BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 17 November 2018

NANGISLEE PENOREH,PESAWAH,NELAYAN




















Hendah ku nangis dah tiada air mata,hendak ku senyum
tiada sapa nak teman,baginilee nasib si pnoreh,nelayan,
pesawah,pekebun kecil getah/sawit.

Bagitulee keluh kesah petani,nelayan,penoreh getah pe-
kebun kecil getah dan sawit di Malaysia hari nie.Tidak
kah ada sedikit sentuhan hati pak-pak menteri Malaysia
baru nak membantu mereka,atau adakah sudah rasa jijik
melihat mereka??? kerana anda sudah berjaya mendapat
kuasa.

Dengan merudum harga komoditi ini dengan harga getah
hanya rm.1.90 -rm.2.00 sekiligram,nak makan apa,nak
beli sekeping belacan saiz kecil pun rm.2.00 sekeping,har-
ga barang keperluan harian dok di takok lama,tak turun
turun walaupun GST telah di batalkan.

Lebih-lebih lagi penoreh,nelayan akan menghadapi musim
hujan [tengkujuh] tak dapat noreh,nelayan tak dapat turun
kelaut.

Kita sedia maklum kebanyakan penoreh nie tak ada kebun
sendiri,mereka mengambil upah menoreh secara pawah,
hasilnya di bagi dua dengan tuan kebun.

Penoreh ini bukan boleh menoreh sepanjang tahun,terpak-
sa berhenti noreh pada musim meluruh [daun getah gugur]
paling cepat pun 3 bulan baru boleh toreh,kemudian datang
pula musim hujan okt-nov-dec.

Bayangkan,paling kuat penoreh boleh dapat 20kg sehari
x rm.2.00=rm.40.00 bahagi 2 dng tuan kebun rm.20.00
kali sebulan,22hari x 20.00=rm.440,nak makan apa???.
sedangkan banyak perut yang hendak di isi,pelajaran anak-
anak dll,jauh sekali nak manabung membantu masa sesak
dan sakit demam.

Belanjawan 2019 Pakatan Harapan takdak sebut langsung
fasal bantuan,hanya di sebut rm.50 juta  Inisiatif Bantuan
Pekebun Kecil Getah [IPG] ini tak cukup membantu.

Kalau lee benar-benar Kerajaan Harapan Perihatin untuk
membantu rakyat marhaem.Jangan malu,contohi lee kera-
jaan terdahulu memberi bantuan penoreh sebanyak rm.200
sebulan mula dari Nov-Dec-Jan ia itu BMT bantuan musim
tengkujuh,bagitu juga dengan Nelayan,Pesawah selepas
menanam.

Berbagai bantuan di beri oleh kerajaan terdahulu,seperti
bantuan bekas-bekas tentera tak berpencin,ini patut di-
teruskan,kerana mereka nie banyak berjasa pada negara,
kerajaan baru harus ingat,kuasa di tangan rakyat.



0 comments: