BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 4 August 2016

PERKEMBANGAN MENGEJUTKAN DARI TERENGGANU !!!















SAIFUL BAHRI MAMAT,Pesuruhjaya PAS Terengganu.......
=============================================

Perkembangan mengejutkan dari Terengganu: PAS sedia
mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu,sekira nya
berlaku perubahan mejoriti Dewan Undangan Negeri,susulan
kemelut dalaman umno,kata Pesuruhjaya PAS Terengganu
Saiful Bahri Mamat.

Bagaimana pun,beliau mengakui ia hendaklah mendapat perke-
nan Sultan bagi menukar kerajaan,tanpa melalui proses pilihan
raya.

Perkembangan mengejutkan dari Terengganu,"PAS bila-bila
masa sahaja,kita bersedia untuk mengambil alih Pentadbiran
Kerajaan Negeri,sekiranya mejoriti kerusi memihak kepada kita,"
katanya ketika di hubungi FMT.

"Pendirian kita tetap sama,ini masaalah dalaman umno,biar dia
selesaikan,kalau tidak mampu selesaikan juga,kena serah kan ke-
pada rakyat,balik mandat dengan membuat pilihanraya Negeri,
kalau tidak masaalah ini menyebabkan rakyat menjadi serabut dan
muak dengan kerajaan sedia ada."

Krisis Terengganu yang bermula pada 2014,selepas Datuk Seri
Ahmad Said di paksa melepaskan jawatan nya kepada Menteri
Besar sekarang,Ahmad Razif Abdul Rahman,kembali hangat beri-
kutan tindakan menghadapkan ADUN KIJAL itu ke  Lembaga
Displin umno,kerana mengkeritik kepimpinan negeri dan Datuk
Seri Najib Razak.

Perkembangan mengejutkan dari Terenmgganu: Sekarang tindakan
memecat Ahmad Said itu keputusan sendiri untuk keluar umno,
akan mengubah kedudukan BN,dan DUN yang memiliki  17  kerusi
sementara pihak pembangkang mempunyai 15.

Kedudukan Raif juga di katakan,terus di tekan,ekoran keritikan
terhadapnya daripada exco negeri Ghazali Taib,,yang juga Adun
Ajil.

Saiful berkata,Ahmad Said dan Adun BN lain yang sudah hilang
kepercayaan terhadap kepimpinan Razif, hanya banyak bercakap,
tetapi perlu keluar umno dengan segera.

Perkembangan mengejutkan dari Terengganu:"Kita bersedia dlm
apa keadaan sekali pun,maknanya kalau adakan pilihanraya sekali
pun,kita sudah bersedia,"tambah Adun Paka itu.

0 comments: