BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 22 June 2017

Bersediakah PM dan Shafee Dedah Akaun Bank Mereka ???.















---------------------------------------------------------------------------
Adakah Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak dan Peguam
Kanan Tan Sri Shafee Abdullah bersedia untuk mendedah kan
akaun bank masing-masing seperti di arahkan Mahkamah Ting-
gi semalam.

Apakah kesan tindakan mendedahkan akaun bank dua indi-
vidu berfofil tinggi itu terhadap sabitan kes lewat 11,Ketua
Pembangkang yang juga bekas Timbalan P erdana Menteri
Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Dan adakah pembebasan Anuar daripada pertuduhan akan
memberi peluang kepada gabungan Pakatan Harapan untuk
mencipta sejarah baru negara bagi menggantikan kerajaan BN
di Putrajaya.

Kesemua persoalan ini akan terjawab pada prosiding Mahka-
mah July dan Ogos ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengarahkan
kerajaan untuk menjawab permohonan Datuk Seri Anuar
Ibrahim untuk mengketepikan kes lewat 11 berikutan dakwaan
Najib membayar RM.9.5 JUTA kepada Shafee sebagai khid-
matnya menjadi pendakwa utama dalam kes lewat itu.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika
pengurusan kes semalam.

Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukaka afidivit
sebagai menjawab permohonan yg di buat Anuar sebelum 12
July ini.

Peguam Anuar Latheefa Koya ketika di hubungi media berkata
Hakim itu turut memerentahkan Shafee,yg di namakan dalam
permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujjahnya men-
jelang 19 July.

Hakim Kamaludin kemudian menetapkan 3 Ogos depan sebagai
tarikh pengerusan kes berikutnya.

Kerajaan hari ini di wakili oleh Peguam Persekutuan Kanan Nadia
Hanim Tajuddin menakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee,
Najib pula tidak di wakili oleh sebarang peguam.

Shafee di lantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail
untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pem-
besan Anuar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau kemudiaan nya tampil sebagai Pendakwa Raya Utama dalam
kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Serawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM.9.5
JUTA kepada Shafee melalui dua pembayaran yang menyaksikan
Anuar di dapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac.2014.

Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhu-
bung soalan media mengenai dakwaan itu,menakala Shafee awal
bulan ini berkata akan mengeluarkan kenyataan media mengenai
perkara itu.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang di keluarkan
beliau.

0 comments: