BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 20 August 2020

PEJUANG AKAN PECAH,RUGIKAN KUASA POLITIK MELAYU...

 








------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur:Penubuhan Pejuang sebagai satu lagi parti politik

baharu tanah air oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr,Mahathir

Mohamad,hakikatnya bertentangan dengan ucapan yang pernah

di ucapkan beliau sebelum ini.


Menteri Besar Kedah,Muhammad Sanusi Md Nor berkata,lagi

banyak parti di tubuhkan berkaitan dengan orang melayu,maka lebih

besar perpecahan dalam kalangan kaum tersebut yang perkara itu

patut di ingati semula oleh Tun Mahathir.


"Tak tahu lah,dia lupa ke dak,saya tah tahu lah ini akan memecahkan

kuasa politik orang melayu,menjadi lebih kecil dan lebih mudah di

tewaskan.Rugi lah orang melayu," ujar beliau yang juga pengarah pili-

hanraya Pas Pusat.


Beliau mengulas perkara itu setelah di ajukan wartawan mengenainya

pada sidang media mingguan selepas mempengerusikan mesyuarat

majlis mesyuarat kerajaan negeri Kedah di Wisma Darul Aman Alor

Setar sebentar tadi.


Sebaliknya,tegas Senusi, asas  kepada penyatuan org-org melayu  ialah

Perpaduan Ummah tanpa mengira di atas nama Muafakat Nasional mahu

pun Perikatan Nasional di mana mereka yang mahu bersatu padu mesti

di terima koalisi itu atas sebarang nama.


"Perpaduan Ummah,nombor satu,then baru,kita tengok apa kepentingan

polotik yang ada di dalam itu," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya

Pas Kedah.


Beliau turut menyangkal bahawa Pas pernah mencadangkan supaya Ber-

satu di bubarkan,sebaliknya menegaskan bahawa Presiden Pas telah mem-

buat kenyataan menyambut baik kedatangan Bersatu dalam Muafakat

Nasional.

 

"Apa-apa coalition yang menguntungkan orang melayu dan meningkat

kan perpaduan ummah,Pas bergerak kearah itu.Dan sebarang langkah-

langkah yang menggugat Perpaduan Ummah kita akan bersedia meng-

hadapinya",jelas beliau.






0 comments: