BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 28 February 2017

HARGA BARANG(IKAN MAKANAN RAKYAT MARHAEN) NAIK WE...H
















============================================
Lama dah aku tak kepasar,tapi pagi tadi bini aku suruh aku
ke pasar beli keperluan dapur khasnya ikan dan lain - lain.
Bini aku bagi RM.50/,katanya beli sedikit daging,ikan  dan
lain dan apa-apa yang patut.

Sebelum aku beli benda-benda yang di pesan bini aku nie,
aku merayap kesetiap gerai menjual ikan,daging,sayur sayur,
tengah terjengok-jengok melihat tanda harga ikan lain-lain  di-
pamirkan,terkejut aku tiba-tiba bahu aku di tepuk oleh kawan
lama aku yg telah bertahun tak pernah berjumpa.Aku dan dia
masing-masing bertanya khabar kesihatan masing-masing,
bertanyakan cucu ada berapa,pekerjaan dan pelbagai,maklum
lah lama tak jumpa.

Aku mengajak kawan aku tuu ke Gerai Minuman  yang tak
jaun dari pasar tersebut,sambil  menyambung sembang,kami
pekenakan Teh Tarik dan Roti Canai.

Pelbagai topek sembang kami termasuklah  keadaan ekonomi
masing-masing,maklumla lama tak jumpa,kawan baik pulak
tuu,sembang punya sembang sampai kenaikan harga minyak
GST,RM.0.20 sen selitar,kenaikan harga barang,ikan dan
lain-lain semuanya ini menambah beban pada rakyat.

Kawan aku itu terus terang kata,di sebabkan kenaikan harga
minyak walau pun kecil,ia menjadi punca utama dengan ke-
naikan harga barang,kerana barang-barang ini bergerak meng
gunakan kenderaan,kenderaan pula menggunakan minyak
mengangkut barang-barang,nelayan pula guna bot tangkap
ikan.

Aku juga sependapat dengan pandangan beliau,nak salah
sapa ye? kami membuat rumusan, kita tak boleh salahkan
100% pada peniaga saja,walau pun kita tak napikan,ada
sesetengah peniaga mengambil kesempatan menaikan
harga jualan mereka,tetapi banyak juga peniaga yg peka
kepada pelanggan mereka,pengguna juga harus berhati
dalam perbelanjaan.

Berbalik dengan duit RM.50/ yg bini aku beri suruh beli
lauk,hanya aku dapat beli sedikit daging,ikan,sayur,tuu
pun tak cukup,terpaksa tambah duit aku.

DULU-DULU TAKDAK DUIT,MAMPU BELI IKAN
TEMENONG JE, Ikan makanan Rakyat Marhaeen.
LENIE,KALAU NAK BELI IKAN TEMENONG,TER-
PAKSA TERMENUNG LAMA,FIKIR BANYAK KALI
KENA BELEK-BELEK DEBEL,KEROBEK DEBEL
(Bag duit) tengok duit cukup atau tidak.

Harga ikan lenie,bukan macam berapa bulan dulu,ikan
Temenong RM.19.00 sklo,dulu RM.12.00 sklo,kerang
RM.8.00sklo,Ketam RM 23.00 sklo,Daging L.RM.30.
00 sklo,Daging sejuk beku RM.19.00 sklo,Daging Cin-
cang RM.20.00 sklo,Tulang RM.25.00 sklo.Perut  RM.
20.00 sklo.

Sayur pulak,pucuk paku,pucuk kadok,Pucuk Capor
Lakling {lobak hutan) Keladi laut (Paku Rawang) masih
seperti biasa,maleh aku nak senaraikan harga barang nie
buat pening kepala aja,nak tau pi lah sendiri,nanti kata
aku buat fitnah pula.Dalam keadaan ini kita tak boleh
salah kerajaan,ini semua salah kita,memilih,mengundi
Barang Naik (BN),kalau ada rasa susuh,tertekan,mudah,
aje,jangan undi Barang Naik PRU 14 nie,kalau kerajaan
baru macam tuu juga,kita ubah lagi PRU 15,itu kuasa
kita rakyat,
Tiada Ades,Tiada Dinggi,Tiada BN tiada Barang Naik
Tiada GST.









-----------------------------------------------------------------------------

0 comments: