Saturday, 6 August 2016
DI MANA PAK ARAB DERMAWAN BERSEMBUNYI???..
SETIAP HARI PASTI,Ahli Parlemen DAP,Tony Pua akan
kecoh tentang 1MDB.Kadang-kadang terfikir juga,tak bosan
kah Tony asyik sebut tentang skandal IMDB berulang kali ?.
Pada hal rakyat Malaysia yang rata-ratanya lebih gemar isu
Yuna Peluk Usher di atas pentas atau status Haram,Halal
Pokemon Go, bukan peduli sangat jika duit mereka kena rem-
bat juta-juta.
Bagi orang kita,tak apalah,jika duit juta-juta habis di rompak
orang atas pun,asal kan negara ini masih di perentah Melayu
Islam,syukur. Ya lah,jika tidak di perentah Melayu Islam,tak
kan sorang PAK ARAB yang Hartawan lagi Budiman mahu
menderma berbelion ringgit kepada Perdana Menteri kita.
Bukan dua,tiga juta,tapi 2.6 Billion [AS$.681 JUTA] ini punya
lah banyak,sehingga boleh beli lebih 108 cincin berharga RM.
24 juta,tapi apa yang di persoalkan Tony semalam menarik juga
untuk di fikirkan.Kata Tony,di mana Pak Arab yang hartawan
dan budiman itu bersembunyi???.
Lebih lagi,setelah saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika
Syarikat baru-baru ini menunjukan wang RM.2.6 Bellion [AS$.
681 juta] yang masuk ka akaun Si "Malaysian Official 1" itu da-
dang nya daripada duit 1MDB melalui Syarikat Tonore Finance
Corporation itu pula di miliki rakan Jho Low yang bernama Eric
Tan Kim Loong.Hairan bin Ajaib sungguh.Adakah Eric Tan Kim
Loong ini Pak Arab itu???.
Jika Eric Tan lah Pak Arab misteri,yang di sebut-sebut kerajaan
selama ini,nampaknya Pak Arab yang di sangka rakyat itu,bukan
lah dari Timor Tengah sana,tetapi seorang usahawan Cina dari
Malaysia.
Tapi itu juga menambah seribu satu kemuskilan yang lain,Adakah
itu bermakna Pak Arab yang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr.Ahmad Zahid Hamidi jumpa seperti di dakwanya sebelum ini,
wakil kepada Eric Tan ???.
Atau adakah itu bermakna Eric Tan adalah kaum kerabat Raja
Arab Saudi,memandangkan Peguam Negara bermati-matian men-
dakwa dana itu berasal dari keluarga di Raja Negara Asia Barat
itu??.Atau ada kah seloroh kisah Derma dari Pak Arab yang hartawan
budiman lagi "Gentlemen" ini hanya satu cerita dodol yang di reka
khas oleh pihak tertentu,supaya orang kita terus lina di buai
MIMPI??????......
Posted by Anak Kampung Sumpit at 04:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment