BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 January 2016

BOLEHKAH UMNO BERGABONG DENGAN PAS ???..

Bagitulah cakap-cakap yg terkeluar dari mulut ahli Pas
penyokong,pengundi atas pagar,malah ahli umno akar umbi.

Tiada siapa dapat menapikan,umno kini dalam keadaan resah
gelisah,setelah dilanda pelbagai massalah sama ada dari luar
dan dalam umno itu sendiri. Umno kini telah terhakis keper-
cayaan,keyakinan ahli-ahli di peringkat akar umbi terhadap
kepimpinan tertinggi mereka.

Lebih-lebih lagi apabila melihat Pas musuh politik nombor 1
mereka dapat bangun semula bahtera mereka setelah di landa
badai selepas Muktamar,di mana pemimpin-pemimpin mereka
yg kalah keluar menubuhkan parti baru ia itu Parti Amanah,
Bahtera baru yg di bena pas nampaknya lebih kokoh boleh di-
terima dan di yakini oleh pengundi-pengundi,terutamanya di-
kawasan tradisi.

Segala fitnah umno terhadap pas yg mengatakan Pas kuda
tunggangan DAP tak menjadi,walau pun tembakan meriam
buloh mereka terhadap pas tidak mengenai sasaran.kini nam-
paknya umno sekarang lebih memujuk pas.

Sebab itu lah Ds.Najib Preseden umno dalam ucapan di PAU
umno 2015 lalu tak segan silu melamar pas bergabong dengan
umno,tak cukup dengan itu apabila kedua-dua Perseden itu
duduk sepentas dalam Multaqa serantau Alumni Al-Azhar
Malaysia 2015 sekali lagi Ds.Najib melamar pas bergabong
dengan umno,dimana kehadiran Ds.Najib sebagai perasmi
Multaqa dan Ds.Haji Hadi segai pengucaptama dalam majlis
tersebut.

Selepas itu riuh rendah,heboh di alam maya,media arus Perdana
membincangkan hal ini,ada yang pro dan kontra.Kita dapat
faham Multaqa ini di rancang bagitu rapi oleh proksi kerajaan
hingga kedua-duanya memakai baju sedondong yg sama.
Pandangan umum soal perpaduan ini amat baik,sama ada lama-

ran Ds.Najib itu ikhlas atau tidak hanya Allah yg tahu,tetapi
dari gerak badan,liuk lintuk banyak menjadi persoalan.

Bagi pas yang pernah tidur sebantal dengan umno,banyak dapat
mencium bau kelaku mereka ini,bila mereka lemah mereka me-
merlukan,apabila kuat mereka sombong tak perlu pada pas
lagi.Di era Tun Razak pas di beri peluang bersama dalam kabinit
Umno/Bn  diera Tok Usin pula pas di tendang,cerai keluar dari
BN,di Kota Baru semasa Tok Usin merasmikan bangunan Tabung
Haji cwn Kelantan,selepas cukup memfitnah pas,melaga-laga Pe-
mimpin pas,menyebabkan Kelantan  di MAGRAN,dan umno de-
ngan mudah merampas Kelantan.

Ingat tuu,kalau ada pemimpin pas yg teroja dengan lamaran ini,
kenalah ingat,ini boleh jadi stratiji licik umno memecah belah
kan pas untuk menjadi lemah,pemimpin pas kena berhati-hati
dengan lamaran itu,jangan di patut dua kali dlm satu lubang,
lamaran ini boleh di sambut tetapi hanya bekerjasama dalam
bidang untuk membela kepentingan rakyat dan agama saaja,di-
bidang polotik  katakan tidak,kerana Pas berjuang menegakkan
Islam,Umno pula berjuang untuk kebangsaan,pas tentu sekali
tak sanggup mengadaikan prensipnya.

Dosa Umno Pada Pas Terlalu Banyak.

Dosa-dosa umno pada pas terlalu banyak,antaranya menapikan
hak rakyat yg menyokong pas,pembangkang,,Royalti Minyak
5% kepada Kelantan/Terengganu,projek-projek,penjawat awam
yg mirip menyokong Pas di tukar jauh,kes berdarah Memali,di napi
mendapat jalan tar,lampu jalan pinjaman Tekun dan banyak lagi
tak larat nak senaraikan.Perkara ini tak boleh di maafkan oleh pe-
mimpin,ia hanya oleh ahli ahli yg terlibat dengan pengniaayan ini.

Pas Ada Organisasi:

Kalau ada pemimpin yg teringin nak gabong ini tak boleh secara
individu,keranaPAS ada Organisasi,dari cawangan,kawasan,negeri
Pusat,pas ada dewan-dewan,Pemuda,Muslimat,ulama ajk pusat,
kelab penyokong Muktamar,ini kena panggil Muktamar Khas
bukan pemimpin boleh buat ikut suka hati,

Kepada pemimpin Pas,sanggupkah anda memikul biawak hidup dan
menggadaikan perinsip ???

                                                 Wallahuaklam..

                             














0 comments: