Saturday, 5 November 2016
ANUAR INGATKAN NAJIB,TAK TERLALU BERGANTUNG KEPADA CHINA...
Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anuar Ibrahim hari ini
menyambut baik lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak ke China,tetapi memberi amaran supaya tidak terlalu
bergantung kepada negara itu.
Katanya,Najib sebalik nya perlu memberi tumpuan ekonomi
negara yang gawat kini kian meruncing dan membebankan
rakyat berikutan harga petrol dan minyak masak dua minggu
selepas Bajet 2017 di bentangkan.
"Bajet tidak telus dan menyembunyi muslihat kenaikan harga
yang membebankan rakyat.Minyak masak adalah hasil kelua-
ran negara".
"Mengapa tiada usaha menghubungi pengeluaran besar dalam
negara untuk memastikan sejumlah kecil pengeluaran di per-
untukan untuk pengguna dalam negara dengan harga terkawal?
soalnya di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Atas sebab ini,beliau menggesa rakyat supaya keluar dan mem-
bantah semasa perhimpunan BERSIH pada 19-November ini.
Mengulas mengenai lawatan Najib ke China,Anuar berkata ia
adalah sesuatu yang positif,
"Lawatan (ke China) adalah sesuatu yang positif,tetapi saya
juga memberi amaran kepada menjadi terlalu bergantung kepada
negara ini.
"Perlu berhati-hati dan adalah lebih baik untuk negara ini mem-
beri tumpuan kepada ekonomi dan lebih cepat dia (Najib) me-
nyedari lebih baik," kata Anuar.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 20:55
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment