,tim-
balan menteri,wakil-wakil rakyat  BN,wajib membantu PM,dlm
melaksanakan RMK 11 ini menjadi rialiti,bukan pantasi atau elusi,
kelemahan urus tadbir,kebocoran,ketirisan,,tembuh,boros,
amanah,biokrasi,wajib di elakan,fokoskan keutamaan rakyat,
Rakyat di Dahulukan,Pencapaian di utamakan....Baru bagauh...



Saturday 23 May 2015

BAJET RMK-11,Apa kata YBM.Tengku Razali Hamzah ????

          Negara Maju,tapi rakyat miskin..

KUALA LUMPUR-Dalam keghirahan  mencapai negara maju pada
2020,pendapatan rakyat yang tidak selari dengan kos sara hidup masih
belum di tanangi sebaiknya oleh kerajaan.

Veteran Umno,Tengku Razali Hamzah berkata,miskipun kadar kemiskinan
tegar semakin berkurangan namun hakikatnya ramai lagi yang masih hidup
susah."RMK 11 itu bagus...tapi saya sendiri berpendapat soal asas perlu
di tekankan juga.Walaupun di maklumkan bahawa kemiskinan bahawa ke-
miskinan tegar telah berkurangan dengan banyak...baguslah..itu kejayaan
tapi hakikatnya rakyat susah.Pendapatan rakyat tak sepadan dengan kos
yang meningkat,itu satu faktor yang mesti di tekankan.

"Soal perbekalan air,kita di Selangor dan Kuala Lumpur pun selalu meng-
hadapi masaalah air.Tapi kita nak pergi ke arah negara maju.Maju bagai
mana kalau air pun tak ada.Soal pendidikan,banyak graduan kita yang
susah dapat kerja.Kalau dapat kerja pun,gaji tak tinggi" katanya.

Mewngulas lanjut,beliau tidak menafikan apa yang di rangka kerajaan itu
baik untuk rakyat dan negara namun beliau berpendapat  asas dalam pem-
bentukan negara maju itu lebih perlu ditekankan.Dalam pada itu beliau turut
bersetuju agar pendapatan rakyat negara ini di tingkatkan bagi menangani
isu peningkatan kos sara hidup.

"Ya.Kita tak nak (apabila) wujudkan peluang-peluang,orang luar dapat
kerja.Rakyat kita tak dapat.Buat MRT,rakyat kita tak dapat,orang luar
dapat.Kalau kita tak dapat memahirkan orang-orang dengan kebolehan
bagaimana kita nak pergi ke depan?.

"Saya nak tengok rakyat kita dapat faedah daripada segala rancangan ke-
majuan.Tapi kalau setiap yang kita buat,orang kita tak ada tempat, orang
luar yang dapat...banyak upah  yang di bayar mengalir keluar,ini tidak boleh
membantu kita" katanya.






Sunday 17 May 2015

Jangan Calon Ketua Umno Bahagian Sokong Najib;Dr.Mahadir

17-05-2005
IPOH:,,,,Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahadir Mohamad mencadangkan
semua Ketua-ketua Umno Bahagian yg menyokong DS.Najib Tun Razak tidak
di calonkan pada Pilihanraya akan datang.
Katanya perkara berkenaan perlu di buat bagi memastikan tiada sokongan untuk
Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Kita kena beritahu Ketua Bahagian,kalau sokong Najib,kita akan tolak mereka.
Jangan lah bising sangat,katanya pada program Bicara Negara di sebuah Hotel
di sini semalam. Dalam pada itu Dr Mahadir berkata,pembangkang akan menang
pada pilihanraya akan datang jika DS Najib Tun Razak masih kekal sebagai
Perdana Menteri.

Kalau Najib terus menjadi Perdana Menteri,mereka pembangkang akan menang,
sebab itu lah mereka nak dia [Najib] kekal sebagai Perdana Menteri,katanya
ketika menjawab soalan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng,Dato Hamidah
Osman pada sessi soal jawab..


RESPON ANAK KAMPUNG:

Aku pun hadir semalam,aku tengok ramai kehadiran,aku dok melilau nak tengok
keadaan banyak aku jumpa kawan-kawan dari ameno,aku cuba acah-acah cuba
tanya mereka tengok riaksi mereka,katanya 50% adalah ahli-ahli ameno,kehadiran
di anggarkan 2,000 lebih,Melayu,Cina India banyak hadir,aku nampak kalau tak
salah pandang aku Pesuruhjaya Pas Perak Hj.Razman Zakria pun ada,verteren
ameno pun banyak..

.Insyaalah seperti Tun kata Pembangkang akan menang Insyaallah,sebab tuu lee
kami harap Najib Pegang PM sampai PRU 14 nanti,dan kami harap Tun bongkar
lagi penyelewingan Najib dan kabinetnya,kacau sampai lumat,sampai keruh,sanang
lee kami tangguk,air keruh ikan-ikan bute mata,,,,,

Wednesday 13 May 2015

PERINTIS 1IMDB CUBA GUNA MINYAK TERENGGANU

Mantan Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad Said
mendedahkan Terengganu Investment Authority [TIA]
Perintis kepada 1 Malaysia Development Bhd [1MDB]
cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai
cagaran sejak tahun 2008.

TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada tahun 2009
seleps Skt itu di ambil alih oleh Putrajaya.

Bercakap dalam sidang DUN Terengganu semalam,
Ahmad yang juga merupakan ADUN KIJAL berkata
kerajaan negeri bagaimana pun menarik balik daripada
perjanjian,ekoran beberapa masaalah,ini lah satu sebab
mengapa saya di marah Perdana Menteri DS,Najib Tun
Razak,termasuk kes-kes lain,akhirnya kita menarik diri,
kata Ahmad seperti yang di laporkan Sinar Harian hari
ini.

