BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 24 November 2018

PTPTN:300 SISWA TURUN KE PERJALANAN DESAK KERAJAAN PH TUNAI JANJI...
















-------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR:Lebih 300 mahasiswa hari ini turun
ke jalanan bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan [PH]
menunaikan janji berkaitan pembayaran semula pinjaman
PTPTN.

Berpakaian serba hitam,kumpulan ini memulakan perarak-
kan pada jam 2.00 petang di Masjid Jamek dan melalui
Pusat Membeli Belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman
untuk menuju ke Pejabat PTPTN di Jalan Yap Kuan Seng.

Sambil berarak,kumpulan mahasiswa itu membawa sepan-
duk bertulis 'Mahasiswa Tuntut Janji'-'Tuntut Janji PTPTN'
dan 'Mahasiswa Bangkit',mereka turut melaungkan kata-kata
'Tolak Dr Maszle Malik'.
















Exco politik Gabungan Mahasiswa Islam [GAMIS]
Yazid Khairul Azman berkata,himpunan yang di adakan
hari ini adalah sebagai bantahan terhadap kerajaan dan
menuntut janji yang pernah di ungkap sebelum PRU 14
lalu.

'Kita tuntut janji berkaitan PTPTN...kita tadak mahu
mereka mewarisi sifat yang memungkiri janji.

'Jadi apabila sudah mungkir,maka memilih PH tidak
berbaloi lagi,menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia
membuang PH dari Putrajaya.Ia adalah isyarat kepada
kerajaan.

'Sebilangan mahasiswa yang mengundi PH atas sebab
pembaharuan yang mereka tawarkan,namun mereka
mungkiri',katanya sewaktu berucap dalam himpunan itu.

Sebelum ini Pengerusi PTPTN  Wan Saiful Wan Jan me-
ngemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kega-
galan PH menunaikan janji yang sebelum ini mahu mem-
benarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi
mereka yang mendapat gaji bulanan di bawah RM.4000/.

Wan Saiful berkata,sebagai org yang membuat cadangan
tersebut,maka beliau mengambil tanggungjawab penuh
atas kegagalan kerajaan menunaikan janji itu.

Menteri Kewangan Lim Guang Eng ketika membentang
kan Belanjawan 2019 mengumumkan pinjaman PTPTN
dengan gaji paling kurang RM.1000/ sebulan ada lah ter-
taaluk kepada jadual pembayaran balik hutang progresif
pada kadar 2% hingga 15 % daripada gaji bulanan mereka.

Himpunan yang mendapat kawalan polis dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur [DBKL] itu bagaimana pun
berakhir dengan aman dan tidak ada sebarang tangkapan
di buat.

Tuesday 20 November 2018

ICERD:PERJANJIAN MENGHAPUSKAN DISKRIMINASI KAUM...












UMNO  +  MCA  +  MIC = PERIKATAN.
---------------------------------------------------------------

Apakah kerajaan PH telah berjaya mengatasi apa-apa
yang di tinggalkan oleh kerajaan terdahulu umno+bn
dan menunaikan segala janji-janji manifesto pilihanraya
PRU  14 lalu ???.

Rakyat tertunggu-tunggu,tetapi mereka sanggup pula
mencipta isu-isu baru yang pastinya mengundang kema-
rahan rakyat,isu yang di bangkitkan oleh pak menteri ini
pastinya akan mengundang isu kaum yang pastinya tidak
ada kesudahan.

Tak berapa bulan lalu pak menteri timbulkan melayu
juga pendatang,hingga menimbulkan kegelisahan kaum,
hari nie pula seorang lagi pak menteri timbulkan  ICERD
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala
bentuk Diskrisminasi kaum,hendak di tandatangani atau
tidak.

Jika di sahkan perkara ini,maka jadilah Melayu/Bumiputra
Islam sebagai RED INDIAN lee kita di Malaysia nie,tanah
tumpah darah kita.

Sebenarnya tuntutan sebegini telah pun ada dalam agenda
politik di Malaysia.

Apa kah ada agenda terancang,atau prinsip pak menteri
nie ??? atau mereka cuba nak tes market???,nak lihat riaksi
0rang melayu Islam....jangan main api.

Jangan melampau: China/India dll kaum di Malaysia patut
berterima kasih kepada orang Melayu/Islam kerana menerima
kamu sebagai warganegara malaya pada masa itu secara
joss soli,[masa nak tuntut kemerdekaan tanah melayu 1957].

Nak apa lagi ???  kamu bebas,berpolitik.berniaga,mengusai
ekonomi,mengamal agama anutan kamu adat resam kamu,kamu
nak arak kawadi,nak cucuk lidah,nak cucut mata hitam kamu
org melayu islam tak ambil kesah.

ECERD,Melanggar Perlembagaan Malaysia [143] hak-hak
istemiwa org-org melayu/bumiputra [Sabah/Serawak,islam
sebagai agama Persekutuan,Bahasa Melayu,Bhasa Kebang-
saan.Raja-Raja Melayu,Rizab Melayu dll-jangan jolok sarang
tebuan.

JOSSOLI, adalah kwsilapan terbesar kerajaan terdahulu umno-
perikatan,..cer kita tengok negara-negara lain,contoh nya
Negara Brunai Darulsallam,Arab Saudi,duduklee kamu 100 ta-
hun pun kamu tidak di beri kerakyataan,sedarlee diri sikit,
orang beri betis nak paha pulak.kamu mesti sedar  tanah
melayu nie ada tuan asalnya,sebelum merdeka China/India
dll semua pendatang di bawa inggris untuk bekerja China di-
lombong-lombong,India pula di istate-istate.

Hormatilah Kontrek Sosial dan telah tercatat dalam Perlem-
bagaan Malaysia.

INGAT Kata-kata Vetren UMNO TS.Khir Johari:
Melayu itu umpama batu-batu
China itu sebagai pasir
India sebagai simin dan air.
Gaulkan semua komponan nie,gaul
hingga sebati,jadikan bongkah kongkrit
yang kuat.

Hormati juga RUKUN NEGARA

1.Kepercayaan pada Tuhan dan yang nombor dua
kesetiaan pada raja dan negara.......









Sunday 18 November 2018

KERAJAAN PH KELAMKABUT &GAGAL...KU-LI..















GUA MUSANG: Ahli Parlemen Gua Musang Teng-
ku Razaligh Hamzah menyifatkan Kerajaan Pakatan
Harapan [PH] masih kelamkabut dan gagal menunai
kan janji.

Beliau berkata,pemimpin PH belum dapat menye-
suaikan diri sebagai kerajaan yang memerentah dan
ada antara mereka mengambil masa memahami pe-
ranan masing-masing.

Katanya,ada sesetengah dari mereka beranggapan,
mereka masih orang baru dan berlagak sebagai pem-
bangkang,walau pun hakikatnya mereka adalah pe-
merentah dan berjawatan menteri.

"Bagitu juga kita sendiri [umno] pun nak sesuaikan
diri sebagai pembangkang masih janggal",kata nya
kepada pemberita selepas melawat Projek Pembinaan
Masjid Baharu di Bandar Lama di sini hari ini.

Masjid baharu yang berkonsip Masjidilharam di Makkah
menelan belanja RM.23 Juta itu di jangka siapmei tahun
depan.

Tengku Razaligh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat
umno berkata,keadaan itu jelas,apabila Perdana Menteri
Tun Dr Mahathit sendiri mengakui tidak dapat menunai
kan semua janji.

Katanya,banyak perkara yang di cadang termasuk janji
dlm manifesto PH Pilihanraya umum [pru-14 yg menelan
perbelanjaan besar gagal di lunaskan.

"Kalau nak hapuskan tol,Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional [PTPTN] dan turun harga minyak amat
sukar untuk kerajaan PH buat demikian.

Kita sesetengah daripada rakyat menyesal,termasuk pe-
lajar universoiti hingga mereka bertindak berarak ke-
Parlemen membuat bantahan terhadap perkara itu.

"Ada kalangan mereka marah,seolah-olah kena tipu,
kerana mereka berharap gulongan yg berpendapatan
sampai RM.4,000.00 baru kena bayar pinjaman itu,
sekarang ini kerajaan tetapkan gaji minimun RM.1050
pun sudah kena bayar," katanya..

Saturday 17 November 2018

NANGISLEE PENOREH,PESAWAH,NELAYAN




















Hendah ku nangis dah tiada air mata,hendak ku senyum
tiada sapa nak teman,baginilee nasib si pnoreh,nelayan,
pesawah,pekebun kecil getah/sawit.

Bagitulee keluh kesah petani,nelayan,penoreh getah pe-
kebun kecil getah dan sawit di Malaysia hari nie.Tidak
kah ada sedikit sentuhan hati pak-pak menteri Malaysia
baru nak membantu mereka,atau adakah sudah rasa jijik
melihat mereka??? kerana anda sudah berjaya mendapat
kuasa.

Dengan merudum harga komoditi ini dengan harga getah
hanya rm.1.90 -rm.2.00 sekiligram,nak makan apa,nak
beli sekeping belacan saiz kecil pun rm.2.00 sekeping,har-
ga barang keperluan harian dok di takok lama,tak turun
turun walaupun GST telah di batalkan.

Lebih-lebih lagi penoreh,nelayan akan menghadapi musim
hujan [tengkujuh] tak dapat noreh,nelayan tak dapat turun
kelaut.

Kita sedia maklum kebanyakan penoreh nie tak ada kebun
sendiri,mereka mengambil upah menoreh secara pawah,
hasilnya di bagi dua dengan tuan kebun.

Penoreh ini bukan boleh menoreh sepanjang tahun,terpak-
sa berhenti noreh pada musim meluruh [daun getah gugur]
paling cepat pun 3 bulan baru boleh toreh,kemudian datang
pula musim hujan okt-nov-dec.

Bayangkan,paling kuat penoreh boleh dapat 20kg sehari
x rm.2.00=rm.40.00 bahagi 2 dng tuan kebun rm.20.00
kali sebulan,22hari x 20.00=rm.440,nak makan apa???.
sedangkan banyak perut yang hendak di isi,pelajaran anak-
anak dll,jauh sekali nak manabung membantu masa sesak
dan sakit demam.

Belanjawan 2019 Pakatan Harapan takdak sebut langsung
fasal bantuan,hanya di sebut rm.50 juta  Inisiatif Bantuan
Pekebun Kecil Getah [IPG] ini tak cukup membantu.

Kalau lee benar-benar Kerajaan Harapan Perihatin untuk
membantu rakyat marhaem.Jangan malu,contohi lee kera-
jaan terdahulu memberi bantuan penoreh sebanyak rm.200
sebulan mula dari Nov-Dec-Jan ia itu BMT bantuan musim
tengkujuh,bagitu juga dengan Nelayan,Pesawah selepas
menanam.

Berbagai bantuan di beri oleh kerajaan terdahulu,seperti
bantuan bekas-bekas tentera tak berpencin,ini patut di-
teruskan,kerana mereka nie banyak berjasa pada negara,
kerajaan baru harus ingat,kuasa di tangan rakyat.