BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 11 February 2018

UMNO BUAT KECOH LAGI ???.















------------------------------------------------------------------------------

Lebih 50 penduduk menghalau Lim Kit Siang yang pertama kali
menjejakkan kaki ke Kampung Bakar Batu di Johor Bahru dan me-
maksa program Sembang Santai Warung di batalkan,lapor China
Press.

Program itu sepatutnya di adakan di sebuah warung pada 9 malam
Sabtu,dengan kehadiran wakil pemimpin Pakatan Harapan   (PH)
termasuk Setiausaha PH dan PPBM Johor,Datuk Osman Sapaian.

Menurut akhbar itu,program berkenaan terpaksa di batalkan apa
bila pemilik warung di katakan tidak dapat meminjamkan permisnya
kepada penganjur di sebabkan "Tekanan".

Selepas program berkenaan di batalkan,Lim yang juga Ahli Parlemen
Gelang Patah bersama wakil pemimpin PH lain mengadakan sidang
media di warung itu dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus seketika
dan kekecohan kedengaran dari luar.

Akhbar itu melaporkn keadaan bertukar tegang apabila seorang ustaz
bersama penduduk kampung tampil menghalang sidang media itu.

Beberapa penduduk kampung kemudian nya mula menghampiri
warung itu dan melaungkan "Saya penduduk kampung di sini,jangan
kritik Umno", dan ada individu hadir menjadi orang tengah,meminta
semua pihak memberi masa 10 minit.

China Press melaporkan,Lim segera memberi tahu wartawan,beliau
enggan mengulas mengenai insiden itu.Bagaimana pun,Ketua Parlemen
DAP itu berharap ahli Parlemen Johor Bahru Tan Sri  Shahrir samad
akan memberi penjelasan mengenai kejadian berkenaan.

Adun Setulang Andrew Chen Kah Eng di petik akhbar itu menyifatkan
beliau kesal dengan inseden itu dan mendakwa umno menyalah guna
kan kuasa untuk menghalang penduduk menemui pemimpin PH.

Osman berkata,Malaysia adalah negara demokrasi,tetapi beliau dan
pemimpin PH yang bukan orang asing mendapat layanan sedemikian,
daripada penduduk setempat.

Akhbar itu melaporkan,Polis tidak kelihatan,dan keadaan mulai reda
selepas Lim bersama pemimpin PH lain menaiki kereta meninggalkan
kampung itu kira-kira 9.45 malam.

Turut hadir ialah,Adun Pengkalan Rinting daripada DAP,Cheo Yee
How dan Ketua PKR Cawangan Johor Bahru Ahmad Nasir.

0 comments: