Tuesday, 16 August 2016
EMAS DI RIO : SEMAKIN CERAH........
============================================
RIO DE JANEIRO :2 PASANGAN bergu Badminton Negara
layak ke separoh akhir Sukan Olimpik yang sedang berlangsung.
Harapan untuk sekurang-kurang nya meraih 1 pingat EMAS
masih dalam jangkauan.Kita mengharapkan LEE CHONG WEI
juga mara.
Mereka adalah pasangan bergu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee
Kiong serta pasangan bergu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu
Ying.
Pasangan bergu utama negara Goh V.Shem-Tan Wee Kiong
malakar kejutan keatas bergu utama dunia Lee Yong Dae-
Yoon Yeon Seong untuk mara keseparuh akhir acara bergu lelaki
pada sukan Olimpik Rio di sini,Isnin.
Bergu Malaysia itu mempamirkan permainan agresif dengan melaku
kan asakan untuk mencatatkan kemenangan 17-21,21-18,21-19 dlm
masa 86 minit,walau pun mencatat kemenangan kedua dalam lapan
pertarungan menentang bergu dari Korea Selatan itu.
Pertarungan sengit itu menyaksikan bergu Korea membuat percuba-
an terakhir selepas ketinggalan 13-18 dan merapatkan jurang ke-
pada 19-20,sebelum gandingan Malaysia itu melengkapkan keme-
nangan untuk ke separuh akhir esok.
V.Shem-Wee Kiong akan bertemu Chai Biao-Hong Wei selepas
pasangan bergu dari China itu menewaskan pasangan bergu dari
Rosia, Valdimirlnaov-Ivan Sazanov 21-13, 16-21, 21-16 dalam
masa 56 minit.
Kemenangan bergu negara di pentas suku akhir mencerah kan pelu-
ang untuk pasangan itu merangkul pingat..
sumber...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 05:04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment