BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 28 February 2017

HARGA BARANG(IKAN MAKANAN RAKYAT MARHAEN) NAIK WE...H
















============================================
Lama dah aku tak kepasar,tapi pagi tadi bini aku suruh aku
ke pasar beli keperluan dapur khasnya ikan dan lain - lain.
Bini aku bagi RM.50/,katanya beli sedikit daging,ikan  dan
lain dan apa-apa yang patut.

Sebelum aku beli benda-benda yang di pesan bini aku nie,
aku merayap kesetiap gerai menjual ikan,daging,sayur sayur,
tengah terjengok-jengok melihat tanda harga ikan lain-lain  di-
pamirkan,terkejut aku tiba-tiba bahu aku di tepuk oleh kawan
lama aku yg telah bertahun tak pernah berjumpa.Aku dan dia
masing-masing bertanya khabar kesihatan masing-masing,
bertanyakan cucu ada berapa,pekerjaan dan pelbagai,maklum
lah lama tak jumpa.

Aku mengajak kawan aku tuu ke Gerai Minuman  yang tak
jaun dari pasar tersebut,sambil  menyambung sembang,kami
pekenakan Teh Tarik dan Roti Canai.

Pelbagai topek sembang kami termasuklah  keadaan ekonomi
masing-masing,maklumla lama tak jumpa,kawan baik pulak
tuu,sembang punya sembang sampai kenaikan harga minyak
GST,RM.0.20 sen selitar,kenaikan harga barang,ikan dan
lain-lain semuanya ini menambah beban pada rakyat.

Kawan aku itu terus terang kata,di sebabkan kenaikan harga
minyak walau pun kecil,ia menjadi punca utama dengan ke-
naikan harga barang,kerana barang-barang ini bergerak meng
gunakan kenderaan,kenderaan pula menggunakan minyak
mengangkut barang-barang,nelayan pula guna bot tangkap
ikan.

Aku juga sependapat dengan pandangan beliau,nak salah
sapa ye? kami membuat rumusan, kita tak boleh salahkan
100% pada peniaga saja,walau pun kita tak napikan,ada
sesetengah peniaga mengambil kesempatan menaikan
harga jualan mereka,tetapi banyak juga peniaga yg peka
kepada pelanggan mereka,pengguna juga harus berhati
dalam perbelanjaan.

Berbalik dengan duit RM.50/ yg bini aku beri suruh beli
lauk,hanya aku dapat beli sedikit daging,ikan,sayur,tuu
pun tak cukup,terpaksa tambah duit aku.

DULU-DULU TAKDAK DUIT,MAMPU BELI IKAN
TEMENONG JE, Ikan makanan Rakyat Marhaeen.
LENIE,KALAU NAK BELI IKAN TEMENONG,TER-
PAKSA TERMENUNG LAMA,FIKIR BANYAK KALI
KENA BELEK-BELEK DEBEL,KEROBEK DEBEL
(Bag duit) tengok duit cukup atau tidak.

Harga ikan lenie,bukan macam berapa bulan dulu,ikan
Temenong RM.19.00 sklo,dulu RM.12.00 sklo,kerang
RM.8.00sklo,Ketam RM 23.00 sklo,Daging L.RM.30.
00 sklo,Daging sejuk beku RM.19.00 sklo,Daging Cin-
cang RM.20.00 sklo,Tulang RM.25.00 sklo.Perut  RM.
20.00 sklo.

Sayur pulak,pucuk paku,pucuk kadok,Pucuk Capor
Lakling {lobak hutan) Keladi laut (Paku Rawang) masih
seperti biasa,maleh aku nak senaraikan harga barang nie
buat pening kepala aja,nak tau pi lah sendiri,nanti kata
aku buat fitnah pula.Dalam keadaan ini kita tak boleh
salah kerajaan,ini semua salah kita,memilih,mengundi
Barang Naik (BN),kalau ada rasa susuh,tertekan,mudah,
aje,jangan undi Barang Naik PRU 14 nie,kalau kerajaan
baru macam tuu juga,kita ubah lagi PRU 15,itu kuasa
kita rakyat,
Tiada Ades,Tiada Dinggi,Tiada BN tiada Barang Naik
Tiada GST.









-----------------------------------------------------------------------------

Saturday 11 February 2017

MB:NAJIB MELOMPAT CUREGAI MENTERI KABINET SENDIRI.














Nazli Ibrahim
============================================
Subang:12FEB.Reaksi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib
Razak yang melatah selepas Datuk Seri Menteri Besar,Datuk 
Seri Mohamed Azmin Ali menanyakan sama ada benar kah
Menteri Kanan bakal meletak kan jawatan membuktikan wujud
nya perasaan curiga di kalangan menteri kabinet.

Mohamed Azmin berkata,beliau tidak akan mendedahkan nama
menteri kanan terbabit tetapi sebaliknya terpulang kepada
menteri itu sendiri.

"Sekarang ini kalau tanya soalan pun tak boleh.Saya tanya satu
soalan semalam,menggemparkan seloroh negara,saya tanya
benarkah seorang menteri akan meletakkan jawatan,Perdana
Menteri melompat terus.

"Baru saya tanya soalan.Ini sudah cukup membuktikan mereka
dalam keadaan cukup panik dan kelam kabut.Baru tanya soa-
lan dah melompat "riuh"katanya pada program Dr.Syed Husin
Ali:Pembinaq Fikrah Perjuangan dan Pelucuran Buku terbaru
 di Hotel Empire,Subang Jaya di sini petang semalam.

Jelasnya,Najib sepatutnya tidak perlu melatah dan sentiasa
yakin terhadap kesetiaan barisan menteri kabinetnya.

Sebelum ini melalui laman sosial twiter Mohamed Azmin
melontarkan pertanyaan mengenai kemungkinan ada anggota
kabinet Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana
tidak mahu bersubahat dengan 1MDB.

Soalan Mohamed Azmin itu mendapat reaksi segera Najib
dan beberapa menteri.

=EZY= 

MB:TERPULANG KEPADA MENTERI UNTUK DEDAH SENDIRI

============================================
0leh Nazli Ibrahim
Subang,11 FEB.Datuk Menteri Besar,Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali tidak akan mendedahkan indentiti menteri kanan
yang bakal meletak jawatan,tetapi menyerahkan kepada indi-
vidu terbabit untuk mengumunkan nya.

Mohamed Azmin berkata,tindakan beliau mendedahkan 
indentiti menteri kanan itu akan menyebabkan menteri ter-
babit di ugut dan di tekan seperti yang sering berlaku sebelum
ini.

"Saya tidak menamakan pemimpin tersebut kerana menghor-
mati perbincangan sulit antara saya dan individu berkenaan
dan saya juga faham kalau saya menamakan individu tersebut,
Malaysia ini menjalankan satu sistem yang mengugut dan
tekan individu berkenaan,"kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meng-
hadiri Program"Dr Syed Husin Ali:Pembina Fikrah Perjua-
ngan dan Pelucuran buku terbaru" di Hotel Empire, Subang
Jaya di sini petang semalam.

Bagaimana pun Mohamed Azmin yang menghormati kepu-
tusan Menteri kanan tersebut,enggan menjelaskan bilakah
dan tempat pertemuan "Sulit" itu di adakan.

"Pertemuan di adakan dalam dunia,pada satu ketika,Menteri
di Malaysia.Jaga salah satu portfolio di putuskan oleh Perdana
Menteri",katanya.

=EZY= 

SIULAN MINALI MENYEBABKAN TIDUR NAJIB TERGANGGU?

Tweet oleh MB Selangor Mohamad Azmin Ali menerusi
twitter hari ini sudah tentu menjadikan ada orang tidak
senang.Minali telah melepaskan "siulan"manyanya me-
ngatakan seorang menteri kanan telah letak jawatan.
Beliau tidak sebut nama menteri berkenaan,tetapi  dari
siulan-siulan yang di bawa angin ia mengatakan Johari
Abdul Ghani Menteri Kewangan 11 ?.

Walaupun tweet Azmin itu di lihat sebagai main-main,
tetapi ia berjaya menarik perhatian Najib Razak.Beberapa
jam selepas tweet Azmin itu,Najib menyiulkan tweet me-
nafikan nya.Menurutnya dia tidak menerima apa-apa mak-
lumat mengenai hal itu,ada seorang menteri kanan  letak
jawatan?.

Dalam politik penuh dengan tafsiran dan persepsi.Kalau
tweet minali itu kosong,untuk apa Najib menafikan  nya.
Beliau patut biarkan ia berlalu di angin lalu sahaja.Pena-
fian Najib itu memberi ruang kepada orang mentafsir kan
perkara itu sebagai ia ada kebenaran nya,berdasarkan bida-
lan berbunyi "Pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada
angin", menyebabkan siulan Minali itu di kaji dan di cari-
cari.

Mungkin di kalangan menteri saling berhubung dan berta-
nya sesama sendiri hingga kedini esok.

Yang pastinya,malam ini Najib tidak nyenyak tidur dan
Johari yang di sebut itu juga menghadapi masaalah  sama,
sama ada benar atau tidak tentu Johari atau menteri berke-
naan kini di pantau.Rumahnya pasti di kawal pasukan kese-
lamatan bukan dalam jumlh biasa lagi.Mungkin di tambah.
Begitu juga peralatan komunikasinya di kesan serapi mung-
kin.

Dan esok dan esoknya pergerakan Johari akan di pantau
dan di awasi.Segala maklumat dan percakapan orang ramai
mengenai juga akan di intip oleh para inteligen Najib.Yang
pastinya esok sebelum matahari terbenam Johari akan mem-
buat kenyataan,selepas di asak oleh media.Apakah kenya-
taan beliau,esok ia akan menamatkan spekulasi menarik
ini?.

Dan mengikut logiknya pula Azmin tidak akan saja-saja
membuat siulan itu kalau beliau tidak ada maklumat me-
ngenai nya.Kalau Azmin bergurau,gurau itu ada lah gurau
lawak.Saya yakinMinali ada asas dan sebab tersendiri
untuk melepaskan siulan yang sangat mengganggu dan
menggemparkan itu.

Dalam pada itu ada logiknya kalau Johari menteri kanan
yang di katakan bercadang atau berfikir untuk meletak
jawatan.Beliau jadi menteri sebagai mengganti  Husni
Handzalah yang letak jawatan kerana tidak sanggup
terbeban dengan isu 1MDB.Apakah Johari juga meng-
hadapi tekanan yang sama?.Skandal 1MDB turut meng-
ganggu emosinya sehingga ia yang di maksudkan dalam
siulan tweet minali itu?.

Kita tunggu cerita selnjutnya,sahkan sehingga esok.
#sumber.


Friday 10 February 2017

KPDNKK PAHANG RAMPAS 30 BERUS CAT DI PERBUAT DARIPADA BULU BABI















---------------------------------------------------------------------------
KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK) Pahang berjaya
merampas sejumlah 30 Berus Cat diperbuat daripada bulu
babi dalam satu operasi di empat premis semalam.

Pengarahnya,Shaharudin Jali berkata,pihaknya mendapati
berus yang di perbuat daripada bulu babi banyak di jual,
malah tidak meletak kan sebarang label.

Jelasnya,terdapat juga penjual yang tidak mengasingkan
barangan itu.

Kita giat menjalankan operasi di semua premis di negeri
ini bagi mengenal pasti barangan berkenaan di jual mengi-
kut perentah perihal dagangan.

Dalam pada itu,kesalahan tidak meletak kan tanda harga
turut di kenal pasti bagi kebanyakan premis.

"Bagi peniaga premis yang di kenal pasti,mereka akan di-
kenakan kompoun atas kesalahan tersebut dan barangan
akan di rampas untuk siasatan lanjut,"katanya.

Sementara itu,tambahnya, pihak KPDNK akan melak-
sanakan operasi tersebut secara berterusan.#sumber

Thursday 2 February 2017

SAMUN BERKUMPULAN:POLIS TANGKAP JAMAL.














=============================================

Polis di lapor menangkap pemimpin Baju Merah Datuk Seri
Jamal Yunos berhubung kes samun berkumpulan.

Ketua CID Selangor SAC Fadzil Ahmad memberitahu bahawa
Jamal di tangkap bersama sembilan lagi supsek.

Ia susulan  serbuan pemimpin akar umbi UMNO itu di sebuah
tempat di dakwa Pusat Perjudian di Taman Kosas,Ampang pada
29 Disember lalu.

"Pusat hiburan keluarga itu ada lesen,semua ada permit bawah
(MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya.Yang di katakan
tempat Judi,itu lain hal.

"Kita dapat beberapa laporan,yang mengatakan barang mereka
hilang masa serbuan ini,jadi itu yang kita siasat,"katanya ke-
pada Malaysiakini.

Katanya,kes itu di siasat di bawah seksyen 395 kanun kesek-
saan,jika sabit kesalahan,suspek boleh di penjara 20 tahun dan
sebat.