Dalam laporan itu juga,Ahmad selaku Menteri Besar
ketika itu berkata,kerajaan negeri tidak berdepan keru-
gian,bahkan menuntut balik wang berjumlah RM.1 juta
sebagai modal berbayar ketika itu.

Ahmad berkata demikian bagi menjawab soalan lisan
Satiful Bahari Mamat[PAS PAKA]  mengenai hubungan
1MDB dengan kerajaan Terengganu ketika membahaskan
Titah Sultan di Wisma Darul Iman semalam.

Ahmad meninggalkan pejabatnya tahun lalu dan kemudian
mengistihar keluar ameno buat seketika,mendakwa beliau
di paksa melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu
sebelum perkahwinan anak perempuan nya.

Respons Anak Kampung:
Tuu lee sebabnya Dato di buang dari Jawatan MB,kalau
ikut kata dia aku rasa sampai lee nie Dato masih MB,
sebab Dato tak angguk angguk,tapi Dato geleng-geleng,
tuu lee demo marah,nak senang angguk-angguk,tapi bagauh
lee Dato ada pendirian--Bongkar lagi,,,





Sunday 10 May 2015

INI JAWAPAN NAJIB MENGENAI ISU KONTROVERSI BELI TANAH TABUNG HAJI-1MDB

Perdana Menteri DS.Najib Tun Razak hari ini berkata

kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian tanah
oleh Tabung Haji drp 1MDB di panjangkan.
Beliau berkata ini kerana isu itu telah di putar belit kan
untuk memperlihatkan seolah-olah dlm urusan itu Tbg
Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menye
lamatkan 1MDB drp masaalah kewangan.

Kami tidak mahu kontrovesi ini di panjangkan kerana
ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi mem-
beri tumpuan terhadap beberapa drp program-program
besar yang kami cadang untuk di laksanakan,kata nya
kepada pemberita selepas melancarkan Projek Peru-
mahan Rakyat [PPR] di Kota Belud.Perdana Menteri
berkata demikian ketika di minta mengulas pengumu
man TH.bahawa ia akan menjual semula tanah yang
di beli daripada 1MDB.

Najib berkata menjual tanah itu kepada sektor swsta
merupakan urusan komersiol yang baik,membolehkan
Tabung Haji mengaut keuntungan beberapa juta ringgit
dalam tempuh singkat.

Jadi,ia bukan langkah untuk menyelamatkan [1MDB]
tiada syarikat akan membeli sesuatu Projek jika skt itu
akan rugi katanya.

Semalam,Pengerusi Tabung Haji Dato Seri Abdul Azeez
Abdul Rahim berkata TH mengambil keputusan untuk
menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM.
188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange
[TRX] di Kuala Lumpur selepas menerima tawaran drp
beberapa pembeli yang berminat.

Sumber:Bernama.

Respons Anak Kampung; Ya lee,setelah menerima
keritikan seluruh Malaysia,terutama dari ameno sendiri,
ketua pemuda,ketua Bhg,termasuk di Milan,TS Mudin
Yassin,bekas bekas menteri,bukan pembangkang saja,
baru nak buat pusingan U, bagitulah kalau batang kayu
tu dah bongkok,kura kura pun berani panjat-tunggu
esok Isnin,perjumpaan ngan Ketua-Ketua Bhg Ameno,
apa citer pulak-dulu julang-julang,lee nie di hempas
hempas.Rakyat dah tahu,berkocak air di hulu rakyat
tau sapa di hilir.

Sunday 19 April 2015

"Uhh-Uhh..Hebatnya Dia"

Hebat sungguh DS.Najib PM kita lee nie,

Baru-bari nie,dalam perjumpaan dengan ketua ketua pemuda
ameno bhg seloroh Malaysia di PWTC,Najib di beri sambutan
meriah,di sokong,di julang-julang,siap dengan slogan "Lawan
tetap lawan"[Pinjam Slogan PR] dan lagu Ini lah Barisan Kita,
berkumanandang di PWTC,di ketuai oleh Ketua Pemuda
ameno Malaysia [KJ]...Nak lawan sapa tuu ?,Tun kot  !!!.

Sebelum nie DS Najib telah memanggil semua ketua-ketua
bhg.ameno seloroh negara ke Puterajaya,119 bgh,tetapi tak
semua hadir,untuk di beri penerangan di basuh otak [Brainwosh]
bagitu juga wanita,puteri semua di basoh otak mereka,lepas tua
semua mereka akan berdiri tegoh menyokong DS.Najib.

Aku senyum bersendirian, aku takut sokong membawa rebah,
kerana mungkin ada jua sokong dalam paksaan,kerana kelaku
demo nie,menyokong,membodek,mengampu dah jadi darah
daging mereka,kalau tak ampu,sokong nanti dapor tak berasap
lee,kocik jadi kurus lee,peluang nak dapat tuu-nie dah tak ada
lagi,kerana mereka menggap rezeki ameno yg beri,bukan Tuhan.

Lawan Tetap Lawan-Ini lah Barisan Kita.
Aku rasa lee,nie satu provokasi pada Tun,nak tunjuk pada
Tun ini lah barisan yang akan mempertahankan DS Najib
supaya ia tidak tunduk pada tekanan Tun,dan tidak menyerah
kalah.Kerana rakyat Malaysia sedia maklum,di akhir-akhir
nie Tun selalu menegor,merpertikai kan pentadbiran DS.Najib
yang boros,hutang negara meningkat hingga ke 740 Bilion,
banyak tuu,bukan kupang-kupang,Skt.1MDB,cukai GST,
dan banyak lagi yang menjadi kegelisahan rakyat,hingga
membebankan kehidupan mereka.

Salah kah Tun Bertanya dan Menegur?.
Perkara nie pihak pembangkang telah berbuih mulut menegur
baik di Parlemen dan perhimpunan-perhimpunan unjuk rasa,
tetapi tak di pedulu,dan mengatakan tuu semua fitnah, hari
nie Tun sendiri  Mantan PM 22  tahun,membuat teguran atas
kegelisahan rakyat,beliau takut rakyat marah,dan akhirnya
ameno yg beliau tubuh akan tersungkur pada PRU 14 nanti,
dia tanya Skt.1MDB yg bermasaaalah,sapa dia Jho Low tuu,
yang begitu berkuasa dlam skt nie,Sapa arah Sirol bunuh
Al-Tantuya,apa salah dia,apa mutifnya,kerana Serol kata
dia di arah dan di jadikan kambing hitan,rakyat nak tahu sapa
tuan kambing hitam tuu.

Tun tak kata DS.Najib yang mengarahkan pembunuhan tuu,
walau pun DS.Najib buat temual [rakaman] di TV.3, dan di
ulang di TV.1, tapi dia tak jawab soalan pokok,menyebab
kan di perlekeh oleh rakyat,rakyat nak tau perkara nie,tak
kira dari siapa,ameno/pas/pkr malah dari dap sekali pun,
kebenaran,kejujuran merentasi sempadan edoligi politik.
Aku sokong rieksi yang di berikan oleh mantan KPN, Ts.
Musa Hasan supaya polis membuka semula kis ini,bagi
menjawab persolan daripada Tun dan rakyat,bagitu jua
dlm kes 1MDB,DS.Najib boleh arah polis buka semula
kes TOYA dan tangkap Jho Low siasat habis cerita.

Tun tak Bersendirian:
Rakyat Malaysia amnya dan khasnya 52%,tetap sokong
kerana rakyat nak tahu kebenaran,ameno sepatutnya tidak
sokong membabi buta,jangan lah jadi di suruh julang-julang
di suruh puji-puji,di suruh duduk-duduk di hentak hentak
hingga kepala dah jadi botak,di suruh angguk-angguk,geleng
geleng,mesti jadi pengampu setia,ada upah lee tuu.
Beberapa hari lalu,sokongan terbuka di buat seleberiti,per-
sonaliti terkenal Dato Siti Norhaliza yang juga aku rasa org
Pahang Negeri DS.Najib,sokongan juga diberipelakon ter-
kenal Rozita Che Wan [Che Ta] mereka mempunyai juta
juta peminat.
Ameno/Wanita/Pemuda/Puteri patut rasa malu lee sikit,
jangan dok melalak,apa kata Jho Law  di luar negara,
"Ada pihak dlm ameno memainkan isu perkauman dan
memberi gambaran mengatakan Budak Cina Curi Wang
Joli Arak"lagi katanya "Orang Ameno Pakar Putar Belit"
nie mika kena jawab,betulkah gitu???.





Tuesday 7 April 2015

Masih Adakah TITIAN PR.Ke Puterajaya ???..

Umum mengetahui,pergisiran,perbalahan dan pergolakan dalam
komponan PR yang begitu goyah dah sampai ketahap genting
ibarat Retak menanti belah.

Bermula dengan langkah Kajang [Kajang Move] yang di cetus
PKR,pertukaran Menteri Besar Selangor,bermula lah serangan
bersilat,tembak menembak menghala muncung senjata masing-
masing kearah kawan dek kerana berlainan pandangan,ini me-
nyebabkan musuh ketawa lebar sampai ketelinga,PR masuk
kedalam perangkap musuh.

Akhir nie DAP-PKR kawan yang tidur sebantal pula memper-
tikaikan,membantah rakan nya sendiri PAS yang membawa RUU
Enekman Kanun Jenayah Syariah 2,[pindaan] di DUN Kelantan
dan seterusnya di bawa ke Parlemen untuk di bahas bagi membo-
lehkan Kerajaan Pas Kelantan menjalan kan Enekman ini di-
Negeri Kelantan.

Apa yang menjadi peliknya,sepatutnya rakan PR Dap/Pkr tidak
membuat bantahan,sepatutnya mereka Dap/Pkr,terutamanya
Dap sepatut nya memberi penerangan kepada non Muslim,
kerana Enekman ini tidak melibatkan mereka,ia khas untuk org
islam saja,kerana ini adalah dasar Pas hendak menegakhan
hukum Allah di buminya,yang menjadi pegangan Aqidah Islam,
Sepatutnya Dap/Pkr menghormati dasar parti komponan nya,
jangan cuba paksa kawan dan campur tangan pengurusan org
Islam.

PR Masih di hati rakyat:

Rakyat akar umbi masih tertunggu-tunggu agar permasaalahan
ini dapat di atasi segera,Janganlah jadi Gajah sama Gajah ber-
juang,Pelanduk tersepit mati tercirit di tengah-tengah.Jangan
biarkan Virus penyakit bahaya ini menyerang seloroh saraf akar
umbi.Takkan lah dah berkawan hampir tujuh tahun,masing-
masing telah mengenal hati budi masing-masig,kita dah nak jadi
berkerat rotan berpatah arang.Rakyat akar umbi menyeru Pas/
Dap/Pkr supaya bersatu kembali membina kekuatan,buang yg
keruh ambil yang jernih,kata org tua-tua,Biduk lalu kiambang
bertaut.

Pakatan kuat,Rakyat dapat Munafaat:

Rakyat akar umbi bagitu teroja,kerana PR menjadi pilihan,
di mana dlm PRU 13 lalu PR mendapat undi Pepular 52%.BN
hanya 47% aje,ini bermakna Malaysia sudah melangkah ke-
System 2 parti,PR-BN,ini cukup bagauh,kerana masing masing
berlumba nak memenangi hati rakyat.Leenie kita dah lihat wakil
BN dah berani bermalam rumah rakyat termasuk di perkam-
pungan Orang Asli,rakyat dapat BRIM,dan banyak lagi,ini baru
ada cekandbaland,[semak dan imbang].

PRK PERLEMEN PERMATANG PAUN/ROMPIN:

SPR akan mengadakan mesyuarat pada 8-4-2015 nie bagi tentu
kan tarikh PRK kedua-dua Parlemen nie,boleh jadi di sekalikan,
Permatang Pauh,penyandangnya DS Anuar Ibrahim telah hilang
kelayakan sebagai ahli Parlemen kerana menjalani hukuman pen-
jara,menakala P.Rompin pula penyandangnya TS.Jamaluddin
Jarjis [JJ] meninggal dunia,apabila helikopter yang di naikinya
terbnakar dan terhempas di Semenyeh dekat Kajang sabtu lalu.

PR, perlu menggunakan Platform,atau landasan,tapak ini sebaik
mungkin demi merapatkan saf,mengubati luka luka parah dalam
serangan sesama sendiri,bekerja keras mempertahankan kerusi
Parlemen Permatang Pauh dan merampas Parlemen Rompin,
boleh kan!!!.Kawasan nie adalah mejoriti melayu,PRU 13 lalu
BN.melalui JJ,kalahkan Pas Noridah Mohd Salleh dengan mej.
15,114 undi.PR pilih lah  Calon Calon hebat tak kira siapa,ke-
rana kita nak gegar Parlemen.Jangan teroja,berkhayal  dengan
kenyataan Mahadir [Che Det] kalau Najib masih teraju BN,
PRU 14,BN akan kalah,tuu perang saraf tuu,jangan caya,janji
kita berusaha,berdoa kemenangan berpihak pada kita,boleh,
bolehkan!!!,PR jangan di bungkus oleh BN,dan PR,jangan bagi
rakyat benci PR,macam rakyat benci UBN.

Saturday 4 April 2015

GST DAH DATANG:1-4-2015.

APRIL FOOL:
Menjelang April tiap tahun ia di sambut meriah oleh terutama
anak-anak muda,ia bertujuan beseronok-seronok,berjenaka,
bergurau senda dan lain lain nya.

Tetapi APRIL FOOL tahun ini 2015 cukup jauh bezanya
dia datang untuk menyedup pokik anda bila saja anda berbe-
lanja.Apa pun apa yang kita tunggu selama ini telah tiba,ia
GST,ada org buat istilah,GST nie,Geng Songkok Tinggi,ada
juga di istilahkan Gasak Sampai Tertungging,nampak nya ter-
tongging le Pak Cik Pak Cik terutama penoreh getah di perdu
pokok getahnya,bagitu juga si miskin,miskin yang dokdi ulu-
ulu akan menerima nasib yang lebih buruk,tertekan oleh kerana
kos sara hidup semakin meningkat.

1-4-15 Malaysia dengan megahnya melangkah setapak lagi
kehadapan untuk mendera dan membuat sawah atas belakang
rakyatnya dengan menggunakan Cukai GST,hari ini APRIL
F00L,ia itu setiap warganegara Malaysia tak kira kaya sedikit
kaya,miskin,miskin tegar,tua muda,janda duda akan bersedekah
sebanyak 6%,setiap ringgit yg di belanjakan untuk barang-barang
keperluan yang kita beli.6% kita wajib bersedekah secara tak
redha kepada Puterajaya.Niat nya begini:" Sahaja aku bayar cukai
GST yang wajib atasku dan tanggungan ku sebanyak 6% setiap
kali aku berbelanja kepada Puterajaya bagi tolong bayar hutang
keborosan yang mereka lakukan".Kata mereka nie nak agih-agih
kan kepada rakyat,anda caya ke???.

GST nie,yang aku sifatkan lebih meluas di kenakan setiap bara-
ngan yang di kenakan kecuali yang di senaraikan tidak dikenakan
cukai,GST nie luas,lebar,makan keliling jika di bandingkan dengan
cukai terdahulu SST.yang di kenakan pada org-org tertentu saja,
malah GST jauh lebih regresif [mundur],tidak seperti Zakat yang
di kenakan terhadap orang islam yang berkemampuan,pada masa
tertentu [haul] dan pada kadar kekayaan tertentu [nisab].

GST di kenakan keatas barang dan perkhidmatan akan di pungut
\setiap kali berlaku transaksi , transaksi jual beli.kerana
GST adalah cukai atas perbelanjaan,bukan atas pendapatan atau
harta seperti zakat.GST akan meragut,memungut duit rakyat miskin
yang berbelanja 24 jam sehari,7 hari seminggu,macam kita pergi
menjala ikan dengan jala yang rapat,abih semua di sapu,ikan membe-
ras,bilis,anak seluang,tak dapat lari lagi,GST nie paling menjerut
menghimpit rakyat miskin,pertengahan akan menjadi mudah miskin,
miskin menjadi miskin tegar,meskin tegar menjadi papa kedana.

Dulu orang kaya berkerjaya kena cukai ,lee nie semua kena,melain
kan mereka tak makan,tak berbelanja.Dulu Big Mama kata,mahal
nya nak buat fesyen atau warna rambut kerumah-rumah RM.1200,
tapi leenie tak boleh dah Big Mama ooii, leenie 6%x1200bahagi
100=jadi RM.1,272 dah. RM.72/ tuu GST lee.

GST memang tak boleh lari dah,terutama penoreh getah,petani
peladang,penternak,bayar lee,walau pun tak redha,Geng Songkok
Tinggi nie sentiasa mengikut ponggong kita.

Berbaloi ke dengan BRIM 950 setahun tuu???,Mulut di suap
pisang,bontot [ponggong] di cangkut mata kail,rasa kan dan
fikiq-fikiq lee.

Tuesday 31 March 2015

ISLAM CUKUP ISTIMEWA DIHATI ORANG MELAYU


Negara kita Malaysia di mana masyarakatnya terdiri dari
berbilang kaum,mengamalkan berbagai budaya,agama dan
adat pelbagai (Masyarakat Mjmuk),oleh itu isu-isu berkait
dengan kepercayaan mereka amat sensitif.

Kepercayaan agama masing-masing boleh di gunakan
untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum,dan
boleh jadi juga faktor penyebab perpecahan dan perseng-
kitaan.Ini semua bergantung toleransi bagaimana ahli
masyarakat itu memahami ajaran agama masing-masing,
serta tidak menghina dan cuba campur tangan dalam
urusan agama kaum lain.

Rakyat Malaysia perlu (wajib) tahu,bahawa kedudukan
agama Islam adalah agama Persekutuan.Perlembagaan
juga memberi kebebasan pada rakyat berbilang kaum
mengamalkan agama kepercayaan mereka. Islam mem-
punyai kedudukan istimewa,malah di lindungi di bawah
sistim raja berpelembagaan yang meletak kan DYMM
Yangt di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai
Ketua Agama Negeri Negeri.

Pengornanan Besar dan Tolak Ansor Melayu Islam.
Terhadap Bangsa Lain:

Semasa menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada
penjajahan Inggris,orang Melayu Islam telah berkorban
dan bertolak ansur bagitu besar dengan pendatang yang
di bawa Inggris,ia itu org-org Cina Inggris bawa untuk
bekerja di lombong Timah mereka,orang India dibawa
bekerja di Istate-istate mereka.Melayu Islam sanggup
menerima mereka-mereka ini menjadi rakyat Tanah
Melayu ketika itu secara jossoli.

Perkara ini telah di persetujui oleh tok-tok ninek 3 bangsa
ini,ia itu Melayu di wakili UMNO,Cina di wakili MCA dan
India di wakili MIC.Perlembagaan Melambangkan keujudan
Kontrak Sosial yang perlu terus di hormati sebagaimana
di persetujui,ia itu Islam Agama Persekutuan,Hak Istimewa
org-org Melayu (Bumiputra) bahasa Melayu Bahasa Kebang-
saan dll,perkara ini tak boleh di ungkit dan di bangkitkan.
atau di pinda di Parlemen,walau pun ada mempunyai mejo-
riti 2/3 di Parlemen, ia memerlukan perkenan Majlis Mst
Raja-Raja ia-itu 9 raja-raja Melayu,ini di ibaratkan 9 biji
mangga dan ini lah benting terakhir dan raja-raja Melayu
adalah menjadi payong pada Melayu Islam.

Kebelakangan ini kita cukup cemas,serangan bertubi-tubi
bertali arus terhadap islam oleh pihak agama lain,khusnya
Non Muslim,DAP/MCA/MIC/Gerakan,bersabit dengan
penghantaran RUU Enekman Kanun Jenayah 2,pindaan
ke Parlemen oleh YB.Ahli Parlemen Marang,yang jua
Preseden Pas untuk di bahas di Parlemen bagi membe-
leh kan enekmen ini di pinda bagi Kelantan menjalankan
hukum hudud.

Aku harap pemimpin-pemimpin ini berfikir panjang dlm
perkara ini,kerana hukum ini tidak melibatkan kamu non
muslim,ini cuma untuk org islam saja,usahlah masuk campur
atas urusan agama lain,hentikan segera serangan terhadap
agama islam,biar lah islam urus sendiri agama Islam,henti
lah segera serangan demi menjaga keharmoniam masya-
rakat di negara kita,Ingat kata Allahyarham Tan Seri Mohd
Khir Johari,Cina umpama batu,Melayu umpama Simin,
India umpamaAIR,campur,gaul dan ulikan ketiga tiga benda ini
menjadi bongkah kongkrit yang kuat,kokoh untuk sama
membina masyarakat harmoni,dan membangun kan Negara
MALAYSIA.



Lagi Mufti Sokong Hudud

      HUKUM HUDUD ITU MESTI DILAKSANAKAN-Harussani.

Ipoh:Tiada siapa yang boleh mempertikaikan hukum hudud kerana ia
hukum Allah,kata Mufti Perak Tan Sri Dr.Harussani Zakaria,bagaimana
pun,beliau berkata umat islam boleh memberi keritikan untuk memper-
baiki perlaksanaan hukum itu.

"Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan,apakah caranya atau ia tidak
sempurna",itu saya tidak tahu,tetapi kalau di sebut Hukum Hudud,
barang siapa yang menentang hukum Allah itu,dia akan menerima
bencana daripada Allah swt.

"Saya yakin apa yang di bentangkan adalah mengenai Hukum Hudud,
tetapi cara perlaksanaan nya itu saya tidak tengok,mungkin yang di
keritik itu adalah caranya....Hukum Hudud itu mesti di laksana kan,
ia adalah WAJIB" katanya,selepas melancarkan Projek Pembinaan
Komplek Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak
yang mempertikai perlaksanaan Hukum Hudud di negeri ini.
Harussani berkata,umat Islam seharusnya bersatu dan menerima
hukum tersebut dan bukan berpecah belah.

"Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut,tetapi
masih tak di persetujui puak lain,jadi mereka cuba  pertahan kan".

"Konsip Islam,umumnya,tidak boleh mempertikai hukum hudud,
sekiranya ia di pertikaikan hukum hudud bermakna dia memper-
tikaikan hukum Allah" katanya.Mengulas teguran beliau baru-baru
ini berhubung pendakwah yang cenderung bergurau dan melawak
ketika menyampaikan ceramah,Harussani berkata,tindakan itu
bukan bertujuan mengutuk atau menuduh seseorang,sebaliknya
untuk menyelesaikan masaalah.

Katanya,menjadi kewajipan beliau untuk memberi sebarang teguran
atau peringatan,dan terpulang pada mereka sama ada mahu mene-
rima atau sebaliknya.
-Bernama-

RESPON anak kampung:
Terima kasih Tan Seri,memberi pencerahan tentang hukum hudud
nie,setakat nie udah tiga Mufti telah menyokong hudud nie,Mufti
Perlis Dato Dr.Asri,Dato Syeikh Baderuddin Kedah,lenie Tan
Sri Dr.Harussani Zakaria Mufti Perak,mereka mereka nie bukan
calang-calang org,mereka parkar Agama,lagi tak caya ke?,terima
kasih sekali lagi kerana memberi pencerahan hukum hudud nie,
pada kami di kampung-kampung termasuk lee lebai-lebai song-
kok tinggi yg dok berbalah tegang urat lehir,berbantah kering,
masing-masing nak menang,pada hak ilmu agama seketoq pun
tak ada.Aku harap banyak lagi Tok-Tok Mufti dan  agamawan
memberi penerangan menyokong tentang nie.
Kelemahan perlaksanaan boleh di perkemaskan,ini tugas ber-
sama Agamawan,Janji Hukum ini terlaksana.

Saturday 28 March 2015

Ce Baca Nie!!!

  ORANG ISLAM PERLU SOKONG HUDUD.   

Shah Alam: Masyarakat Islam di Malaysia perlu  menyokong
perlakasanaan hudud di Negeri Kelantan.,
Mufti Kedah,Dato Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad ber
kata,Hudud adalah hukum Allah yang perlu di laksana kan.

Sokong atau tidak sokong ,ia (Hukum Hudud) adalah
hukum Allah,kita kena akur dengan hukuman tersebut
katanya.

Menurut beliau hukuman itu bukan saja memberi kan
kebaikan orang islam,bahkan orang bukan islam juga
mendapat menefaat sekiranya ia di laksanakan.

Sebagai contoh,seorang penganut islam takut untuk
mencuri selepas mengtahui mereka boleh di kenakan
hukuman potong tangan. Jadi,bukan kah itu satu per
kara yang bagus,apabila individu itu takut untuk
mencuri.Ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan
kadar jenayah katanya.

Katanya lagi,tujuan hukum berkenaan ada lah untuk
membenteras kejahatan,kezaliman dan pelbagai lagi.
Menurut Muhammad Baderudin,beliau rasa hairan
dengan segelintir orang bukan islam yang sangat risau
dengan perlaksanaan hukuman itu.

Kalau undang-undang perkahwinan dan harta pusaka
dalam islam boleh di terima,kenapa hukum hudud
tidak boleh di terima,katanya.


Wednesday 25 March 2015

Pemimpin Tertinggi DAP-PKR Tersentap:PKR Cabang Rasah Umum Sokong Hudud.

Shah Alam: PKR Cabang Rasah hari ini sebulat suara menyatakansokongan terhadap Enekman Kanun Jenayah Syariah 11 1993(Pindaan)
2015 yang di luluskan pada sidang Dewan (DUN)  Kelantan Khamis
lalu.

Naib Ketuanya,Norizam Yassin berkata,walaupun sedar keputusan
menyokong enekman Pas Kelantan itu sebagai tindakan yang membe
lakangkan parti,namun ia di buat kerana Agama Islam.Sebagai  umat
Islam tanpa mengira ras keturunan perlu bangkit  untuk sama-sama
mempertahankan  kesucian Islam  daripada di asak bertubi-tubi oleh
beberapa pihak  yang melihat Islam  ini  Agenda Politik.

Kami menyokong penuh apa yang di lakukan  dalam Dun Kelantan
bukan sekadar  alasan Agenda Politik sempit semata-mata,tetapi
ianya  berlandaskan  kesedaran bahawa Agama Islam  jauh merentasi
sempadan  politik kepartian,katanya  dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu PKR pada Sabtu mengumumkan bahawa parti itu  tidak
akan menyokong  Rang Undang-undang (RUU)  mengenai HUDUD
sekiranya  PAS meneruskan hasratnya membentangkan nya di Dewan
Rakyat. Keputusan ini di buat sebagai tindak balas berhubung
penghantaran Notis oleh Ahli Parlemen Marang yang juga Presedin
PAS  Dato Sri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat
pada  18-Mach 2015 lalu bagi membentang pindaan Enekman Kanun
Jenayah Syariah 11 di Parlemen.

RUU ini bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah 1965) yang akan memberi kuasa  kepada pindaan
Kanun Jenayah Syariah 11 1993, ia itu berkaitan  perlaksanaan hukum
Hudud di Kelantan.

. Dalam pada itu,Norizam juga mendesak pemimpin bukan
Islam khususnya DAP  menghentikan  sebarang spekulasi  dan
kenyataan terbuka menyerang undang-undang Islam  itu.

Apabila mereka mula bersuara untuk mengajar kita,bagaimana cara
untuk menegakkan Syiar Islam  dalam negara yang jelas di pagari
oleh  Perlembagaan Persekutuan. Maka ke Biadapan ini wajib di
hentikan,katanya  ...sumber:Harian.

Enekman Kanun Jenayah 11-1993 (Pindaan) Kelantan.

Pembentaqngan RUU Kanun Jenayah 11-1993 (Pindaan) telah di bentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19-3-2015 oleh YAB.Menteri Besar Kelantan Dato Hj.Ahmad Yaakub. Alhamdulillah,Pembentangan yg bersejarah ini dimana 44 ADUN termasuk 12 UMNO dan 1 PKR,setelah di bahas kan di terima dengan sebulat suara-Wakil UMNO kata mereka menyokong enekman ini kerana Allah,aku ucap terima kasih pada UMNO Kelantan,walau pun berlainan edologi tetapi bila bertembung Hukum Allah kita ketepi kan edologi politik,utamakan hukum Allah,kerana ini melibatkan akidah,Pas pun bentang enekman ini kerana menunaikan tanggungjawab yang telah di amanahkan rakyat Kelantan hanya kerana Allah,kerana ini lah perjuangan Pas sejak di tubuhkan tahun 1956 hendak menegak kan hukum Allah,lagipun penduduk Kelantan boleh di katakan 97% Islam. Hanya satu langkah saja lagi iaitu membawa RUU enekman ini ke Parlemen untuk di luluskan di Parlemen bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hukum ini.Ada pihak yg tak berpuashati dengan keputusan ini,malah rakan sekutu Pakatan,DAP-PKR menyatakan dng jelas untuk tidak menyokong RUU persendirian HUDUD ini se kiranya di bawa ke Parlemen.Namun segelintir drp pemimpin UMNO tak sekata,berdolak dalik,dulu kata Menteri Agama,bawa usul ke Parlemen,UMNO akan skong, lee nie dah lain pula,memang lee,kalau tak tipu bohong tuu bukan UMNO.Kata KUNAN-KUNAN Hudud PAS Hudud Politik, UMNO sila betulkan,jika tak betul,atau sila bentangkan satu Hudud UMNO yg betul,kalau tak tau usah cakap lee, usah pamirkan kejahilan kamu,jahil murakat. Nampak bebenor takutnya mika nie,mungkin ada niat hati nak buat jahat kot? tak salah takut apa?,boleh jadi tak boleh berjudi,minum arak,berzina,rasuah dll kot?.Kepada DAP-MCA-MIC-GERAKAN-NGO NON MUSLIM,kamu jangan masuk campur lee hal Agama Islam,Hudud tak melibatkan kamu,ini hanya untuk penganut Islam,kami tak kacau agama kamu, Islam ada prinsip sendiri seperti firman Tuhan Kami, Lakum di Nukum Waliyadin Ai-Kafirun ayat 6,bermaksud "Bagi kamu Agama Kamu,Bagi kami Agama kami". Kepada ahli Parlemen yang beragama Islam aku nak ingat kan kita wajib melaksanakan hukum Allah,seperti firman nya ayat 44-45-47 Al Maedah bermaksud,"Barangsiapa yg tidak menghukum dengan hukum allah sebagaimana yang di turunkan,ia kafir,Zalim,Fasiq" Paula ikahumul kafirun, paulaikahumulzalimun,paulaikahumul fasiqun,sila rujuk Al-Quran,bukan aku kata,ini firman Allah,tak caya!!!, kita nak jadi macam tuu?. Ahli Parlemen Islam di Parlemen kalau tak silap aku PAS 21+PKR 14+DAP 2+UBN/BEBAS 88,kita tak memerlukan 2/3x222=148,kita memerlukan mejoriti mudah 112 saja, terpulang lee pada kamu,nak sokong RUU nie atau tidak. Kalau tak betul,sila beri pencerahan,aku bukan ustad pun,aku hanya lebai songkok tinggi aje.

Saturday 21 March 2015

TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM NAIK 28-67%.

aIK,!!!,BETULKAH NIE ????...aKU cukup terkejut atas pengumuman nie,bukan apa,pasal leenie negara sedang berkecamuk dengan hutang membembankan dan pelbagai masaalah lagi,rakyat marhain,penoreh getah sedang bergelut,bersilat dengan kos hidup,kejatuhan harga getah hingga RM.1.9O sen sekilo,lebih lagi lenie musim gugur,kelapa sawit jatuh,ini sudah cukup terbeban,tapi nak wat camna,dema nie ada kuasa. Kenaikan tambang di umumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari nie,ia itu Tambang Teksi/Kerita sewa naik antara 28-67% berkuatkuasa sertamerta,menakala tambang Bas Ekspres naik 22.6% berkuatkuasa Mei 2015 nie. Tambang KTM Komuter pula akan di umumkan pada Mei nie. Pengerusi SPAD TS.Hamid Albar berkata Kenaikan ini di buat berikutan kenaikan kos yang di tanggung pengusaha termasuk kos penyelenggaran,kenaikan ini juga selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban. ULASAN ANAK KAMPUNG: gila !!!,gila nie ada banyak gila,ada Gila Isin,Gila Meroyan,Gila Babi dan berbagai bagai gila lagi,tapi BN nie Gila barang naik,membuli rakyat,Rakyat terbeban apa aku kesah...Lenie tambang Teksi Bajet di KL,dibawah kadar baru di umumkan meningkat ke 25 sen/200m drp 10 sen/115m.Tambang mula (permulaan) teksi Bajet di KL.RM.3/Tbg Bas pula 11.4 sen/ km.drp 9.3 sen/km...Aku selalu menggunakan perkhidmatan Bas Ekspres ini,selalu naik diTerminal Ipoh Amanjaya ke KL.Lenie RM.20.60 SEN,MEI 2015 ini tak leh dah,ia naik jadi RM.25.30 SEN,Takpe-takpe,terima aje le,april satu lagi kita dapat hadiah, (GST) gasak sampai tertongging, ha..ha..mai sini ramai-ramai kita pakat sokong BN.Barang Naik,nak wat camna,Bukan Salah Ibu Mengandung,Memang Sudah Celaka Badan..hua...hua....hua..

Tuesday 27 January 2015

BIG MAMA LAGA PIPI/GADISNG BERTUDUNG PELOK K-POOP

Lebih seminggu lalu,riuh rendah seantro 1Malaysia di laman-laman sosial,Gadis bertudung di pelok cium Artis K-POOP Koria. Aku tak nak salahkan 100% kepada Artis K-POOP nie,mereka bukan beragama Islam,ini mung kin sudah jadi budaya mereka,mereka tak tau hukum- hukum islam. Aku juga tak menghina mereka,kerana aku pun ada anak-anak,dan aku cukup percaya perkara ini berlaku akibat kejahilan,tiada didikan agama dan terlalu rasa ghairah meminati artis tersebut dan di dorong oleh nafsu remaja yang meluap-luap yang tak dapat di kawaal. Ibu bapa,pihak berkuasa agama kenalah ambil perhatian serius,menasihat dan perlu memanggil gadis-gadis dan ibu bapa berkenaan apa yang boleh dan tak boleh dilaku kan oleh islam,supaya perkara ini tidak berulang. Selain itu aku juga mempertikaikan pihak berkuasa yang meluluskan lesen kepada penganjur tersebut.Kelulusan hendaklah ada syarat-syarat had batasan,dan perlu ada pemantauan. Satu perkara lagi aku agak kesal,pihak berkuasa [Agama] ada perbizaan undang-undang antara rakyat biasa dan orang kenamaan atau tokok pepular.Pihak berkuasa [Agama] cukup pantas apabila perkara ini terkena pada rakyat biasa pihak berkuasa terus ugut dengan waran tangkap, tetapi diam seribu bahasa dalam Isu Big Mama laga pipi, berpelok dengan Artis Bollywood/Chong Wei,mungkin ini terlepas pandang kot?. Banyak lagi perkaara seperti ini berlaku,kita tengok dalam rancangan TV,berpelokan,berpegang tangan,laga pipi,cium dahi tak kira anak isteri orang,seolah-olah ini sudah menjadi budaya kita pula,walaupun lakonan ini di buat di depan kamera,tetapi kesan nya cukup besar pada anak-anak remaja. Anda ada tengok,baru-baru ini dalam program televisen GEGAR WAGANZA,tarian,berpelokan,hingga di tegor oleh juri,aku pun naik meremang dan berdiri bulu ruma, Astagfirullahhilazim. Aku harap semua pihak,terutama pihak berkuasa peka dengan kejadial seperti ini supaya ia tidak berulang demi menjaga imeg dan kesucian Agama Islam.

Wednesday 21 January 2015

Minyak Turun,Tarif Elektrik Dan Air Patut Turun Juga

Semalam 21-Jan-2015 Perdana Menteri mengumumkan "BERITA BAIK" ia itu buat masa terdekat,tarif elektrik tidak akan di naik kan.Pengumuman ini cuba memperbodoh kan rakyat. Pengumuman bahawa tarif elektrik tidak di naikkan cuba di sajikan Berita Baik.Walahal ia bukan berita baik,pengumuman yang sepatutnya adalah tarif elektrik air dan sebagainya di turunkan. Sebelum ini memang ada tindakan daripada kerajaan BN bagi menyemak [menaikan] tarif setiap enam bulan alasan mereka adalah kenaikan harga minyak,minyak dunia telah jatuh,jadi apa pula alasan mereka?,sepatutnya tarif bukan di kekalkan,malah patut di turunkan. Harga minyak dunia telah lama jatuh.Di pasaran Malaysia pula harga minyak sudah dua kali di turunkan tetapi sampai sekarang Syarikat-Syarikat Utiliti hanya diam membisu dan buat-buat tidak tahu.Dengan harga minyak jatuh lebih rendah sekarang dan makin jatuh, kenapa Malaysia tidak menurunkan tarif elektrik dan air. ***Sumber:harakahdaily

Sunday 18 January 2015

Suami Umie Aida Kata UMNO Bodoh

Selama ini jika ada orang di luar UMNO kususnya daripada parti pembangkang yang berkata UMNO Parti BODOH,tentu kata-kata itu tak memberi kesan apa-apa. Namun ketika Tun Mahadir mengkeritik parti UMNO busuk hingga ke usus,kesannya memang jelas,menjejaskan UMNO dalam kala ngan orang melayu. Terkini Tim.Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Dato Seri Khairuddin Abu Hassan me manggil UMNO Parti Bodoh.Beliau sebelum ini menjadi pepular kerana berkahwain dengan artis Umie Aida. Khairuddin sebelum ini di keritik teruk oleh pemimpin UMNO dan NGO Pro UMNO kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad [1MDB] dengan suruhanjaya Pencegah Rasuah[SPRM] Bagi saya soal bodoh atau cerdik terpulanglah pada rakyat yang cerdik politik untuk menentukan nya,yang pen ting ISU IMDB ini wajar di beri perha tian serius oleh rakyat Malaysia,kerana ia membabitkan DANA awam yang berbelion ringgit. UMNO jangan jadi menang sorak kampung tergadai.Negara dan Rakyat tidak akan selamat hanya pengistiharan Projek Mega di sana sini ,tetapi rialitinya sedikit demi sedikit kedaulatan Negara tergadai dalam penjajahan moden melalui ekonomi kapitalis. Saya berharap ramai lagi pemimpin UMNO berani menyatakan kebenaran dan berjuang demi rakyat,Hatta jika terpaksa keluar dari parti yang kian reput itu. ****Sumber:Harakahdaily.