BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 12 October 2018

TABIK-TAHNIAH-PADA SPRM...













=========================================

Dedulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM]
di anggap lemah,lembab,cuma menangkap ikan-ikan  bilis aje,
menakala ikan-ikan besar terlepas,kata orang macam kucing
kenyang aje,tikus lalu depan mulut pun takpe..

Inilee menjadikan orang ramai [rakyat] tertanya-tanya,pukat apa
yang mereka gunakan hinga semua ikan-ikan besar bolos,rakyat
cukup curiga,terutama ahli-ahli politik pembangkang dan rakyat
non partisan.

Apa nak dikatakan,sebab dedulu kuasa mereka di kekang,jangan
cuba nak lebih-lebih alamat periuk nasi terpelanting atau silap-silap
di bung atau di tukar dan lain-lain,sapa berani lawan tokeh ?.

Tapi leenie,dak dah,Semenjak Malaysia Baru kuasa mereka tidak
di kengkang lagi,mereka bebas guna kuasa mereka,leenie mereka
berjaya menangkap ikan-ikan besar untuk di soalsiasat,dan ada se-
tengahnya telah di dakwa di mahkamah,bermula dengan DS,Najib,
Datin Seri Rosmah ,Ajis Baling,Abangnya dan sepupu mereka,dan
baru-baru nie,DS,Zahid anak dan menantunya di panggil oleh SPRM
untuk beri keterangan,Zahid telah di panggil dah 5 kali untuk beri
keterangan mengenai guna dana Yayasan Akal Budi bagi menjelas
hutang kad kredit,9 jam dan sebelumnya 8 jam beri keterangan,
selain tu SPRM nak tau dia berjumpa dengan pak arab,[kerabat
saudi] berhubung dengan derma 2.6 billion kepada Najib.

.Berhubung dengan perkara nie,aku dan mungkin banyak rakyat
Malaysia rasa sikit terkilan,kerana Najib/Rosmah tidak di pakai
dengan baju oreng SPRM,Isa di gari pakai baju orange,Ajis dan
abang pakai baju orenge-kecualile Zahid,dia baru beri keterangan
nie nampaknya tak elok pada pandangan rakyat.

Najib/Rosmah tak pakai pun,mereka di tuduh dengan puluhan
tuduhandi Mhkamah,lekat satu dua pun sudah cukup syarat untuk
jadi penghuni Hotel Sungai Buluh [Bukan Buluh Inn].

Takpe-takpe,kita tunggu dan lihat,Mahkamah belum buat,mereka
bersalah atau tidak,leenie mereka nie OKT [orang kena tuduh].

Dalam firasat aku lee,ramai lagi pemimpin umno akan menyusul,
jangan risau,mereka nie semua berada dalam senarai menunggu,
tunggu ya !,sama ada betul atau tidak firasat aku tuu.....

0 comments: