BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 10 November 2016

PROJEK MEMBANGANGKAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN KUASA

















                                    [GAMBAR HIASAN]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku cukup terpanggil untuk menulis berkaitan dengan Ketua-
nan Melayu sebagaimana yang di uwar-uwarkan oleh   Umno,
yang merupakan satu Projek Membangangkan orang - orang
Melayu demi untuk mengekalkan kuasa mereka.

Dari segi sejarah,Melayu itu cukup tersohor dari pelbagai per-
kara,dari segi adat,sopan santun,budaya,politik,ekonomi meruah
ketelusan,kebijaksanaan,berpegang teguh kepada agama dan
termasuk pemerentahan dan kuasa beraja.

Namun kesohoran Melayu ini semakin lenyap,apabila peminpin
pemimpin Melayu sendiri merendah-rendahkan kebolehan ke-
bijaksanaan 1Q kaum Melayu itu sendiri,terutama Melayu ahli
umno dan Melayu non partisan yang tinggal di ulu-ulu kampung.

Ketuanan Melayu ini di canang sebagai politik kebencian pada
kaum-kaum lain.Umno nampaknya sudah lupa,bahawa tok nenek
umno lah yang menerima bangsa-bangsa ini sebagai warganegara
Tanah Melayu pada masa nak menuntut kemerdekaan dari penja-
jah Omputeh,itu syarat omputeh,ketiga-tiga kaum ini,Melayu,
China dan India mesti bersama menuntut kemerdekaan, kenapa
umno terima?.

Apakah itu Melayu?

Kalau nak tahu Melayu dari susur galur pada hari ini,rasa aku
tak payah lah,sebab darah Melayu itu sudah mengalir,bercampur
baur,darah  Arab,Yahudi,Nesrani,Parsi,ada dalam bangsa Melayu
nie,tapi mengikut sejarah pada asalnya Iskandar Zulkernain lah
yng menurunkan anak cucu nya di India dan berhijrah sampai
ke Bukit Siguntang.

Nak tau lebih lanjut di mana asal usul perkataan Melayu itu baca
lah Sejarah Sulatus Salatin,karia Tun Seri Lanang,Bab Tun Tuah
ke Benua Benggali Puteh,atau Tun Tuah kenegeri atas angin.

Hari ini,begitu ramai antara kita dibodohkan dengan istilah  Ke-
tuanan Melayu,bangsa yang dikatakan Melayu,siapa  Melayu?
tetapi kini istilah dan penjenamaan itu telah di copak capik  kan
ini kerana bangsa yang tak sepatutnya di iktiraf Melayu pun
boleh jadi Melayu dengan cara seseorang itu memeluk  Islam
dan mengamalkan budaya Melayu,paling kurang pun,pakai baju
Melayi,Kebaya,Baju Kurung tak ketinggalan pakai songkok
tinggi,maka Melayu lah dia.

Melayu nie pandang derhaka,sebab itu berbellion masuk   ke-
akaun bank MO1 takpe,dia kan Melayu,tak boleh derhaka,kita
kena sokong,kalau derhaka nanti tulah jadinya.

Umno hari ini telah di penuhi Mamak Mendeliar yang diberi
taraf Melayu. Ingat Sejarah Keruntuhan Kerajaan  Melayu
Melaka di sebabkan fitnah mamak-mamak mendeliar lee,tapi
hari nie virus mendeliar nie telah berjangkit kepada  Melayu
umno.

Pak cik,Mak cik,abang,adik kakak yang dok di ulu-ulu,kam-
pung,jangan lekas percaya itu pembohongan demi nak  me-
ngekalkan kuasa mereka,kerana ada antara mereka belum
lagi cukup kaya lagi,dengan adanya kuasa,mereka boleh mera-
tah lebih banyak harta negara,untuk adik beradik,keroi
mereka.

Sayangnya orang Melayu malas berfikir,hanya berfikir,Jalan
raya,anak ayam,kain pelikat,kain batik,letrik,Brim,pinjaman
Tekun.

Cer tanyah Minah yang jual petai jering,pucuk putat,pucuk
salam di pekan Ahad di kampung aku tu,dia minta pinjam
Tekun nak buat modal perniagaannya,tak dapat,pasal tak ada
sokongan Ketua Umno Cawangan,usah tanya Pak Su-Mak Su
yang jual lemang,Gulai Kemahang,dia tahu apa.

Orang Melayu mesti sedar penderitaan kita dengan kos hidup
yang tinggi,mari kita berubah,pencenkan mereka kerana dah
dekat seabad mereka memerentah,melayu masih di takok tuu
juga,

Akhir kalam,aku sertakan serangkap pantun:
                   Ikan Puyu dalam Kolam
                       Sepat Rongging dalam Telaga
                   Ramai Melayu belum  faham
                       Ikan Busuk bermula di kepala.

















                                       [Gambar hiasan]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments: