BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 21 August 2016

PETANDA BESAR PRU-14,SEMAKIN HAMPIR...















=============================================
MCA sudah memuktamadkan CALON,Bagi Pilihanraya Umum
ke-14 [PRU.14], sebagai langkah awal untuk menawan kembali
kerusi yang tidak di menangi nya pada pilihanraya umum lepas,
kata Presiden Parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Liow,beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua
Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon
yang di pilih itu.

"Kriteria bagi pemilihan calon kami,bukan sahaja berlandaskan
keputusan parti,tetapi juga seorang calon mestilah di sukai ramai
dan boleh menang," MCA perlu mendapatkan kembali sokongan
kaum China,dan di Negeri Sembilan,kami sudah mengenal pasti
kesemua 10 kerusi berkenaan.

"Kami membahagikan mereka kepada beberapa kategori dan mele-
tak kan banyak tumpuan untuk memenangi semula kerusi  kerusi
itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Bilik Operasi"
MCA di Titi dekat sini hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA akan meminta
semula tiga kerusi Parlemen milik mereka di Kuantan,Gelang  Patah,
Wangsa Maju dari UMNO .

"Kita pinjamkan  tiga kerusi Parlemen kepada UMNO dan mahu da-
patkan semula.Kami yakin UMNO akan membantu MCA untuk meme-
nangi sokongan Melayu."

"Bagi MCA,kami bersedia,sebenarnya persiapan bermula sejak awal
lagi,misalnya di Pulau Pinang,jika mereka mahu adakan pilihanraya
awal,kami bersedia," katanya sambil menambah semua calon   MCA
adalah gabungan muka baru dan lama.

Liow berkata MCA akan bekerja keras untuk memenangi semula
sokongan masyarakat China dengan terus membantu dan berkhidmat
kepada rakyat,termasuk di kawasan MCA tewas pada PRU lepas.

"Dalam Chennah,walau pun tewas semasa PRU lepas,kita tidak akan
berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada rakyat. Kami    juga
membawa ramai ahli MCA untuk memastikanmereka adalah  pengundi
di sini,selain merekrut ahli MCA yang baharu,"katanya.

0 comments: