BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 16 August 2020

         








                                        "ATOK   NAK TUBUH   PARTI   BARU    YA   ?











Syabas...Tahniah Atok kerana berjaya menubuhkan sebuah
lagi parti politik di tanah air kita Malaysia nie.

Pada aku,penubuhan parti baru atok,yang di beri apa nama,
Parti Pejuang Tanah Air [PEJUANG]  sudah tentu akan menam-
bah lagi jumlah parti-parti politik yang berteraskan Melayu Islam.

Kalu tak silap aku,Atok pernah berkata,terlalu banyak parti yang
berasaskan Melayu Islam,menyebabkan orang Melayu berpecah
dan kalah di dalam pilihanraya.

Parti Atok ia itu "PEJUANG" terpaksa bersaing hebat dengan parti-
parti Melayu lain,seperti PPBM-UMNO-PAS-AMANAH-PUTRA
dll,ini akan memeningkan orang Melayu Islam sendiri,parti mana
yang hendak di pilih [undi] apa jadi kepada melayu,dahlee orang 
Melayu digunakan bangsa lain untuk bergaduh sama sendiri,yang
untung nya bangsa lain.

Apa nak jadi negara ku ini,orang melayu asik ketagih tubuh parti,
bangsa lain bersatu,Ahli Parlemen/Adun Melayu [bukan semua]
lompat parti hingga boleh menjatuhkan sebuah kerajaan yg di pilih,
mereka nie melompat macam kera mencari buah ranum untuk isi
perut jadi katak lompat,walau pun kita tahu katak lompat nie ber-
laku pada musim hijan aje,tapi leenie tak kira musim dah,lompat
tetap lompat tiada pendirian.

Dedulu kita dok hina Tok Him [Ibrahim Ali] raja katak,leenie takhta
raja katak dah bertukar tangan dah.

Sedar lee,orang melayu,apa jadi kepada kuasa politik melayu,islam
raja-raja melayu,hak istimewa org melayu,selama 22 bulan kuasa po-
litik melayu hilang,melayu islam di perkotak-katik oleh bangsa lain.

Alhamdulillah,dengan pertolongan Allah,pada 1 mach.2020 kuasa
politik melayu di kembalikan di sebabkan PM.ke-7,[Atok] letak
jawatan,dengan kerjasama, Bersatu-Umno Bn-Pas-GPS dan  parti
parti lain tertubuh lah kerajaan Perikatan Nasional [PN] di pimpin
oleh YAB.TS.Muhyiddin Yassin sebagai PM.8. Sepatut nya orang-
orang Melayu mempertahankn Kerajaan PN nie,kerana nampak nya
kerajaan ini cukup perihatin pada rakyat.

Bagi meraikan domokrasi aku pun nak tubuh parti baru gak....

Semalam,fikir bunya fikir bersama kengkawan,kami bersetuju tubuh
parti bari,namaanyaa "Parti Pemecah Belah"[PPB] siap dengan j/kuasa
penajanya: ia itu aku sebagai Presesin.Kengkawan.anak-anak aku.bini
aku sebagai jawatankuasa.

Leenie kami tengah dok tuleh [draf] undang-undang,siap kelak hantar
kat ROS daftar,harap Ros dapat lulus dan Kem.Dlm Negeri tengok-te-
ngok lee sikit,

Pada awalnya parti baru PPB nie nak cuba "Tes Market" di PRK Slim
tapi tak dan,takpe,kami nak masuk PRU 15 nie,
Kaku menang aku nak calon diri aku jadi PM-9,ganti YAB.TS.Muhyi
ddin Yassim [abah], abah tentu setuju....

Gitu lee hebatnya orang melayu,ketagih tubuh parti politik...Aku takut
macam cerita dongeng "PAK KADOK"  "Menang Sorak,Negara Tergadai"

huhuhu......





                             


0 comments: