BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 27 October 2018

BELANJAWAN 2019













Tak  berapa hari dah !!!,3 atau 4 hari lagi BELANJAWAN 2019
akan di bentangkan di PARLEMEN oleh Kerajaan  Malaysia
Baru Pakatan Harapan.

Kita semua tahu,inilah belanjawan pertama yang akan di bentang
sejak memgambil alih kuasa umno/bn pada PRU-14,9mei,2018
lalu. dan kini baru berusia tak sampai setengah tahun.

Walaupun banyak rungutan daripada rakyat pelbagai,terutama nya
rakyat marhain di kampung-kampung,bandar,pinggir bandar,kerana
setakat hari nie Harapan tidak dapat menunaikan janji manifisto
mereka,seperti nak menurunkan harga barang keperluan rakyat dll
rakyat masih boleh memaafkan,kerana kerajaan menghadapi masa-
alah kerana banyak kerosakan teruk di tinggalkan oleh kerajaan
terdahulu.

Tetapi kesabaran rakyat ada hadnya,jangan biarkan rakyat terbeban
macam sebelum nie,nanti rakyat bangkit sekali lagi mengubah kera-
jaan baru pula dlm PRU 15 nanti.

Pakatan Harapan jangan sombong,perubahan kerajaan nie di buat
oleh rakyat pasti bertolak dari harapan tinggi rakyat supaya kera
jaan perihatin kesusahan rakyat,meringankan bebenan rakyat.

Leenie harga barang tak turun turun,walau pun GST di hapuskan,
harga getah beku,sawit menjunam,pada hal nie lee pendapatan org
kampung untuk sara hidup keluarga,perkara ini perlu perihatin
oleh kerajaan yang di uwar-uwarkan kerajaan rakyat.

Reformasi yang di ledakkan rakyat untuk menumbangkan U/BN
bukan saja ahli parti,tetapi oleh rakyat non partisan.Oleh itu Paka-
tan Harapan jangan sombong,menengani lah hati rakyat,dan wajib
berterima kasih pada rakyat memilih kami bentuk kerajaan.

Apa-apa yang boleh membantu rakyat yg di buat kerajaan terda-
hulu wajib di teruskan atau di tambahbaik,seperti Bantuan Rakyat
Satu Malaisia [BRIM] Leenie dijenama Bantuan Sara Hidup,ban
tuan pada penoreh getah[Bantuan Musim Hujan] Nov-Jan,bantuan
Nelayan,bantuan,pesawah selepas musim menanam,Bantuan pada
bekas-bekas tentera yang tak berpencen dll bantuan yang difikir
kan membantu rakyat,selain itu rakyat berharap tetapkan harga
siling terutamanya harga getah dll.

Rakyat terbanyak berharap semua benda-benda nie di masuk kan
dalam belanjawan 2019,ini bukan DEDAK ,dedak makanan bina-
tang,rakyat bukan binatang,ini agehan kekayaan negara pada rakyat
yang sangat memerlukan nya.

Tak guan pun negara maju dengan bangunaan Pencakar Langit,rak-
yat hidup merimpat menjadi peminta sedekah di negara sendiri.

Friday 12 October 2018

TABIK-TAHNIAH-PADA SPRM...













=========================================

Dedulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM]
di anggap lemah,lembab,cuma menangkap ikan-ikan  bilis aje,
menakala ikan-ikan besar terlepas,kata orang macam kucing
kenyang aje,tikus lalu depan mulut pun takpe..

Inilee menjadikan orang ramai [rakyat] tertanya-tanya,pukat apa
yang mereka gunakan hinga semua ikan-ikan besar bolos,rakyat
cukup curiga,terutama ahli-ahli politik pembangkang dan rakyat
non partisan.

Apa nak dikatakan,sebab dedulu kuasa mereka di kekang,jangan
cuba nak lebih-lebih alamat periuk nasi terpelanting atau silap-silap
di bung atau di tukar dan lain-lain,sapa berani lawan tokeh ?.

Tapi leenie,dak dah,Semenjak Malaysia Baru kuasa mereka tidak
di kengkang lagi,mereka bebas guna kuasa mereka,leenie mereka
berjaya menangkap ikan-ikan besar untuk di soalsiasat,dan ada se-
tengahnya telah di dakwa di mahkamah,bermula dengan DS,Najib,
Datin Seri Rosmah ,Ajis Baling,Abangnya dan sepupu mereka,dan
baru-baru nie,DS,Zahid anak dan menantunya di panggil oleh SPRM
untuk beri keterangan,Zahid telah di panggil dah 5 kali untuk beri
keterangan mengenai guna dana Yayasan Akal Budi bagi menjelas
hutang kad kredit,9 jam dan sebelumnya 8 jam beri keterangan,
selain tu SPRM nak tau dia berjumpa dengan pak arab,[kerabat
saudi] berhubung dengan derma 2.6 billion kepada Najib.

.Berhubung dengan perkara nie,aku dan mungkin banyak rakyat
Malaysia rasa sikit terkilan,kerana Najib/Rosmah tidak di pakai
dengan baju oreng SPRM,Isa di gari pakai baju orange,Ajis dan
abang pakai baju orenge-kecualile Zahid,dia baru beri keterangan
nie nampaknya tak elok pada pandangan rakyat.

Najib/Rosmah tak pakai pun,mereka di tuduh dengan puluhan
tuduhandi Mhkamah,lekat satu dua pun sudah cukup syarat untuk
jadi penghuni Hotel Sungai Buluh [Bukan Buluh Inn].

Takpe-takpe,kita tunggu dan lihat,Mahkamah belum buat,mereka
bersalah atau tidak,leenie mereka nie OKT [orang kena tuduh].

Dalam firasat aku lee,ramai lagi pemimpin umno akan menyusul,
jangan risau,mereka nie semua berada dalam senarai menunggu,
tunggu ya !,sama ada betul atau tidak firasat aku tuu.....

Tuesday 2 October 2018

PETANDA UMNO BAKAL TERGADAI...

UMNO sedang
mengkaji pilihan
yang ada berhubung
projek pembangunan
Menara 70 Tingkat

Pusat Daangan Dunia
Putra KL[KL.PWTC]
yang menempatkan
Ibu Pejabat Baru Umno,
.

Dalam sidang akhbar hari ini,Presiden UMNO Dato Seri
Ahmad Zahid Hamidi berkata,pihaknya sama ada akan
merundingkan semula projek itu dengan rakan kongsi baru
atau menjual hartanah itu.

"Kami mempunyai beberapa pilihan dan kami telah ber-
bincang dengan pemaju sama ada merundingkan semula
dengan rakan kongsi baru atau usahasama yang akan  di-
wujudkan atau kami menjual nya kepada pihak ketiga,"
katanya.

Nwe Straits Times [NST] pada 26 Sep.lepas melaporkan
bahawa Zahid berkata,projek itu yang akan dibina di tapak
Terminal Bas Putra,di tangguhkan sehingga rundingan se-
lesai.

Difahamkan penangguhan projek itu ada kaitan dengan
dengan pembekuan akaun umno oleh Suruhanjaya Pence-
gahan Rasuah Malaysia [SPRM] yang sedang menyiasat
aliran dana 1MDB.

Umno mengumumkan projek itu pada ulangan tahun nya
ke-70-2016.

KL,PWTC akan menempatkan pejabat,sebuah hotel bertaraf
enam bintang 250 bilik,podium beli belah dua tingkat,masjid
yang boleh menampung jemaah seramai 5,000 orang pada
satu-satu masa dan Restoren,lapor NST.

Terdahulu,hari ini Zahid memberi tahu Perwakilan umno,
bahawa parti itu memberikan mandat kepada beliau untuk men-
dapatkan semula aset parti daripada pemegang amanah yang
memegang aset tersebut.

"Pengambalian ini akan kemudian di bawa kepada jawatankuasa
pengurusan dan di bentang secara telus kepada  MT[Majlis Ter-
tinng]," kata Zahid.

Katanya,setelah meneliti yang diberikan,aset umno tidak bernilai
berbelion,seperti yang di gambarkan sesetengah pihak...Mk.