BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 22 February 2020

PENGGANAS LITTE:KATADUA,PATUH ATAU LPAS JAWATAN PEGUAM NEGARA

.















Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12
lelaki warga tempatan yg berdepan tuduhan menyokong kumpu-
lan Pengganas Astro Awani/Shahir Omar.
-------------------------------------------------------------------------------

KL.Bekas Menteri Pendidikan,Maszlee Malik memberi dua
pilihan kepada Tan Sri Tommy sama ada mahu mematuhi dasar
kerajaan,atau melepaskan jawatan nya sebagai Peguam Negara.

Ahli Parlemen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan
tindakan Tommy memberhentikan prosiding undang-undang
terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyo-
kong kumpulan pengganas,Harimau Pembebasan Tamil Elam
(LTTE) pada Jumaat lalu.

Jelas Maszlee,kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan
bukan sahaja salah,malah ia jelas bertentangan dengan peranan
Peguam Negara selaku penesihat undang-undang utama kerajaan
Persekutuan.

"Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila
Tan Sri Tommy Thomas menjalankan tugas sebagai pendakwa
raya dan apabila beliau beperanan sebagai Peguam Negara ia itu
Penasihat Undang-Undang.

"Namun,dalam menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya,dan
apabila beliau beperanan sebagai Peguam Negara ia itu Penasi-
hat Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan",
demikian katanya dalam satu kenyataan,pada sabtu.

Mengulas lanjut kta Maszlee,kuasa untuk menyenaraikan sesuatu
kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah terletak di bawah kua-
sa Menteri Dalam Negeri.

Selagi mana ia tidak di ubah oleh Menteri Dalam Negeri,maka ia
kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk
menjaga keselamatan negara melalui ejensi serta badan kerajaan
seperti PDRM.

Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan keatas
12 individu yang telah di tuduh di mahkamah adalah di sandar kan
kepada keputusan kerajaan Australia dan Seri Langka.

"Walau bagaimana pun,keselamatan negara adalah tanggungjawab
kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri,"ujarnya.

Semalam Jabatan Peguam Negara membuat keputusan member-
hentikan prosiding undang-undang terhadap 12 tertuduh yang se-
dang berdepan pendakwaan menyokong LTTE,Selepas mendapati
tiada prospek jelas untuk mensabitkan mana-mana daripada 34
pertuduhan di hadapi mereka.

Antara yang di tuduh sebelum ini ia lah Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Gadek,G.Saminathan 34,Adun Seberang Jaya,
G,Gunasekaran 60,mengikut akta kesalahan keselamatan (Lng-
kah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Susulan itu,Menteri Dalan Negeri,Tan Sri Muhyiddin Mohd Ysssin
berkata,Kumpulan Melitan LTTE masih di katigorikan sebagai kum-
pulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk menggugurkan
kedudukan kumpulan itu.


KOMEN ANAK KAMPUNG;

Hahaha..dibawah Malaysia baru nie,macam-macam berlaku...
dah jadi haru biru,undang-undang bercelaru,rakyat jadi keliru
yg mana satu nak di pakai nie...apapun anak kampung ucap
tahniah pada TOMMY, kerana dapat tolong bangsa dia.














0 comments: