BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 26 October 2020

Wah !!!.Hebat Sungguh Politik di Malaysia nie.. HA5 HA` HA HAA h ha h` `h

   









Gambar hiasan je..Ketawa hairan.........................

---------------------------------------------------------------------

Semua orang tahu,selepas PRU14 2008,politik Malaysia

bercelaru,kerana Melayu Peribumi Muslim sebagai pendu-

duk mejoriti gagal melihat memerhati dengan matahati apa

yang terjadi,inilah merupakan Qada dan Qadar dari Allah.

UMNO-BN,selepas kalah teruk dlm Pru 14,jadi sewel,ke-

rana kehilangan kuasa,maklum lee,sudah 60 tahun lebih 

berkuasa,tetiba tertungging dlm PRU,dahlee dapat kerusi

ciput,berlaku pula drama katak lompat,tidak ada kesetiaan,

leenie UMNO-BN jadi pembangkang.


Che tanga diri kita,kenapa PH moncol?.ia tak lain untuk

menumbangkan BN,kerana parti melayu nie telah menyim-

pang jauh dari perjuangan asal,iaitu untuk agama,bangsa dan

tanah air,dalam kontek negara berbilang kaum.


Pas tuu,cuba renung pula,kenapa PH tumbang?ini kerana

takdir Allah jua,selama 22 bulan PH menerajui negara,dia

tak dapat tunaikan janji-janji pilihanraya nya,asik dok mela-

wak pada rakyat,mereka dok bergocah sesama sendiri rebut

jawatan no satu (PM).


Dengan takdir Allah jua pada  mach 2020 kerajaan PH 

yg di monopoli oleh DAP turtungging pula,selepas Tun

Mahathir Pm,KE-7 meletak jawatan.Dan dengan takdir

Allah TS,Muhyddin Yassin di lantik jadi PM.ke-8,de-

ngan sokongan UMNO/BN+PAS+Bersatu+GPS dan

lain lain menubuh kerajaan di namakan Perikatan Na-

sional.

Rakyat Malaysia hingga keakar umbi menyokong penuh,

kerajaan PN,selain Allah mengembalikan kuasa politik

Melayu Islam,kerajaan PN nie setakat nie gitu perihatin

kesusahan rakyat,terutama kita berhadapan dengan pende-

mik Virus Covet 19 yg melanda negara.

Hari nie kita terkejut beruk tetiba tok seri Anuar Ibrahim

mengadap DYMM Seri Peduka Yang di Pertuan Agong

menyata kan,beliau ada nombor sekongan ahli parlemen

termasuk Ahli Parlemen UMNO untuk jadi PM ke-9,pas

tuu,tok seri Zahid  Presiden umno pula kata,banyak  Ap.

umno menyokong Anuar.

Hari nie Umno/Bn telah menjadi sebahagian kerajaan

setelah menjadi pembangkang selama 22 bulan,sepatut

nya peluang ini dapat mengukohkan kedudukan,bersabar

lah,tiada abang besar dlm PN,sepatutnya kokohkanlah

kerajaan PN bantulah kerajaan bukan berebut kuasa,kalo

nak tunjuk siapa hebat pun tunggu lee PRU 15 nanti,bantu

rakyat,kerajaan menhadapi perang dengan musuh yang tak

kelihatan.

Ingat lee,wahai ahli-ahli politik jangan sampai rakyat muak

muntah dan benci pada kamu,muhasabah lee diri,dulu 22 bulan

Melayu Islam Bumiputera hilang kuasa politik,hari nie Allah

mengembalikan kuasa itu ,jagalah ia baik baik,kalu jatuh PN

nie,aku rasa susahlee nak bangkit lagi.

























Saturday 29 August 2020

BOLEH BERTAHANKAH KUASA MELAYU ISLAM???..


 









------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita semua tahu,pada mei 2018,dengan tumbangnya Umno/Bn dalam PRU 14

lalu,maka berakhirlah kuasa politik melayu/islam,kuasa politik negara di terajui

oleh Pakatan Harapan [PH] ia itu PKR-DAP-AMANAH-BERSATU di mana

Pakatan Harapan di dominasi oleh DAP.


Tiada sapa sangka,60 tahun lebih,Perikatan yg terdiri dari Umno-Mca-Mic dan

kini Barisan Nasional BN boleh kalah teruk dlm Pru 14 lalu.


Selama 22 bulan,org-org melayu islam di perkotak-katik dan penghinaan pada

melayu islam,hak istemewa org melayu,Raja-Raja Melayu,rizab melayu,bahasa

melayu dll di ungkit semula oleh mereka,sedangkan tok nenek mereka telah ber-

setuju menerima kontrak sosial ini semasa menuntut kemerdekaan negara.


Hari nie,takdir Allah,kuasa politik melayu islam nie telah di kembalikan pada

melayu islam,oleh kerana percakaran dalam PH berebut jawatan,hingga mem-

bawa perletakan jawatan Dr.Mahathir Mohamad sebagai PM ke-7.


Bermula 31 mach 2020 bermula lah era baru dengan tertubuh nya kerajaan

baru Perikatan Nasional [PN] gabungan Umno-Bn-Pas-Bersatu-GPS dll,di-

pimpin oleh Ts.Muhyiddin Yassin Preseden Bersatu,orang melayu islam dan

rakyat cukup lega, dengan kerajaan PN,yg setakat ini begitu perihatin pada

rakyat,terutama dalam mengekang penolaran Cobet 19.


Tetapi hari nie,terutama melayu islam,dok tertanya-tanya,apakah kuasa po-

litik melayu nie dapat di pertahankan?,sebab nya mutahir nie banyak sangat

serang menyerang antara parti gabungan nie,seolah-olah virus penyakit PH

telah beralih arah kepada MN-PN pula,serang menyerang antara parti gabu-

ngan ini,memberi bola tanggong pada musuh,belum pun setahun jagong

memerentah dah buat hal.


Aku tak berpelajaran tinggi,tapi cukup tua dlm politik,kerana aku berpo-

litik masa Tengku Abdul Rahman Putra lagi,aku nak nasihatkan sedikit

kalu nak dengan lee,ahli YB,TnSri,Datok Datin,Pak-pak menteri,bawa lee

bertenang,jangar ego,jangan tamak haloba,bawa muafakat,runding baik

baik jangan gelojoh dalam pembahagian kursi nie,usah kisah sangat siapa

akan jadi PM ke-9,menteripmenteri kabinet,asalkan orang gabungan kita


Ingat tuu,sekiranya sekali lagi kuasa politik melayu islam jatuh,maka

untuk bangkit kali ke tiga susahlah..Ingat..Bulah Air Kerana Pembetong,

Kuatnya politik Melayu Islam,kerana Muafakat.

Thursday 20 August 2020

PEJUANG AKAN PECAH,RUGIKAN KUASA POLITIK MELAYU...

 








------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur:Penubuhan Pejuang sebagai satu lagi parti politik

baharu tanah air oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr,Mahathir

Mohamad,hakikatnya bertentangan dengan ucapan yang pernah

di ucapkan beliau sebelum ini.


Menteri Besar Kedah,Muhammad Sanusi Md Nor berkata,lagi

banyak parti di tubuhkan berkaitan dengan orang melayu,maka lebih

besar perpecahan dalam kalangan kaum tersebut yang perkara itu

patut di ingati semula oleh Tun Mahathir.


"Tak tahu lah,dia lupa ke dak,saya tah tahu lah ini akan memecahkan

kuasa politik orang melayu,menjadi lebih kecil dan lebih mudah di

tewaskan.Rugi lah orang melayu," ujar beliau yang juga pengarah pili-

hanraya Pas Pusat.


Beliau mengulas perkara itu setelah di ajukan wartawan mengenainya

pada sidang media mingguan selepas mempengerusikan mesyuarat

majlis mesyuarat kerajaan negeri Kedah di Wisma Darul Aman Alor

Setar sebentar tadi.


Sebaliknya,tegas Senusi, asas  kepada penyatuan org-org melayu  ialah

Perpaduan Ummah tanpa mengira di atas nama Muafakat Nasional mahu

pun Perikatan Nasional di mana mereka yang mahu bersatu padu mesti

di terima koalisi itu atas sebarang nama.


"Perpaduan Ummah,nombor satu,then baru,kita tengok apa kepentingan

polotik yang ada di dalam itu," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya

Pas Kedah.


Beliau turut menyangkal bahawa Pas pernah mencadangkan supaya Ber-

satu di bubarkan,sebaliknya menegaskan bahawa Presiden Pas telah mem-

buat kenyataan menyambut baik kedatangan Bersatu dalam Muafakat

Nasional.

 

"Apa-apa coalition yang menguntungkan orang melayu dan meningkat

kan perpaduan ummah,Pas bergerak kearah itu.Dan sebarang langkah-

langkah yang menggugat Perpaduan Ummah kita akan bersedia meng-

hadapinya",jelas beliau.






Sunday 16 August 2020

         








                                        "ATOK   NAK TUBUH   PARTI   BARU    YA   ?











Syabas...Tahniah Atok kerana berjaya menubuhkan sebuah
lagi parti politik di tanah air kita Malaysia nie.

Pada aku,penubuhan parti baru atok,yang di beri apa nama,
Parti Pejuang Tanah Air [PEJUANG]  sudah tentu akan menam-
bah lagi jumlah parti-parti politik yang berteraskan Melayu Islam.

Kalu tak silap aku,Atok pernah berkata,terlalu banyak parti yang
berasaskan Melayu Islam,menyebabkan orang Melayu berpecah
dan kalah di dalam pilihanraya.

Parti Atok ia itu "PEJUANG" terpaksa bersaing hebat dengan parti-
parti Melayu lain,seperti PPBM-UMNO-PAS-AMANAH-PUTRA
dll,ini akan memeningkan orang Melayu Islam sendiri,parti mana
yang hendak di pilih [undi] apa jadi kepada melayu,dahlee orang 
Melayu digunakan bangsa lain untuk bergaduh sama sendiri,yang
untung nya bangsa lain.

Apa nak jadi negara ku ini,orang melayu asik ketagih tubuh parti,
bangsa lain bersatu,Ahli Parlemen/Adun Melayu [bukan semua]
lompat parti hingga boleh menjatuhkan sebuah kerajaan yg di pilih,
mereka nie melompat macam kera mencari buah ranum untuk isi
perut jadi katak lompat,walau pun kita tahu katak lompat nie ber-
laku pada musim hijan aje,tapi leenie tak kira musim dah,lompat
tetap lompat tiada pendirian.

Dedulu kita dok hina Tok Him [Ibrahim Ali] raja katak,leenie takhta
raja katak dah bertukar tangan dah.

Sedar lee,orang melayu,apa jadi kepada kuasa politik melayu,islam
raja-raja melayu,hak istimewa org melayu,selama 22 bulan kuasa po-
litik melayu hilang,melayu islam di perkotak-katik oleh bangsa lain.

Alhamdulillah,dengan pertolongan Allah,pada 1 mach.2020 kuasa
politik melayu di kembalikan di sebabkan PM.ke-7,[Atok] letak
jawatan,dengan kerjasama, Bersatu-Umno Bn-Pas-GPS dan  parti
parti lain tertubuh lah kerajaan Perikatan Nasional [PN] di pimpin
oleh YAB.TS.Muhyiddin Yassin sebagai PM.8. Sepatut nya orang-
orang Melayu mempertahankn Kerajaan PN nie,kerana nampak nya
kerajaan ini cukup perihatin pada rakyat.

Bagi meraikan domokrasi aku pun nak tubuh parti baru gak....

Semalam,fikir bunya fikir bersama kengkawan,kami bersetuju tubuh
parti bari,namaanyaa "Parti Pemecah Belah"[PPB] siap dengan j/kuasa
penajanya: ia itu aku sebagai Presesin.Kengkawan.anak-anak aku.bini
aku sebagai jawatankuasa.

Leenie kami tengah dok tuleh [draf] undang-undang,siap kelak hantar
kat ROS daftar,harap Ros dapat lulus dan Kem.Dlm Negeri tengok-te-
ngok lee sikit,

Pada awalnya parti baru PPB nie nak cuba "Tes Market" di PRK Slim
tapi tak dan,takpe,kami nak masuk PRU 15 nie,
Kaku menang aku nak calon diri aku jadi PM-9,ganti YAB.TS.Muhyi
ddin Yassim [abah], abah tentu setuju....

Gitu lee hebatnya orang melayu,ketagih tubuh parti politik...Aku takut
macam cerita dongeng "PAK KADOK"  "Menang Sorak,Negara Tergadai"

huhuhu......





                             


Tuesday 23 June 2020

TIADA JAMINAN DR.MAHATHIR KEMBALI BERSAMA PENGKHIANAT...
















-----------------------------------------------------------------------------

PETALINGJAYA; Seorang pemimpin pamuda PKR mencabar
dakwaan Dr.Mahathir Mohamad mempunyai lebih banyak soko-
ngan ahli Parlemen berbanding Anuar Ibrahim,ketika gabungan
itu yang berusaha kembali berkuasa masih bergelut dengan isu
calon Perdana Menteri.

Naib Ketua Pamuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman me-
ngulas dakwaan dalam kalangan sekutu Pakatan H arapan yang
menyokong Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri beliau
boleh mendapatkan sokongan ahli Parlemen.

"Yang mengherankan,kenapa parti-parti sahabat hanya menekan
kan supaya Anuar menyokong Mahathir,tetapi tidak sebaliknya/"

"Jika cakap-cakap ini benar,Mahathir sebenarnya tidak memerlu
kan sokongan PKR  mahu pun PH untuk kembali berkuasa",ka-
tanya. dalam kenyataan panjang menceritakan krisis politik yang
tercetus awal tahun ini.

Kepimpinan PH yang terdiripada PKR-DAP dan Amanah bersa-
ma sekutu mereka Warisan serta 5 ahli Parlemen yg di pecat
PPBM  kini buntu dalam isu calon Perdana Menteri.

Semalam,Anuar mengakui ada kalangan prmimpin PH yang ti-
dak mempercayai Mahathir,beberapa hari selepas partinya ber-
beza pendapat dengan DAP dan Amanah yg menolak ahli po-
litik Vetren itu kembali menjadi calon PM gabungan itu semula.

Syed Badli berkata,tiada jaminan Mahathir tidak akan kembali
bersama "Pengkhianat" dalam usaha untuk kembali menerajui
negara buat kali ke 3.

Katanya, Mahathir sendiri bergelut mendapatkan sokongan ahli
Parlemen dan beliau  tidak terkejut dengan khabar   angin
 rundingan sulit antara Mahathir dan Pengkhianat,istilah
di gunakan PKR keatas bekas Timbalan Presiden nya Mohamad
Azmin Ali serta penyokong nya,susulan rampasan kuasa pada
februari lalu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH.

"Persoalan nya,adakah sanggup parti-parti sahabat seperti DAP
dan Amanah kembali bersekongkol dengan para "Pengkhianat"?
soalnya sambil menambah,itu sebabnya PKR menolak Mahathir
di calonkan sebagai Perdana Menteri.

...sumber, FMT...

Friday 12 June 2020

TUN MAHATHIR - ANUAR DI NASIHATKAN BERSARA SAHAJA...
















-----------------------------------------------------------------------------

Menteri Besar Kedah Mohammad Sanusi Md Nor berkata,Dr.
Mahathir Mohamad dan DS Anuar Ibrahim patut bersara daripada
politik.

"Saya yakin dengan ketiadaan dua tokoh ini,politik negara akan
menjadi bertambah baik dan aman", beliau di petik sebagai berkata
dalam sidang media  di Sek kelmarin.

Harakahdaily melaporkan,beliau sebagai berkata politik Malaysia
menjadi 'Cacamerba' dan rakyat "hidup dalam suasana bercakaran",
angkara dua tokoh politik tersebut.

Lapor akhbar web Pas itu,"PERMUSUHAN" telah bermula tatkala
Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat lagi.

Sudah 20 tahun lebih,pelbagai masaalah timbul angkara dua pemim-
pin ini,

"Sewajarnya mereka tiada dalam lanskap politik Malaysia,sudah
tiba masanya masa depan negara di pimpin oleh orang lain,"jelas
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Wednesday 10 June 2020

PAS-UMNO-BERSATU SALING MELENGKAPKAN- DR.RIDHUAN TEE..-DR.RIDHUAN



















----------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR; Perkongsian kerusi dan kuasa melibatkan
tiga Parti Melayu-Islam ia-itu UMNO-PAS dan BERSATU dilihat
lebih seperti adik beradik,demikian pandangan ahli akdamik Prof
Media Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beiau membidas dakwaan seorang mantan menteri Pakatan Hara-
pan [PH] yang mengatakan Pas dan Umno sebagai rakan komponan
tidak boleh di percayai dalam Perikatan Nasional [PN] dan Bersatu
akan di perkudakan.

Walahal katanya, pada hemat beliau realiti politik melayu menjadi
kan tiga parti itu saling melengkapkan wacana politik masa depan
melayu dan bumiputera di sebalik kegagalan kerajaan PH menunai
kan agenda reformasi politik.

Perlu di ingat, kemenangan PH bukan di atas kekuatan undi sebe-
nar,pepulariti PRU 14 undi pepular yg di perolihi PH hanya 47 pe-
ratus berbandind BN 34 peratus,Pas 18 peratus dan bebas 1 peratus.

Malahan kemenangan PH adalah di sebabkan kembalinya pengawal
elit lama politik yg menyokong  Tun Dr Mahathir dalam arena poli-
tik semasa.

"Setelah kejatuhan najib,Umno telah pun membuat pe0baharuan poli-
tik parti itu lebih berdeplomasi dan mendengar luahan akar umbi"
ujarnya.Pensyarah Institusi Penyelidikan Produk dan ketamadun
melayu islam Universiti Sultan Zainal Abidin [Unisza] itu..

Beliau melihat Pas masuh meneruskan budaya Politik Matang Sejah-
tera [BPMS] untuk kepentingan ummah,tetapi malang nya PH pula
di lihat terlalu di kuasai oleh Ultra Kaisu menyebabkan rakyat teru-
tama Bumiputera merasakan tertipu dan di khianati.

Beliau mengungkit mengenai ribuan yang kehilangan pekerjaan dan
hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,sedangkan
kumpulan proksi keroni Ultra Kaisu terus hidup dan mendapatkan
banyak Projek Mega sehingga esit negara hilang bagitu sahaja.

Malahan kesal beliau,lebih mengejutkan apabila Menteri Kewangan
Ultra Kaisu yang di percayai merujuk Lim Guang Eng di katakan
lebih berkuasa daripada Menteri Pendidikan ketika itu dalam soal
pendidikan VERNAKULAR.

Konsensus sebagai alasan kenapa umat melayu dan bumiputra perlu
mengorbankan hak mereka konon nya untuk berlaku adil kepada
bukan bumiputera. Tetapi hakikatnya,siapa menindas siapa dalam
soal hak,maruah dan agama.Sehingga terpaksa mengadakan KONG-
GRIS MARUAH MELAYU pada 6okt.2019.

"Yang menyedihkan,kuasa melayu terpaksa akur dengan kehendak
pendidikan bukan melayu Ultra Kaisu dengan enam muka surat
tulisan kepada tiga muka surat Jawi dan akhirnya hanya tinggal
surat sahaja,Jawi hilang entah kemana," imbas beliau.

Dr Ridhuan Tee turut mengupas pembahagian kursi antara parti-
parti tersebut akan membolehkan 187 kerusi di perolehi bagi mejo-
riti bumiputra,menakala bakinya mejoriti Cina dan campuran.

Jadi pembahagian kerusi parlemen bagi Umno,Pas dan Bersatu
boleh di bahagikan mengikut kebolehan menang sesuatu kawasan
dan kekuatan pengaruh parti tersebut.Jika di lihat ketiga-tiga parti
itu Umno-Pas dan Bersatu adalah melayu islam.

Maka perkongsian kursi dan kuasa perlu lebih adik beradik,ini
berlainan dengan tuduhan mengatakan Pas menikam belakang dan
tidak boleh di percayai.

"Persoalan nya terkeluar Pas dari Pakatan Rakyat kerana campur
tangan komponan parti itu untuk memecahbelahkan Pas,yang ber-
akhir dengan tertubuhnya PAN.

"Mahan Barisan Altanatif terkubur pun di sebabkan DAP keluar
dari gabungan itu disebabkan penentangan DAP keatas undang-
undang HUDAD,bukan salah PAS," hujahnya.

Belaiu turut  mengemukakan pandangan pemfokosan parti-parti
tersebut terhadap negeri untuk di perentah,selain menjangka senario
yang ada  membolehkan Pas mendapatkan kursi di Sabah dan
Serawak berdasarkan sokongan dan pengaruh.

Jelasnya,hal tersebut berdasarkan peningkatan dan keahlian dari
negeri tersebut khusnya melayu Berunai,Sabah dan melanau Sera-
wak serta meyakini pembahagian kerusi berdasar sokongan dan
kekuatan parti.

Ini berbeza dari amalan PH,amalan PH dalam PRU 14 DAP Ultra
Kaisumengambil 50 kerusi parlemen,PKR mengambil 100 kerusi
parlemen iatu 40 kerusi bukan bumiputra dan 60 kursi bumiputra.

Bersatu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir hanya mengambil 50
kerusi parlemen dan 22 kerusi parlemen Sabah di beri kepada Wa-
risan.Diatas pembahagian ini menampakan wakil bumiputra dan
melayu ramai.

"Hakikatnya,bila berlaku pilihanraya sebenar,calon bukan bumi-
petra dan bukan melayu menang lebih ramai dari daripada calon
bumiputra dan bukan melayu.inilah strategi licik Ultra Kaisu,"
ujarnya.

Keadaan tersebut,kupasnya menyebabkan PH terpaksa merayu ahli-
ahli parlemen bumiputra dan melayu menyertai PH,tetapi akhirnya
pihak yg mendemonasi siap memaksa beberapa kali "U-TURN" ter-
jadi untuk akur kepada kehendak bukan melayu.

"Dimanakah keberanian dan kekuatan politik melayu dalam semasa
PH berkuasa sebagai kerajaan ?,pengelaman lalu tidak semestinya
dijadikan ukuran bagi mengesah sesuatu tuduhan.

Munkin mantan menteri ini sengaja membutakan mata,tidak nampak
bahawa PAS dan UMNO banyak berubah dan belajar dari kesilapan
lalu.

"Bukan kuasa dan angka kerusi parlemen menjadi hambatan untuk
menjatuhkan sesebuah kerajaan yg di iktirap oleh  Yang di Pertuan
Agong sendiri,buat salah tetapi meletak kan kesalahan tersebut ke-
pada orang lain dengan berbagai  tuduhan,bidasnya.

Menurutnya,Pas bertanding di kesemua kerusi parlemen dalam PRU
14 kerana takut kerusi tersebut jatuh ke PH,memandangkan sentimen
anti Najib semakin kuat dan bukan nya untuk berlaku khainat.

Beliau memberikan beberapa contoh terhadap pembelaan nya itu,se-
baliknya menempelak pihak lain yg bersikap sebaliknya,konon di-
atas nama konsensus.Walahal hakikatnya tidak adil berbanding ber-
laku dalam PN.

Beliau juga menyangkal analisis politik di buat mantan menteri ter-
sebut dengan mengemuka perkembangan sokongan rakyat yang
dapat di lihat kepada beberapa pilihanraya kecil mutakhir.

"Bila masa Bersatu di pinggirkan,sedangkan yang bercakap dan
yang bekerja di depan Televisen setiap hari tersebut adalah Tan Sri
Muhyiddin selaku pengerusi Bersatu ?.

"Bila masa PAS dan UMNO campur tangan dalam soal kepimpinan
negara sehingga Bersatu di pinggirkan ?.

Nampaknya takut akan bayang-bayang sendiri,maka di teriaknya
Hantu sedang merasuk dirinya.Adakah ini berlaku pada beliau pada
siang hari ?.

"Bersatu masih dominim dalam PN kerana kepimpinan negara di-
bawah Pengerusi Bersatu dan bukan nya di tangan PAS atau UMNO
inilah hakikat yang perlu di terima.Bukan seperti PH [dimana] Ber-
satu memimpin kepimpinan negara,tetapi akhirnya akur kepada DAP"
bidasnya lagi menyangkal hujah mantan menteri itu.

Kata Dr.Ridhuan,perlu di sedarkan juga Bersatu tidak mempunyai
kuasa  dominasi di atas mana-mana negeri di sebabkan parti itu baru
di tubuhkan pada penghujung 2017,berbanding PAS dan UMNO yg
sudah enam dikat.

Oleh itu serunya supaya berlapang dada,usah cemburui dengan se-
gala di miliki UMN0 dan PAS di mana keduanya tidak memaling
kan muka dari Bersatu yang di lihat masih berpegang kepada jiwa
islam dan melayu.

Tiada mana-mana parti yang dominin dalam PN.Cuma kini kepim-
pinan negara adalah di bawah Pengerusi Bersatu,maka bersatu lah
yang memacu dan membuat keputusan negara.

"Perlu di ingatkan farmula untuk PN adalah saling mempercayai
antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi antara satu
sama lain," ujarnya.