BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 April 2019

ASRI:SAYA TAK PASTI SIAPA YANG PEKAK...












-------------------------------------------------------
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mempertahankan
kenyataan nya bahawa ramai orang kini beranggapan Islam
berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran
kerajaan PH.

Beliau yang memulang paku buah keras terhadap kenyataan
Perdana Menteri Dr.Mahathir Muhamad malam tadi bahawa
tidak pasti siapa yang "PEKAK" terhadap rungutan umat Islam
itu.

Banyak berita  pagi ini fasal kenyataan YAB Tun M: Mufti
Perlis Pekak sebab kritikan yang saya suarakan,mempertahan
kan islam,kurang kedengaran dalam kalangan pemimpin kera-
jaan hari ini,Umat Islam masih kurang selamat.

"Namun siapa yang mampu mendengar keresahan rakyat,itulah
realiti yang di suarakan oleh setiap lapisan masyarakat islam di-
negara ini.

"Saya tidak pasti siapa yang pekak" kata Asri di fecebook nya
hari ini.

Malam tadi Mahathir menafikan dakwaan Mohd Asri,bahawa ke-
dudukan islam semakin tidak selamat di bawah PH,fasal dia pekak,
kalau dia boleh dengar,kita buat macam-macam untuk orang islam,
untuk islam,tapi dia tak dengar,sindir Mahathir.
Pegang pada Falasafah.
Kenyataan awal Mohd Asri di keluarkan selepas pendakwah bebas
Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu di tangkap awal pagi semalam
atas dakwaan menghina Hindu dalam satu ceramah.

Untuk rekod Muhammad Zamri ialah orang yang dekat dengan pendak-
wah di kehendaki kerajaan India,Dr Zakir Naik.Mohd Asri adalah antara
yang di lihat rapat dengan Zakir.

Kata Mohd Asri,penangkapan Muhammad Zamri menunjukan masyarakat
islam semakin di "BULI" oleh kerajaan PH.mengulas lanjut Mohd Asri ber-
kata,tindakan Mahathir membalas teguran nya itu mungkin kerana tergoris
di sebabkan hubungan baik terjalin antara mereka berdua selama ini.

Dalam cacatan itu juga,Mohd Asri turut memuat naik gambar tulisan tangan
Mahathir untuknya dalam buku tulisan Perdana Menteri,A Doctor In The
House.

Antara yang di tulis:Jangan ketepikan kebenaran kerana takut,Perjuangan
yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebe-
nar. "Insya-Allah saya akan berpegang kepada Falsafah itu sekali pun ter-
hadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri".kata Asri.

*** Komen Anak Kampung: Syabas...Datuk Mufti Perlis,aku sokong,
kebenaran tetap kebenaran.Ust-Ust-Ustazah dalam PH.jangan jadi Ustad
Hamadi dalam siri TV,Nur 2 oleh pelakon hebat Azhan Rani,kah-kah-kah.


0 comments: