BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 3 January 2016

Perjuangan UMNO Dulu-Dulu vs UMNO Leenie

Semua org tahu semasa UMNO nak di tubuhkan oleh
Pengasasnya Dato Onn Jaafar.Ketika itu Dato Onn
berusaha gigih keceruk kampung,bandar mengumpul
lidi-lidi menjadi penyapu bagi menguatkan bangsa
Melayu menentang penjajah Inggris nak menubuhkan
Malayan Unian.Dengan kegigihan Dato Onn dan so-
kongan kuat org Melayu,maka pada 11hb.Mei.1946
bertempat di Istana Johor lahir lah Pertubuhan Kebang-
saan Melayu Bersatu (UMNO).

UMNO pada masa itu cukup comel,bak nakdara sunti
si manis 17 katakan,pipi gebu bak pauh di layang,bibir
bak delima merkah,pendek kata tak ada sebiji panau,
kulat,kurap,kudis buta,puru tokak jauh sekali lah.

Perjuangan pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO tika
itu cukup hebat,sanggup berkorban apa saja,harta wang
ringgit hatta nyawa sekali pun demi perjuangan bangsa
agama dan negara,perjuangan dulu-dulu tidak mengharap
apa-apa,cari makan sendiri,kais pagi makan pagi,kais
petang belum tentu dapat makan,demi perjuangan mereka
teruskan.

Tetapi selepas beberapa tahun penubuhan,timbul rasa
keinginan Yg Di Pertua UMNO,sekarang Perseden,nak
memasuk kan bangsa-bangsa lain menjadi ahli UMNO
ini menyebabkan tentengan hebat ahli-ahli pada yang di
pertuanya Dato Onn secara terbuka tidak bersetuju.Ini
menyebabkan Dato Onn Cunggit (lari) meninggal kan
UMNO,beliau menubuhkan Parti Negara (kalau tak silap)
bertanding menang satu kerusi di Terengganu.

UMNO terus di perjuangkan,kerana ahli ahli dulu tetap
memilih dan sayangkan parti,bukan individu,UMNO di-
ambil alih Tengku Abdul Rahman,kemudian Tun  Razak,
Tok Usin Onn,Tun Dr.Mahadir,Tun Abdullah Badawi,
dan lenie Ds Najib.

Di era Tun Mahadir UMNO berkocak di sebabkan pere-
butan jawatan,menyebabkan UMNO berpecah dan ditalkin
kan (di haram) maka lahirlah Parti Melayu Semangat  46
di pimpin oleh YBM Tengku Razali Hamzah. Menakala
Tun Mahadir menubuhkan UMNO baru hingga le kelenie.

Pemimpin dan ahli UMNO lenie (bukan semua) sudah di-
kaitkan dengan perjuangan Siapa Hulur Lebih dan siapa
pandai ampu dia mendapat sokongan  (saya tolong kamu,
kamu tolong saya) perjuangan mereka sudah di letak kan
setanding ayam daging di beri makan dedak kenyang-ke-
nyang,di masukkan dlm raga ayam,di sembelih untuk di-
perdagangkan di pasar-pasar.

Kalaulah ada ahli-ahli menegur kepimpinan tertinggi di-
ugut berbagai cara,di gantung keahlian,di buang,pada hal
mereka-mereka yg mengkeritik itu kerana sayangkan UMNO,
kalau di pereksa,di cek darah mereka ini 100% darah UMNO
karat hijau.Ahli UMNO lenie sudah di landa sendrom bisu,
tak berani menegor pemimpin,demi menjaga periuk nasi dan
takut hilang jawatan.

Sendrom bisu ini turut tempias pada cerdik pandai serta ulama
dlm UMNO,sepatutnya cerdik pandai dan ulama dlm UMNO
mesti berani menegur.Ulama harus tegas menegur Umara,tapi
ini tidak berlaku demi nak menjaga periuk nasi dan jawatan,
mereka lebih takut di potong gaji dari di sembelih lehir.

Demi mempertahankan maruah ahli-ahli UMNO hendak lah
kembali mencontohi perjuangan ahli UMNO dulu-dulu,barulah
meruah kita dapat di pertahankan,jadi ayam kampung cari
makan sendiri.
                                       Wallah huaklam.

0 comments: