BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 9 April 2018

TS.RAFIDAH AZIZ DAKWA NAJIB SWASTAKAN TANAH TENTERA...

Bekar Menteri Kabinet
Tan Sri Rafidah Aziz dalam
surat terbuka beliau malam
ini mendakwa Najib selaku
Menteri Pertahanan menge-
surkan penswastaan lebih
40,000 hektar Tanah Angka-
tan Tentera Malaysia [ATM]
di seloroh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu.

Rafidah berkata cadangan itu di buat kepada kerajaan pada
2008 dan telah pun di luluskan serta di laksanakan.

"Saya agak ragu dan telah bertanya kepada Najib,dalam mes-
yuarat tersebut,mengapa di swastakan kepada syarikat  yang
tidak langsung di ketahui rekodnya.

"Mengapa tidak di swastakan kepada Lembaga Tabung Ang-
katan Tentera [LTAT] yang boleh bergabong dengan syarikat
syarikat besar,yang ada rekod prestasi yang terbukti.

"Jawapan Najib kepada saya,dan di sambut oleh PM.Abdullah
Badawi, ialah,kita akan bawa masuk LTAT kemudian.Tiada se-
orang pun menteri lain menyoal Najib",kata beliau.

Pada ketika itu,Perdana Menteri ialah Abdullah Ahmad Badawi
dan Rafidah menjawat portfolio Menteri Perdagangan   Antara
Bangsa dan Indastri.

Rafidah berkata,penswastaan tanah tersebut berdasarkan pajak-
kan tanah selama 40 tahun dan di berikan tanpa tender terbuka.

Beliau mendakwa apabila harga tanah itu di buat penilaian 
semula,syarikat terbabit mendapat untung berkali ganda.

Rafidah juga meminta Najib mendedahkan nama syarikat itu dan
tiga individu pemiliknya serta butiran lanjut penswstaan  tanah
berkenaan.

"Rakyat perlu tahu semua fakta-fakta,silalah dedahkan untuk
pengtahuan awam," kata Rafidah dalam surat terbuka itu.

Rafidah turut meminta penjelasan Najib berhubung beberapa
projek utama kerajaan jika ia melibatkan tanah tentera yang di-
swastakan itu.

Antara projek yang di senaraikan dalam surat Rafidah itu ia lah
Bandar Malaysia yang merupakan bekas Lapangan Terbang
TUDM Sungai Besi,perpindahan Kem Majidee,Landasan keritapi
Pantai Timur [ECRL] projek keritapi laju KL-Singapura,projek
komersil pertanian dan penjualan Pangkalan Udara TUDM
Butterwooth.



                                           TERBAIK......


0 comments: