BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 6 August 2019

Tuan Ibrahim Sarankan Wakil DAP Letak Jawatan Dari Kabinet...

-------------------------------------------------------
Saya cadangkan semua wakil rakyat DAP dalam
Kabinet meletakkan jawatan susulan dua isu yang di-
suarakan bercanggah dengan pendirian kerajaan
mutakhir ini.Pertama isu ektradisi Dr.Zakir Naik dan
kedua isu perlaksanaan tulisan khat dalam subjek ba-
hasa Melayu tahun empat.

DAP hanya mementingkan kepentingan partinya dan
tidak mahu mengangkat semangat tanggungjawab
kolektif dalam kabinet.

Isu ektradisi Dr,Zakir Naik telah di jelas dan di jawab
dengan baik oleh Kem.Dalam Negeri,namun tetap di-
tekan oleh DAP. Bagitu juga dengan perlaksanaan tu-
lisan kaht,walau pun telah di muktamad oleh YAB Per-
dana Menteri,namun masih wujud penentangan keras
dari DAP .

Hal ini jelas menunjukan ketidak serasian dalam kala-
ngan keluarga komponen PH terhadap dasar-dasar
kerajaan.

YAB.Perdana Menteri tidak boleh membiarkan kemelut
ini berpanjangan,kerana ia mengganggu perjalanan pen-
tadbiran kerajaan.Saya juga telah menegaskan sebelum
ini  bahawa banyak agenda kerajaan akan di sabotej oleh
komponen PH sendiri,kerana tiada tanggungjawab kolek-
tif dalam kalangan mereka.

Perkara ini akan mempengaruhi sentemen dan keyakinan
politik luar terhadap negara.

Maka saya sarankan mana-mana anggota kabinet yang
tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan perlu mengun-
durkan diri,agar tidak menjadi duri dlm kabinet.Negara
perlukan kabinet yang lebih kuat,bersatu hati dan lebih
kukuh untuk melonjakkan Malaysia kearah yang lebih
baik. #sumber...

0 comments: