Sebuah Puisi, Wangian Yang Hilang di Timor jauh Oleh
- Sasterawan Negara Usman Awang-
-----------------------------------------------------------------------------
Melayu itu orang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasa tidak terkira,Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan,
Bila mengampu,bijak beralas tangan
Melayu itu berani bila bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut,selalu pecah di mulut
Biar mati adat,jangan mati anak
Melayu di Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu,Bogis itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab Pakistani semua Melayu
Mamak Malbari bertaarif Melayu
Malah Muaalaf di iktiraf Melayu
Dalam Sejarahnya:
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalan Sejarah Zaman
Bagitu luas Daerah Sempadan
Sayang nya kini segla kehilangan
Melayu itu kaya pelesepah nya
Kias kata bidal pusaka
Akar umbi bersulam kata
Dengan gedong akal buat bicara.
Melayu itu kuat bersorak,
Terlalu ghairah pesta temasa
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun telah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dalam diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia sabar tiada sempadan
Tapi kalau marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk,telinga di jinjing
Maruah dan agama di hina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu endah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf di ungkap sentiasa bersahut
Tangan di hulur sentiasa di sambut
Baiknya Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup di berikan
Kera di hutan di susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimana kah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucap keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di Negara Merdeka...
[Baca apa yang tersurat dan tersirat]
0 comments:
Post a Comment