BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 27 April 2018

ESOK SABTU,28-4-2018,PENAMAAN CALON PRU-14..

Esok SABTU,28-4-2018, hari Penamaan Calon PRU
14.
Jangan lupa,adek kakak,pokcik-mokcik,opah tok-tok wan
ramai-ramai kita hadir......

09 Mei 2018 hari RABU,hari mengundi pulak,kita kena
ramai-ramai sokong parti kita.

SIAPA PILIHAN ADEK KKAK TOK WAN MAK WAN

Toksah pening kepala,fikiq-fikiq,buatlah pilihan terbaik,pilih
lah parti bersih dari rasuah dan salah guana kuasaa.

Ada 3 saja pilihan.

1.BN Cap kati di pimpin pencuri,perompak,
71 kes terlibat rasuah curi duit rakyat.
2.PHlogo cap mata, di pimpin bekas perompak.
21 terlibat kes rasuah.
3.GS,Gagasan Sejahteralogo Pas,Kosong [0] rasuah.
Ini bukan aku kata,ini,ini bukan berita palsu,berita

tak benar,ini
jawapan Menteri di-
Jbt.Perdana Menteri
dalam Parlemen.Iaitu
Menteri Cap Kati sen-
diri,lagi pokcik,mokcik
adek kakak,tok wan
mau caya ke???.

Kalu adek,kakak,abang
pokcikmokcik,tok wan,
opah mengundi mereka
bermakna pokcik semua
menyokong rasuah,sedang
kan rasuah tuu di laknat
Allah,pemberi dan pene-
rimanya,rasuah haram di-
sisi Islam
Lebih dahsat,yang cap
kati tuu,dia beri  beri umpan,dedak pada kita,tapi bontok kita di-
cangkut mata kail.

Yang ketiga Cop Bulan Purnama,[GS] adalah terbaik,mereka nie nak
kan Islam bagi menyelesaikan masaalah.

Adek kakak,pokcik-mokcik,tok wan,kita nak keredaan ALLAH.

SELAMAT MENGUNDI,PILIHLAH GAGASAN SEJAHTERA
PIMPINAN PAS.












Tuesday 24 April 2018

AIK !!! HJ.PUAD ZARKASHI DI GUGURKAN CALON BN??.

























----------------------------------------------------------------------------

PUAD ZARKAHSI,Harus terima hakikat kata Ahmad Zahid

KUCHING - Keputusan tidak meletak kan Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas [JASA] Tuan Hj.Mohd Puad Zarkashi
sebagai Calon BN  di Batu Pahat pada PRU-14 adalah berdasar
kan kepada hasil penilaian landskap politik di seloroh negara,
termasuk di kawasan parlemen berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri [Kerajaan sementara] Tuan Hj Ahmad
Zahid Hamidi berkata, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu ha-
rus menerima hakikat bahawa kawasan itu berada dalam keadaan
agak parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan pada  BN.



Ha,ha,ha, tuu dia punya alasan...

Ulasan anak kampung: Ini kes naya Tuan Haji,sepatutnya
pengampu,pembodek no satu tak jadi gitu,ada yang tak kena
nie,mungkin terlebih ampu dan bodek kot.
Takpe-takpe ...Kata Hj. nak jadi calon bebas?,Tok sah Hj.
Hj. ajak semua penyokong Hj.supaya mengundi calon Gagasan
Sejahtera Pimpinan Pas pada 9 mei nanti,Hj.boleh kan-kan.












r
















Friday 20 April 2018

PEGUAM: NAJIB TAK BOLEH TANDA TANGAN WATIKAH CALON...
















--------------------------------------------------------------------------------

PEGUAM: Najib tak boleh tanda tangan Watikah Calon.................

Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak
dapat menanda tangani Watikah Calon Umno dan BN untuk PRU
ke-14,susulan penfailan Mahkamah berhubung kesahihan Umno,
kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

Mohd Haniff mewakili 15 anggota Umno yang memfailkan se-
makan kehakiman hari ini untuk mencabar keputusan Jabatan
Pendaftar Pertubuhan [ROS] membenarkan Umno menangguh
kan pemilihan parti sehingga April tahun depan.

Menurutnya,Majlis Tertinggi dan Bahagian Umno terbatal ber-
mula hari ini,menakala cawangan Umno terbatal sejah 1 mach
lalu.

"Maka Najib tidak boleh menandatangani Watikah Calon
ekoran kedudukan Umno yang kini menjadi pertikaian",katanya
kepada pemberita.

Salah seorang plaintif,ketua cawangan Umno Kampung Pandan
Salihudin Ahmad Khalid berkata,beliau telah menulis surat ke-
pada ROS untuk bertanya tentang status parti itu,tetapi tidak me-
nerima apa-apa jawapan.

"Saya menjadi ketua cawangan sejak 2013,hari ini saya bertanya
sama ada jawatan saya sah atau tidak,kerana tiada pemilihan pe-
ringkat cawangan yang sepatutnya di adakan pada 28 Feb.tahun
ini," katanya.

*****Ulasan Anak Kampung;
Kalau lee betul cita nie,Umno sekali lagi mencipta sejarah,
dedulu Umno Kebuh [mati] di Mahkamah gak yang di bawa
oleh kumpulan 11,tapi Tun Mahathir siram dengan Air Atma
Jiwa dia hidup kembali.

Leenie sekali lagi di bawa ke Mahkamah oleh kumpulan 16
pula sekali lagi,aku harap dia kebuh dan tak bangkit lagi,
tuulee,kalau asyik nak buat khianat parti orang,nie dah kena
batang hidung sendiri.

hahaha.....Terbaik ,UNDI LAH GAGASAN SEJAHTERA
PIMPINAN PAS.

ENAM BELAS AHLI UMNO MAHU ROS BUBARKAN UMNO...
















==============================================

Enam Belas anggota  cawangan Umno hari ini memfailkan per-
mohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatal
kan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan [ROS] yang mem-
benarkan Umno lanjutkan masa untuk mengadakan pemilihan
parti semua peringkat.

Permohonan itu di failkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka adalah dari 11 Cawangan di enam negeri dan menamakan
ROS dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh seba-
gai responden.

Mereka juga memohon perentah,mendamus untuk mewajibkan
ROS untuk menggunakan seksyen 13,14,16 dan 66 Akta pertu-
buhan untuk menyiasat Umno berdasarkan surat mesyuarat yang
di hantar kepada ROS.

Selain itu,mereka jua memohoon perentah mendamus untuk me-
maksa ROS mengambil tindakan serta-merta keatas Rauf kerana
di dakwa melanggar perkara 93,9.4,15.3,182 dan 10.16 perlem-
bagaan Umno kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam
tempoh 18 bulan yang di tetapkan.

Disamping itu,mereka juga memohon supaya Umno di bubarkan
sementara sebaik saja ROS menyelesaikan siasatan nya berhubung
dakwaan melanggar perlembagaan parti.

Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk menge-
luarkan notis di bawah seksyen 14 [2] dan 14 [5] di bawah Akta
Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muk-
tamad.

Secara tambahan,pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS
untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permoho-
nan semakan kehakiman selesai.

Pemohon juga mahu pengistiharan bahawa semua bahagian Umno
dan Majlis Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari
segi undang-undang untuk berurusan dan terbatal atau terbubar
berkuatkuasa hari ini 20 April 2018.

Mereka juga mahu perentah bahawa keseluruhan institusi atau
pertubuhan yang di panggil dan atau di kenali sebagai Umno
adalah tidak sah dan terbatal atau terbubar mulai hari ini juga.

Ini berkaitan hujjah mereka,bahawa hari terakhir untuk bagagian-
bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari
dan hari terakhir untuk majlis tertinggi adalah semalam [19 April].

Kali terakhir bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan
mereka adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru
seharusnya di adakan pada 31 Ogos.2016,tetapi diberi lanjutan
masa 18 bulan oleh ROS.

16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun,mereka ada lah
Salihudin Ahmad Khalid,Noorhalimi Yahya,Mariam Mohd Ishek,
Mohd Hafami Hanif,Shaharudin Tukiman,Azaid Jani.Normalawati
Hassan,Rodiana Abd Manaf,Mohd Raafeek Rahim,Nurul Hanna
Mohd Sukot,Kamarul Abd Wahid,Mohd Hikamal Md.Hassim,
Muzamzamir Abd Wahab,Norizan Jamaludin,Rohani Ahmad dan
Muhamad Hafizi Hashim.

Semua anggota Umno berkenaan di wakili oleh peguam Mohd
Haniff Khatri Abdulla.

sumber.mk.

BEKAS SETIAUSAHA AGONG MIC JADI CALON "GS" BAGI PRU-14,DI PAHANG...

















===============================================

KUANTAN: Bekas Setiausaha Agong MIC,Datuk S.Kumar ada
lah antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertan-
ding di negeri ini pada Pilihanraya Umum ke-14 [PRU-14].

Kumar 45 th, yang juga Presiden Parti Generasi Baru akan bertan-
ding di kerusi Dewan Undangan Negeri [DUN] Tanah Rata  yang
terletak di bawah Parlemen Cameron Highlands.

Pencalonan nya di umumkan Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli
Abdul Jabar pada majlis pengistiharan Calon PAS dan Gagasan
Sejahtera di Pahang pada PRU-14 di Padang Awam Cenderawasih
di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man.

# sumber:PDO..

                                         UNDILAH GAGASAN SEJAHTERA
                                         PINPINAN     PAS











.






.




Wednesday 18 April 2018

PEPATAH CHINA:"IKAN BUSUK BERULAT BERMULA DARI KEPALA"

Malaysia adalah negara
kaya dengan hasil buminya
samada di dasar laut,di bumi
dan perut bumi nya seperti
Gas Petrolion,bijih,emas,
balak,kelapa sawit getah dan
lain-lain lagi untuk di nekmati
warga bumi nya.

Tapi sayang seribu kali sayang
 pemimpin negara yang di-
beri mandat oleh warga bumi
nya [rakyat] untuk metadbir negara tidak bertanggung jawab dan
tak amanah,maka hasil negara banyak ketirisan,bocor,tembuh hi-
lang,lenyap,ghuyub masuk tembolok mereka keroni,anak pinak.

Rakyat  terpaksa atau di paksa menerima,menanggung beban se-
perti kenaikan kos hidup,kenaikan harga barang,perlaksanaan cu-
kai GST dan lain-lain.

Di negara kita Malaysia nie,Melayu adalah kaum dominan,maka
kepimpinan negara adalah orang Melayu dan bersama-sama kaum
lain di lantik sebagai menteri,timbalan menteri menggotai kabinet.

Tetapi hari nie,mereka dah tak sedar diri,rakyat yang memberi
mandat kepada mereka lima tahun sekali untuk menjaga amanah,
bangsa negara dan agama telah di khinati dan sanggup menipu
bangsanya sendiri.

Apa yang di harap oleh rakyat selama ini,ia-itu rakyat menggap
negara  seperti pohon rendang menghijau tempat rakyat berteduh
dan pohon itu pulak berbunga lebat mengeluarkan buah-buah
yang ranum untuk di makan dan di nekmati rakyat,

Leenie,nampaknya pohon-pohon yang rendang mengeluar
kan buah telah membusuk di makan ulat-ulat.Ulat nie di ketuai
oleh seorang ketua  ULAT GONGGOK.

Anak-anak ulat nie berkeriuk,berkerumit,macam ulat nangka,
ULAT TAHI [SHIT] memamah,memakan lemak manis buah
tersebut hingga tinggal hampas,malah bukan buah saja diserang
ulat nie hingga keakar umbi pokok,sehingga kelihatan pokok-
pokok itu akan mereput.

Ini cukup bahaya !!! Anda perlu melakukan sesuatu untuk meng-
halang mereka nie terus bermahrajalela.

Anda kena berusaha,rawat mereka,supaya sedar tanggungjawab
jugamanah yang di beri rakyat terutama bangsanya sendiri jangan
di khinati

Kalu tak leh rawat lagi,semburkan dengan racun makhluk perosak
COP TENGKORAK sampai keakar umbi,supaya mereka nie
lenyap,ghuyub di bumi Malaysia nie.

ANDA BOLEH  !!!, Undilah Gagasan Sejahtera Pimpinan 
PAS,terjamin ketelusan nya.




Friday 13 April 2018

LARIKAN KURSI PAS,KINI PKR NAK LARIKAN KERUSI ENGKAU...

























==========================================


Penyandang kerusi Parlimem Shah Alam Khalid Samad men-
dedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan.
Harapan di Selangor berpunca dari dua faktor.

"Kerusi ini sangkut [tangguh] atas dua sebab.Nombor  satu
[kerusi] jamin menang,,nombor dua jamin kalah.

"Yang jamin menang semua nak,yang jamin kalah semua tak nak.

"Sebab itu dia sangkut,jadi nak beri pun orang tolak dan mana
yang nak ambil semua orang tarik",katanya dalam sidang media
di pejabatnya di Shah Alam,hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas faktor utama kepada Harapan
mengambil masa yang lama bagi memutuskan agehan  kursi di
negeri itu.

Tarikh PRU 14 telah di tetapkan pada 9 Mei depan,namun rundi-
ngan kerusi pembahagian kursi Dewan Undangan Negeri [DUN]
di kalangan mereka di fahamkan masih belum selesai.

XOXO-Dulu engkau buat lari kerusi PAS,Sekarang belum
memang PKR nak larikan kerusi engkau...

PILI HAN TERBAIK ANDA UNDI LAH PAS......



Wednesday 11 April 2018

JANGAN MENABUR JANJI-JANJI MEMBAWA AKIBAT...




========================================
Ku sangka aur di pinggir tebing-Kiranya tebu dipinggir 
bibir.

Ku sangka jujur pancaran batin-Rupanya palsu  penghias
zahir.

Ku kira hati jiwa murni-Suci seindah wajah terbanyang

Ku kira puji se ikhlas budi-Ku lupa lidah tak bertulang

Di manis gula semut binasa-Kail berduri di salut umpan

Di manis kata insan terlena-Kerana budi hamba terkor-
ban

Ini kah dia lakonan hidup-Di pentas dunia insan berpura

Tipu dan daya pencapai maksud-Budi dan harta merang-
kum NODA...

hahaha....fikir-fikir lee...weh.

                                                UNDI-LAH GAGASAN SEJAHTERA
                                                                  PIMPINAN PAS









"Adilkah bertarung jika ikat mata,tambat tangan lawan?."
















==============================================

Beberapa minggu lagi sebelum berlangsung nya PRU 14,Mufti
Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memuat naik gambar
dengan tulisan 'unfair competition' [Pertandingan yang tidak adil]
di Istagramnya.

Tanpa menyebut sebarang nama,beliau mengiringi gambar itu
dengan kesah satu pehak yang "menambat tangan" dan "mengikat
mata" pihak yang lain sebelum mengajak brtarung.

"Maka itu tidak adil.Apatah lagi jika anda ingin mengistiharkan
diri mu menang dengan cara yang demikian,maka jelas satu peni-
puan.

"Namun,jika dia masih dapat mengalahkan anda pada hal anda
telah atur suatu persiangan yang tidak adil,maka kau memang ter-
lalu teruk.

"Apakah anda telah di makan sumpah?, tulisnya malam tadi.

Ketika Malaysiakini bertanya sama ada beliau merujuk kepada
PRU ke-14,Mohd Asri menafikan nya.

"Tidak,umum saja,tiada rujukan khusus," katanya rengkas mene-
rusi WhatsApp.

Bagaimana pun kenyataan itu pasti mengundang tafsiran daripada
ramai orang,termasuk pengikut laman Instagram nya,untuk mengait
kan nya  dengan pilihan raya.

Semalam,Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] menetapkan tarikh me-
ngundi pada 9 mei ini yang jatuh pada hari Rabu.

Langkah itu di keritik banyak pihak yang beranggapan ia bertu-
juan menyukarkan pengundi terutama di bandar yang kebanyakan
nya menyokong pembabgkang yang mendaftar mengundi di kam-
pung halaman mereka untuk pulang.

Demokrasi di rompak.

Sentemin sama di tunjukan pengguna Instagram pada ruang komen
posting Mohd Asri.

Seorang pengguna Istagram mendakwa pilihanraya sekian lama men-
jadi pertandingan yang tidak adil.

"Kalau pilihanraya itu adil,pastinya pilihanraya di Malaysia sudah
lama di hapuskan." katanya.

"Seorang pengguna lain pula menyatakan kesukaran yang bakal
di hadapinya untuk memohon cuti dan pulang ke Kelantan  untuk
mengundi.Walahal boleh saja buat PRU pada hujung minggu,
Zalim sungguh,"katanya.

Apatah lagi selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri sementara
Datuk Nur Jazlan mohamed berkata,tiada keperluan untuk meng-
istiharkan hari itu sebagai cuti umum memandangkan undang-un-
dang sedia ada memperuntukan majikan memberi masa munasabah
kepada pekerja untuk mengundi.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam
menyifatkan SPR telah merompak hak demokrasi rakyat memilih
kerajaan.

                                                               T E R B A I K






Tuesday 10 April 2018

MALAYSIA MEMILIH....
















-------------------------------------------------------------------------------

MALAYSIA MEMILIH dalam masa terdekat [Mei] 2018 kerana
Parlemen telah di bubarkan pada 7-4-2018, mau tidak mau PRU
mesti di adakan 60 hari selepas Parlemen di bubarkan.

Sebelum Malaysia memilih kerajaan Umno/Bn telah meluluskan
Bajet 2018, ia itu satu bajet termewah dalam sejarah kerajaan
Umno/Bn sebanyak RM.280.25 bellion yang di bentang oleh DS.
Najib.

Bajet nie semua orang tau,ini bajet Pilihanraya,ia itu bajet untuk
 memenangi dan menawan hati rakyat agar kepercayaan wajib
diberi kuasa semula sekali lagi kepada umno/bn untuk memeren-
tah negara Malaysia selepas PRU 14  nie.

Tetapi rakyat yang mahu berfikir berasa cukup hairan,bajet yang
begitu besar RM.280.25 bellion masih tak cukup.Kerajaan umno/
bn masih meminta tambahan sebanyak RM.7 Bellion pada
19 mach lalu .

Aku yang bodoh rasa kerajaan umno/bn cukup lemah dalam meran-
cang perbelanjaan,setiap tahun bajet di bentang pasti minta tambah
bajet 2018 yang bagitu besar masih tak cukup,sedangkan bajet 2018
baru berjalan hanya tak sampai 3 bulan lagi dah mintak tambah.

Rakyat berfikiran bajet 2018 nie masih tidak dapat mempengaruhi
dan membendung keinginan rakyat untuk menumbangkan umno/
bn dalam PRU 14 nanti.Sebab umn0/bn dah sedar,kalau mereka tak
TIPUtak menggunakan persempadan semula kawasan pilihanraya,
seolah-olah mereka dah tau perasaan,denyut hati rakyat akan tolak
mereka dlm PRU 14 nie.

sebab itu mereka meminta bajet tambahan,untuk memberi pelbagai
ganjaran dan hadiah yang tak termasuk dalam bejet mewah 2018,
mereka menabur janji manis,menabur wang,rakyat tergelak guling-
guling,kerana nie tak ubah cerita lakonan Aziz Satar,Sudin dan P.
Ramlee dalam film Ali Baba.

Umno/Bn boleh berjanji bulan,bintang,rakyat tentu berfikir boleh
kah janji-janji tuu di tunaikan ???,sedangkan hutang negara ber-
longgok-longgok-hutang wajib di bayar.

PERIBAHASA DAN PERKATAAN HUTANG,-Bertali boleh
di heret,bertampuk boleh di jenjing,ertinya berhutang ada perjan-
jian nya.Musang terjun lantai terjongkit [ertinya berhutang untuk
membayar hutang] Hutang biduk belum selesai,hutang pengayuh
tiba pula, hahaha-fikir-fikirkan lee.

Aku nasihatkan khasnya diri aku dan keluarga,amnya pada
rakyat [Pengundi] ambillee umpan yang di beri umno/bn tuu,tapi
jangan undi umno/bn nanti ia jadi rasuah pula,upah undi,rasuah
nie dosa besar di kutuk Allah,pemberi dan penerimanya.

Rakyat [Pengundi] jangan terpedaya,berfikir dulu untuk memilih
dan tidak harus mengambil resiko.Kalau umno/bn menang PRU
14 nie berapa banyak peruntukan besar bagi umno/bn melunas
kan janji-janji dalam Manifesto mereka.

Aku percaya 100% mangsa pertama jika umno/bn menang PRU
nie ialah rakyat.Oleh itu fikir-fikir lah banyak kali sebelum anda
memilih,salah pilih akan tanggung beban 5 tahun lagi,sedangkan
leenie pun kita sarat menanggung beban.

PILIH LAH ISLAM, bagi menyelesaikan masaalah dan adil
kepada semua bangsa dan agama.

SELAMAT MENGUNDI...

Monday 9 April 2018

TS.RAFIDAH AZIZ DAKWA NAJIB SWASTAKAN TANAH TENTERA...

Bekar Menteri Kabinet
Tan Sri Rafidah Aziz dalam
surat terbuka beliau malam
ini mendakwa Najib selaku
Menteri Pertahanan menge-
surkan penswastaan lebih
40,000 hektar Tanah Angka-
tan Tentera Malaysia [ATM]
di seloroh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu.

Rafidah berkata cadangan itu di buat kepada kerajaan pada
2008 dan telah pun di luluskan serta di laksanakan.

"Saya agak ragu dan telah bertanya kepada Najib,dalam mes-
yuarat tersebut,mengapa di swastakan kepada syarikat  yang
tidak langsung di ketahui rekodnya.

"Mengapa tidak di swastakan kepada Lembaga Tabung Ang-
katan Tentera [LTAT] yang boleh bergabong dengan syarikat
syarikat besar,yang ada rekod prestasi yang terbukti.

"Jawapan Najib kepada saya,dan di sambut oleh PM.Abdullah
Badawi, ialah,kita akan bawa masuk LTAT kemudian.Tiada se-
orang pun menteri lain menyoal Najib",kata beliau.

Pada ketika itu,Perdana Menteri ialah Abdullah Ahmad Badawi
dan Rafidah menjawat portfolio Menteri Perdagangan   Antara
Bangsa dan Indastri.

Rafidah berkata,penswastaan tanah tersebut berdasarkan pajak-
kan tanah selama 40 tahun dan di berikan tanpa tender terbuka.

Beliau mendakwa apabila harga tanah itu di buat penilaian 
semula,syarikat terbabit mendapat untung berkali ganda.

Rafidah juga meminta Najib mendedahkan nama syarikat itu dan
tiga individu pemiliknya serta butiran lanjut penswstaan  tanah
berkenaan.

"Rakyat perlu tahu semua fakta-fakta,silalah dedahkan untuk
pengtahuan awam," kata Rafidah dalam surat terbuka itu.

Rafidah turut meminta penjelasan Najib berhubung beberapa
projek utama kerajaan jika ia melibatkan tanah tentera yang di-
swastakan itu.

Antara projek yang di senaraikan dalam surat Rafidah itu ia lah
Bandar Malaysia yang merupakan bekas Lapangan Terbang
TUDM Sungai Besi,perpindahan Kem Majidee,Landasan keritapi
Pantai Timur [ECRL] projek keritapi laju KL-Singapura,projek
komersil pertanian dan penjualan Pangkalan Udara TUDM
Butterwooth.



                                           TERBAIK......


Tuesday 3 April 2018

KERAJAAN UMNO/BN LEENIE DAH JADI GILA,SEWEL?.

Nampaknya Kerajaan
Umno + Bee End tidak
boleh di harap dan di-
percayaai leenie,kerana
dah jadi GILA-SEWEL.

Eh,Eh,Eh,dunia-dunia.
menjelang PRU 14 Umni+
Bee End jadi sewel merapu.

Takpe-Takpe !!!,biar demo orang Umno jadi sewel n gila,kita
jangan jadi macam mereka.

Apa tidak nya,bila rakyat merungut kesempitan hidup kerana
kos sara hidup tinggi,pendapatan ciput,harga barang naik me-
lambung,ikan mahal,ayam mahal,adakah patut mereka jawab,
Ayam mahal toksah makan ayam,ikan mahal toksah toksah
makan ikan,abih rakyat nak makan apa?. Ini jawapan orang
GILA + SEWEL, sepatutnya  mereka berusaha mencari jalan
untuk atasi masaalah rakyat, jawapan tersebut akan bertambah
benci rakyat pada umno/bn yang sombong dan bongkak,me-
reka menasihatkan rakyat supaya berbelanja behemah,tapi
mereka rakus menggunakan wang negara.

Kita rakyat marhein yang dok ke ulu-ulu kampung di peda-
laman boleh lihat kesewelan umno/bn sejak akhir-akhir  ini.

KETAWA kita melihat kebodohan dan kesesakan umno/bn nie
memang umno/bn tersangat cemas,lebih-lebih lagi dekat PRU
14 nie,yg tak berapa hari lagi.

PM Najib dan pak-pak menteri, jangan hendak main teka-teki
dengan rakyat,jangan main tarik dan tolak dengan penjawat
awam.Kami orang kampung yang bodoh nie pun dah tahu SOP
PM-Umno/Bn kita.

DIA pasti beri dan hulur duit,jangan risau fulus akan da-
tang,biar benggerap negara,asal dapat beli sokongan rakyat
itu lee kaedah PM Najib menyelesaikan isu masyarakat dengan
membayar dan menyogok rakyat,ini duit dari mana ?,jangan
main senyap-senyap,hutang kerajaan bertimbun-timbun,ber-
longgok-longgok dari pendapatan negara,belanja besar pasak
dari tiang.

Kerajaan berbelanja cukup rakus,bukan kah ini kerajaan
WASATHIYAH ??? yang di uar-uarkan ?.

Umno/Bn boleh menang,kalau orang melatu daif,jahil,sebab itu
kepentingan utama mereka umno yang tertinggi,ia lah mengekal
kan orang melayu dalam kejahilan,kemiskinan dan kebodohan.

Lagi satu umno nie cukup rasis,jika dia umno tidak buat, dia arah
kan anak-anak syarikatnya,agensi kerajaan,ngo-ngo lain menge-
luarkan kenyataan yg menghasut,kerana umno ada dua lidah,depan
bangsanya [Melayu] cakap lain-depan bangsa lain cakap lain pula,
orang tua-tua kata itu lidah BEWOK.

Mana masuk akal,Melayu akan musnah jika menolak umno,jika
org yang menolak umno tuu ia lah org Melayu  sendiri?.
PM-TPM,dan Menteri menteri, Umno adalah BADUK-BADUK
POLITIK.

Orang Melayu bukanlee bodoh sangat,mahu menyimpan sesuatu
yang menyusahkan dan memudaratkan mereka seperti UMNO.Yang
menolak umno ialah org melayu 3.7 juta dari 5.7 juta menolak
umno bermula tahun 2008.

Aku nasihat  BN.PM dan menteri-menteri nya,toksah lee ghairah
sangat dan sombong sangat,kerana dah lebih 60 tahun memeren-
tah negara.Kerajaan FIRAUN  lagi lama memerentah ia itu 400
tahun dengan pelbagai kezaliman nya, kenapa Allah SWT tidak
menurunkan pemerentahan Firaun,bagitu dengan kerajaan umno
bn,yg banyak menzalimi rakyat.

Allah SWT memberikan peluang supaya kita memperbetulkan
kesilapan kita dan peluang bertaubat di atas kezaliman yang kita
lakukan.

              "JANGAN UNDI PEMIMPIN RASUAH"