BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 27 May 2015

RMK.11,Nampak Baqgauh Dan Cantik Belaka,Tapi ???

21-05-2015 Kamis lalu,rakyat Malaysia pelbagai peringkat
lapisan,penjawat awam,nelayan,petani,penoreh- penoreh ge-
tah,tertumpu ka Parlemen kerana PM.Ds.Najib membentang
kan Rancangan Malaysia ke 11,[RMK.11],mereka nak tau
apa yang mereka boleh dapat dlm rmk.tersebut.

Di atas kertas bajet yg di bentang itu bagauh,cantik,kerana
kita nak mencapai status negara maju 2020,hanya tinggal 5 th
saja lagi ia itu 2016-2020.

Kebanyakan rakyat dok tertanya-tanya,bagaimana Malaysia
nak mencapai negara maju berpendapatan tinggi,sedangkan
rakyat masih dalam berpendapatan di bawah paras kemiskinan
meskin tegar pun masih tinggi,macam mana nak capaai negara
maju,rakyat di beban dengan kos hidup tinggi,kemudahan asas
rakyat masih jauh ketinggalan,perumahan rakyat,air berseh,ada
negeri-negeri bekalan air bersih selalu terganggu,macam mana
nak ke-2020,air pun tiada.

Kegagalan RMK-RMK lalu,terutama rmk.10,masih banyak yg
tak di laksana kan,ia patut menjadi ukuran.Olh itu rakyat berpen-
dapat walau bagaimana cantik bagauhnya satu-satu rancangan
itu ia bergantung pada 4 faktor,Cadangan,Perlaksanaan,Tindakan
dan Keputusan.Di peringkat perancangan bagauh,tetapi apabila
sampai di peringkat perlaksanaan/tindakan ia selalu gagal,kenapa
ya ???.

Ini di sebabkan tadbir urus yang amat lemah,penuh dengan
biokrasi,pembaziran,rasuah,salah guna kuasa,tak amanah,tiris
bocor,tembus dll.Kita tengok Rancangan Ekonomi Baru yang di-
rancang bagitu baik,selepas peristiwa berdarah 13 mei.1969,
DEB,cukup cantik,berdasarkan serampang dua mata,Menyusun
semula masyarakat,Membasmi kemiskinan,terutamanya orang
melayu,bumiputra.Melayu Bumiputra di beri masa 30 tahun dan
dlm masa 30 th. melayu bumiputra hendaklah mencapai 30% dlm
berbagai sektor termasuk ekonomi.

Ibarat berlari 100 ela,Melayu bumiputra di beri duduk 10 ela di-
hadapan berlari dengan bangsa bangsa lain,tetapi apa dah jadi ?
apabila tamat 30 th. keputusan nya melayu bumiputra masih gagal
mencapai 30%,hanya 19% saja ,hasrat untuk berdiri sama tinggi
duduk sama rendah dng bangsa-bangsa lain tetap gagal,walau pun
di beri peruntukan pelbagai.

Nak jadi negara maju bukan lah senang,bukan setakat membina
bangunan pencakar langit nak nombor satu di dunia,dia kena jujur
pemimpin hendaklah jujur,ikhlas,amanah membela rakyat.Wajib
ditekan kan terlebih dahulu bagaimana nak tingkatkan pendapatan
rakyat,sama ada di bandar-bandar,pinggir bandar,kampung-kam-
pung,kurangkan beban rakyat,perumahan rakyat kemudahan asas
rakyat dll.

Walau apa pun,terima kasih kerana dlm RMK 11 ini ada positif
dan ada negatif.Apa yang di harapkan  Kabinet PM.yang di lihat
bagitu besar bersaiz XXL yang mengandungi lebih 30 menteri,tim-
balan menteri,wakil-wakil rakyat  BN,wajib membantu PM,dlm
melaksanakan RMK 11 ini menjadi rialiti,bukan pantasi atau elusi,
kelemahan urus tadbir,kebocoran,ketirisan,,tembuh,boros,
amanah,biokrasi,wajib di elakan,fokoskan keutamaan rakyat,
Rakyat di Dahulukan,Pencapaian di utamakan....Baru bagauh...



Saturday 23 May 2015

BAJET RMK-11,Apa kata YBM.Tengku Razali Hamzah ????

          Negara Maju,tapi rakyat miskin..

KUALA LUMPUR-Dalam keghirahan  mencapai negara maju pada
2020,pendapatan rakyat yang tidak selari dengan kos sara hidup masih
belum di tanangi sebaiknya oleh kerajaan.

Veteran Umno,Tengku Razali Hamzah berkata,miskipun kadar kemiskinan
tegar semakin berkurangan namun hakikatnya ramai lagi yang masih hidup
susah."RMK 11 itu bagus...tapi saya sendiri berpendapat soal asas perlu
di tekankan juga.Walaupun di maklumkan bahawa kemiskinan bahawa ke-
miskinan tegar telah berkurangan dengan banyak...baguslah..itu kejayaan
tapi hakikatnya rakyat susah.Pendapatan rakyat tak sepadan dengan kos
yang meningkat,itu satu faktor yang mesti di tekankan.

"Soal perbekalan air,kita di Selangor dan Kuala Lumpur pun selalu meng-
hadapi masaalah air.Tapi kita nak pergi ke arah negara maju.Maju bagai
mana kalau air pun tak ada.Soal pendidikan,banyak graduan kita yang
susah dapat kerja.Kalau dapat kerja pun,gaji tak tinggi" katanya.

Mewngulas lanjut,beliau tidak menafikan apa yang di rangka kerajaan itu
baik untuk rakyat dan negara namun beliau berpendapat  asas dalam pem-
bentukan negara maju itu lebih perlu ditekankan.Dalam pada itu beliau turut
bersetuju agar pendapatan rakyat negara ini di tingkatkan bagi menangani
isu peningkatan kos sara hidup.

"Ya.Kita tak nak (apabila) wujudkan peluang-peluang,orang luar dapat
kerja.Rakyat kita tak dapat.Buat MRT,rakyat kita tak dapat,orang luar
dapat.Kalau kita tak dapat memahirkan orang-orang dengan kebolehan
bagaimana kita nak pergi ke depan?.

"Saya nak tengok rakyat kita dapat faedah daripada segala rancangan ke-
majuan.Tapi kalau setiap yang kita buat,orang kita tak ada tempat, orang
luar yang dapat...banyak upah  yang di bayar mengalir keluar,ini tidak boleh
membantu kita" katanya.






Sunday 17 May 2015

Jangan Calon Ketua Umno Bahagian Sokong Najib;Dr.Mahadir

17-05-2005
IPOH:,,,,Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahadir Mohamad mencadangkan
semua Ketua-ketua Umno Bahagian yg menyokong DS.Najib Tun Razak tidak
di calonkan pada Pilihanraya akan datang.
Katanya perkara berkenaan perlu di buat bagi memastikan tiada sokongan untuk
Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Kita kena beritahu Ketua Bahagian,kalau sokong Najib,kita akan tolak mereka.
Jangan lah bising sangat,katanya pada program Bicara Negara di sebuah Hotel
di sini semalam. Dalam pada itu Dr Mahadir berkata,pembangkang akan menang
pada pilihanraya akan datang jika DS Najib Tun Razak masih kekal sebagai
Perdana Menteri.

Kalau Najib terus menjadi Perdana Menteri,mereka pembangkang akan menang,
sebab itu lah mereka nak dia [Najib] kekal sebagai Perdana Menteri,katanya
ketika menjawab soalan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng,Dato Hamidah
Osman pada sessi soal jawab..


RESPON ANAK KAMPUNG:

Aku pun hadir semalam,aku tengok ramai kehadiran,aku dok melilau nak tengok
keadaan banyak aku jumpa kawan-kawan dari ameno,aku cuba acah-acah cuba
tanya mereka tengok riaksi mereka,katanya 50% adalah ahli-ahli ameno,kehadiran
di anggarkan 2,000 lebih,Melayu,Cina India banyak hadir,aku nampak kalau tak
salah pandang aku Pesuruhjaya Pas Perak Hj.Razman Zakria pun ada,verteren
ameno pun banyak..

.Insyaalah seperti Tun kata Pembangkang akan menang Insyaallah,sebab tuu lee
kami harap Najib Pegang PM sampai PRU 14 nanti,dan kami harap Tun bongkar
lagi penyelewingan Najib dan kabinetnya,kacau sampai lumat,sampai keruh,sanang
lee kami tangguk,air keruh ikan-ikan bute mata,,,,,

Wednesday 13 May 2015

PERINTIS 1IMDB CUBA GUNA MINYAK TERENGGANU

Mantan Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad Said
mendedahkan Terengganu Investment Authority [TIA]
Perintis kepada 1 Malaysia Development Bhd [1MDB]
cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai
cagaran sejak tahun 2008.

TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada tahun 2009
seleps Skt itu di ambil alih oleh Putrajaya.

Bercakap dalam sidang DUN Terengganu semalam,
Ahmad yang juga merupakan ADUN KIJAL berkata
kerajaan negeri bagaimana pun menarik balik daripada
perjanjian,ekoran beberapa masaalah,ini lah satu sebab
mengapa saya di marah Perdana Menteri DS,Najib Tun
Razak,termasuk kes-kes lain,akhirnya kita menarik diri,
kata Ahmad seperti yang di laporkan Sinar Harian hari
ini.

Dalam laporan itu juga,Ahmad selaku Menteri Besar
ketika itu berkata,kerajaan negeri tidak berdepan keru-
gian,bahkan menuntut balik wang berjumlah RM.1 juta
sebagai modal berbayar ketika itu.

Ahmad berkata demikian bagi menjawab soalan lisan
Satiful Bahari Mamat[PAS PAKA]  mengenai hubungan
1MDB dengan kerajaan Terengganu ketika membahaskan
Titah Sultan di Wisma Darul Iman semalam.

Ahmad meninggalkan pejabatnya tahun lalu dan kemudian
mengistihar keluar ameno buat seketika,mendakwa beliau
di paksa melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu
sebelum perkahwinan anak perempuan nya.

Respons Anak Kampung:
Tuu lee sebabnya Dato di buang dari Jawatan MB,kalau
ikut kata dia aku rasa sampai lee nie Dato masih MB,
sebab Dato tak angguk angguk,tapi Dato geleng-geleng,
tuu lee demo marah,nak senang angguk-angguk,tapi bagauh
lee Dato ada pendirian--Bongkar lagi,,,





Sunday 10 May 2015

INI JAWAPAN NAJIB MENGENAI ISU KONTROVERSI BELI TANAH TABUNG HAJI-1MDB

Perdana Menteri DS.Najib Tun Razak hari ini berkata

kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian tanah
oleh Tabung Haji drp 1MDB di panjangkan.
Beliau berkata ini kerana isu itu telah di putar belit kan
untuk memperlihatkan seolah-olah dlm urusan itu Tbg
Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menye
lamatkan 1MDB drp masaalah kewangan.

Kami tidak mahu kontrovesi ini di panjangkan kerana
ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi mem-
beri tumpuan terhadap beberapa drp program-program
besar yang kami cadang untuk di laksanakan,kata nya
kepada pemberita selepas melancarkan Projek Peru-
mahan Rakyat [PPR] di Kota Belud.Perdana Menteri
berkata demikian ketika di minta mengulas pengumu
man TH.bahawa ia akan menjual semula tanah yang
di beli daripada 1MDB.

Najib berkata menjual tanah itu kepada sektor swsta
merupakan urusan komersiol yang baik,membolehkan
Tabung Haji mengaut keuntungan beberapa juta ringgit
dalam tempuh singkat.

Jadi,ia bukan langkah untuk menyelamatkan [1MDB]
tiada syarikat akan membeli sesuatu Projek jika skt itu
akan rugi katanya.

Semalam,Pengerusi Tabung Haji Dato Seri Abdul Azeez
Abdul Rahim berkata TH mengambil keputusan untuk
menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM.
188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange
[TRX] di Kuala Lumpur selepas menerima tawaran drp
beberapa pembeli yang berminat.

Sumber:Bernama.

Respons Anak Kampung; Ya lee,setelah menerima
keritikan seluruh Malaysia,terutama dari ameno sendiri,
ketua pemuda,ketua Bhg,termasuk di Milan,TS Mudin
Yassin,bekas bekas menteri,bukan pembangkang saja,
baru nak buat pusingan U, bagitulah kalau batang kayu
tu dah bongkok,kura kura pun berani panjat-tunggu
esok Isnin,perjumpaan ngan Ketua-Ketua Bhg Ameno,
apa citer pulak-dulu julang-julang,lee nie di hempas
hempas.Rakyat dah tahu,berkocak air di hulu rakyat
tau sapa di hilir.