Monday, 7 November 2016
PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR RM.9 BILLION UNTUK SIAPA ?
---------------------------------------------------------------------------
Hari ini media sosial agak heboh memperkatakan tentang
perbizaan harga bagi pembinaan Projek Landasan Keretapi
Pantai Timur yang diserahkan pembinaan nya kepada Syarikat
dari China.
Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan
projek itu bernilai RM.55 billion,tetapi laman web Communi
Cation Consruction Company Ltd atau CCCC, Syarikat yang
di anugerahkan projek pembinaan landasan keretapi secara run-
ding terus itu mengumumkan,nilainya adalah berjumlah RM,46
000 Juta.
Bermakna,ada perbezaan sebanyak RM.9 billion atau RM.9,
000 Juta dengan jumlah yang di umumkan oleh kerajaan.
Kenapa dan bagaimana angkanya boleh jadi berbeza ?
kemana perginya RM.9 billion itu?
Untuk belanja pilihanraya atau ada yang turut masuk poket
sesiapa ?
Jika sebelum ini nilai projek itu yang setinggi RM.55 billion
sedang anggaran kosnya hanya RM.30 billion dan penguman
yang terlihat cukup pantas tanpa ada kajian keboleh-upayaan
dan tendar terbuka sudah cukup menimbulkan banyak tanda
tanya,perbezaan harga RM.9 billion itu tentu saja menambah
kan lagi kejutan yang ada.
Semalam Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan agar menja-
wab dengan pantas atau kalau lewat pun tidak melebihi dua
hari bagi sebarang isu yang timbul dalam negara.
Untuk isu RM.9,000 juta yang penuh misteri itu,berapa lama
agaknya Najib atau pasukan pengampu nya mahu tampil de-
ngan jawapan dan penjelasan nya? (SH06/11/2016)
Posted by Anak Kampung Sumpit at 04:22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment