BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 24 February 2018

TENGKU RAZALI HAMZAH JANGAN ASYIK RECYCLE FITNAH LAMA BURUKKAN KELANTAN.















==============================================

Modal yang sama direcycle umno bertahun-tahun,"Kelantan mis-
kin, takda peluang pekerjaan,terpaksi hijrah ke negeri lain untuk
mencari makan," mereka lupa bab hijrah nie,bukan orang Kelantan
sahaja,Sabah,Serawak,Kedah,Johor,Pulau Pinang dan semua negeri
lain,rakyat mereka ramai yang berhijrah ke Lembah Kelang.

Nampaknya Ahli Parlemen Gua Musang,Tengku Razali Hamzah
masih duduk dalam tahun 2000,kerana menyatakan penduduk
Kelantan hanya 1.2 juta orang,sedangkan rekod bancian pada tahun
2015 merekodkan jumlah terkini 1.75 juta orang.

Kelantan miskin?.Kalau benar Kelantan miskin,pasti ada isu ke-
buluran di laporkan.Data laporan Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM) dan Yunit Perancang Ekonomi (EPU),Jabatan Perdana
Menteri menunjukkan kadar kemiskinan Kelantan pada 2012 seba-
nyak 2.7% berjaya di kurangkan kepada 0,9% pada 2014.Kadar
kemiskinan Kelantan sama dengan Serawak 0.9%,tapi lebih baik
dari Labuan 1.1% dan Sabah 4.0%.

Malah peratus isi rumah berpendapatan 40% terendah (B-40) pada
2014 yg di rekodkan oleh EPU,menunjukkan rekod Kelantan lebih
baik berbanding beberapa negeri lain dengan 8.5% sahaja.Negeri
lain yang di tadbir BN dan PH seperti Johor 8.7%,Sabah 9.2%
Kedah 10%,Serawak 11.2%,Selangor 12.3% dan Perak 13%. Kelantan

Kelantan tidak membangun?Pembangunan Kelantan memang
"Slow" kalau dibandingkan dengan negeri maju,kerana duit
Royalti minyak Kelantan di curi oleh Persekutuan.

Tapi itu bukan bermakna tiada pembangunan langsung.Kelantan
meneruskan pembangunan tanpa menekan poket rakyat secara
keterlaluan melalui cukai,atas nama pembangunan wilayah 
persekutuan Kuala Lumpur di bawah pentadbiran BN pada 2014
menaikan kadar cukai taksiran sebanyak 10% untuk perumahan
dan 25% untuk komersial hingga meningkatkan kos hidup rakyat.

Perniagaan persendirian seperti penjaja kecil banyak di Kelantan
dan kos hidup masih murah berbanding negeri-negeri maju di
Lembah Kelang.

Sumbangan Persekutuan juga amat sedikit,kerana Kelantan di-
anaktirikan sejak ia bersama PAS.

Walau pun begitu,rekod laporan KDNK Jabatan Perangkaan bagi
2016 menunjukkan Kelantan mencatat pertumbuhan sebanyak 4.8%
ini berbeza dengan negeri lain di bawah BN yg dapat pelbagai per-
untukan,tetapi masih di tangga tercorot negeri-negeri miskin dan
mempunyai KDNK yang rendah seperti Pahang (2.0%) Serawak
(2.3%) Terengganu (3.1%),menakala Kedah (3.2%) Perlis (3.9%)
Perak (4.1%) Selangor sebuah negeri maju pula KDNK nya pada
2016 sama dengan Kelantan ia itu 4.8%.

Kemasukan pelancung domestik dan antara bangsa ke negeri
Kelantan juga meningkat dari 4.9 juta pada 2011 kepada 5.1 juta
pada 2015.Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Pelancungan dan
Warisan Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman me-
laporkan pada 2016 jumlah kedatangan pelancongan terus mening-
kat kepada 5.8 juta.

Walaupun terus di fitnah oleh Umno/Bn dan PAN-PH, Pas Kelan-
tan sentiasa menunjukan peningkatan dalam pelbagai segi.
Laporan Jabatan Audit Negara pula memberikan Skor Cemerlang
bagi pengurusan audit kewangan Kelantan yg mencapai 99%.Ini
membuktikan Kelantan mempunyai tadbir urus yang sangat baik
dibawah pentadbiran PAS sejak tahun 1990.

Rakyat Kelantan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan akan
mengekalkan pentadbiran sedia ada.Hubungan kerajaan Pas Kelan-
tan dengan Istana juga sangat baik dan sukar untuk di pertikai kan.
semoga Allah terus rahamati negeri Serambi Mekah ini  dengan
warganya yang menyayangi Ulama dan penuh kemakmuran.

#up#Allahuakbar #tolak bn#tolakph.

Herman Samsudeen
Kuala  Lumpur
24Februari.2018

Sunday 11 February 2018

UMNO BUAT KECOH LAGI ???.















------------------------------------------------------------------------------

Lebih 50 penduduk menghalau Lim Kit Siang yang pertama kali
menjejakkan kaki ke Kampung Bakar Batu di Johor Bahru dan me-
maksa program Sembang Santai Warung di batalkan,lapor China
Press.

Program itu sepatutnya di adakan di sebuah warung pada 9 malam
Sabtu,dengan kehadiran wakil pemimpin Pakatan Harapan   (PH)
termasuk Setiausaha PH dan PPBM Johor,Datuk Osman Sapaian.

Menurut akhbar itu,program berkenaan terpaksa di batalkan apa
bila pemilik warung di katakan tidak dapat meminjamkan permisnya
kepada penganjur di sebabkan "Tekanan".

Selepas program berkenaan di batalkan,Lim yang juga Ahli Parlemen
Gelang Patah bersama wakil pemimpin PH lain mengadakan sidang
media di warung itu dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus seketika
dan kekecohan kedengaran dari luar.

Akhbar itu melaporkn keadaan bertukar tegang apabila seorang ustaz
bersama penduduk kampung tampil menghalang sidang media itu.

Beberapa penduduk kampung kemudian nya mula menghampiri
warung itu dan melaungkan "Saya penduduk kampung di sini,jangan
kritik Umno", dan ada individu hadir menjadi orang tengah,meminta
semua pihak memberi masa 10 minit.

China Press melaporkan,Lim segera memberi tahu wartawan,beliau
enggan mengulas mengenai insiden itu.Bagaimana pun,Ketua Parlemen
DAP itu berharap ahli Parlemen Johor Bahru Tan Sri  Shahrir samad
akan memberi penjelasan mengenai kejadian berkenaan.

Adun Setulang Andrew Chen Kah Eng di petik akhbar itu menyifatkan
beliau kesal dengan inseden itu dan mendakwa umno menyalah guna
kan kuasa untuk menghalang penduduk menemui pemimpin PH.

Osman berkata,Malaysia adalah negara demokrasi,tetapi beliau dan
pemimpin PH yang bukan orang asing mendapat layanan sedemikian,
daripada penduduk setempat.

Akhbar itu melaporkan,Polis tidak kelihatan,dan keadaan mulai reda
selepas Lim bersama pemimpin PH lain menaiki kereta meninggalkan
kampung itu kira-kira 9.45 malam.

Turut hadir ialah,Adun Pengkalan Rinting daripada DAP,Cheo Yee
How dan Ketua PKR Cawangan Johor Bahru Ahmad Nasir.

Saturday 10 February 2018

'ANAKONDA'BERAT MENCECAH 200 KILOGRAM DI TANGKAP DI SERAWAK.















==============================================

BINTULU:Penduduk di bahagian ini di kejutkan dengan penemuan
seekor ular sawa gergasi 'anakonda' di sebuah kawasan   hutan   di
Kelawit,Tatau di sini semalam.

Reptilia gergasi sepanjang kira-kira 7.16 meter dan berat mencecah
200 kilogram itu di tangkap oleh penduduk rumah panjang kira-kira
pukul 5 petang.

Ular sawa gergasi tersebut kemudian di bunuh dan di bawa balik ke-
rumah panjang untuk tindakan lanjut.

Di fahamkan, ini merupakan kali pertama ular gergasi di tangkap
di Serawak.

sumber.kosmo