BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 19 March 2017

JOM KEPADANG RENGAS-"DEBAT UMNO VS PARTI BUNGA"














=============================================

Debat antra Tun Dr.Mahathir,mantan Presiden UMNO dan
Perdana Menteri Malaysia 22 tahun,sekarang Pengerusi Parti
Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan Datuk Seri
Nazri Aziz  Menteri Pelancungan dan Kebudayaan n Ahli
Majlis Tertinggi UMNO Malaysia akan di adakan pada 25-
hb.Mach 2017 ini,jam 03.00 petang,bertempat di MRSM
Sultan Azlan Shah Padang Rengas Perak.

OTAI MASIH BERBISA

Tun Mahathir rakyat terbanyak menggap beliau Otai Masih
Berbisa,walau pun telah mengjangkau usia 91 tahun masih
mampu memberikan pandangan dan pemikiran .Beliau men-
dapat sokongan kebanyakan ahli-ahli UMNO hingga ke lenie.

Aku bukan lee nak menyokongnya,tetapi semasa beliau
menerajui negara,banyak kemajuan yang di buatnya,kita bo-
leh lihat dengan mata kepala sendiri.Walau pun semasa mene-
rajui negara beliau juga banyak membuat kesilapan,tuu biasa
lee kita sebagai manusia biasa tak sunyi drp kesilapan.Tetapi
ia tidak lah sampai membebankan rakyat,ia tidak menyusah
kan rakyat,ia tak mengambil wang negara,tidak mencuri wang
untuk masuk ka akaun nya sendiri.

NAZRI AZIZ

Nazri Aziz pula pada pandangan ramai boleh lah di katakan
anak didik Tuan Mahathir,beliau sebagai menteri kanan yang
menganggotai kabinet sejak Tun Mahathir lagi,hingga Tun
Abdullah Badawi dan sekarang di bawah Datuk Seri Najib,
tentu sekali beliau terlibat sama dalam membuat keputusan
kabinet..

NAZRI RASA KECEWA

Kekeciwaan Nazri dalam Debat ini tentunya kita rakyat dapat
fahami seperti UMNO dan Kerajaan seolah-olah mahu menja-
rak kan diri drp di kaitkan dengan debat yg di sertanya pada
25-mach ini.

Ini seperti yang di jelaskan oleh Pak-Pak Menteri,Debat tersebut
tidak mewakili kerajaan.Debat tersebut antara Nazri dan Tun
Mahathir.

TAJUK DEBAT.

Tajuk Debat ia lah mengenai isu-isu yang melingkari Perdana
Menteri Najib Razak Umno,Kerajaan seperti 1MDB,dana 2,6b.
Hutang Negara RM.55 billion untuk landasan keretapi Pantai
Timor,Skandal BMF pada pemerentahan Tun Mahathir dan
lain-lain lagi.

Najib dan UMNO harus bangga dengan Nazri,atas keberanian
menterinya dan patut berterima kasih atas keberanian Nazri
menyambut cabaran Tun Mahathir bekas Bos lama nya untuk
berdebat,tetapi nampak nya keberanian Nazri langsung tidak
di hargai,malah ada menteri UMNO(Menteri Kewangan 11)
Johari,awal-awal lagi menyatakan penyertaan Nazri dalam
Debat itu tidak mewakili kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia TS.Anuar Musa pula
berkata UMNO menolak Nazri sebagai wakil parti dalam
Debat tersebut.

Apa pun rakyat terbanyak,non partisan menganggap Nazri
bukan Pondan,dia Jantan,dia bukan jagoh kampung seperti
menteri-menteri Umno lain Rahman Dahlan,Salleh Said Keruak
Kunan-Kunan dan lain-lain termasuk bos mereka,hanya bera-
ni bertempik di gelanggang sendiri saja.

Semoga debat ini dapat melondeh,menelanjangkan kepincangan
masing-masing,telanjang,londehkan hingga tinggal seluar dalam,
berdebat lah dengan suasana tenang,jangan gaduh-gaduh,sapa
menang,sapa kalah pada rakyatlah menilainya.Kami rakyat ter-
banyak berharap Debat ini tidak di batalkan di saat akhir.

Selamat berdebat,acara lodeh melodeh,rakyat nak tahu......

Hentam Awang Hentam-Tapi Jangan Sepak
Hentam Awang Hentam-Biar Sampai Depa Terberak
Ketam Mek 0oi Ketam-  Ketam Tempat Teduh
Godam Mek Ooi Godam-Jangan Bagi Depa Bergaduh...
hahaha-kihkihkih...


Friday 17 March 2017

PRU 14,BAKAL MENGHUKUM PENGKHIANAT TUAN GURU NIK AZIZ.
















---------------------------------------------------------------------------
Pas membayangkan biar pun Datuk Husam Musa sudah hidup
dengan Amanah,namun belum tentu Adun Salor itu boleh men-
capai impian nya bersama parti itu pada PRU-14 akan datang.

Sehubungan itu Ketua Penerangan  Pas Kelantan  Datuk Mohd
Nassuruddin berkata,sejak kebelakangan ini pun,terlalu banyak
perkara yang mengelirukan dan mengarut di bangkitkan terma-
suk isi Baiah dan tuduhan dana RM.90 Juta oleh UMNOuntuk
Pas.

"Orang yang langgar sumpah setia (Baiah) kita tidak boleh
ikut..Bila orang muda sokong kita,Insya Allah dalam Pilihan
raya nanti bukan umno sahaja kalah,tetapi Amanh  akan
hilang 'deposit',"katanya pada ceramah Baiah:Siapa khainat
Tok Guru disini malam kelmarin.

Ceramah yang di adakan di Tapak Pasar Lama Kok Lana itu
turut di sertai Ketua Penerangan Pas Terengganu,Mohd Nor
Hamzah,Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari
dan Yang Dipertua Pas Ketereh,Wan Ismail Jusuh.

Mohd Nasuruddin yang juga AJK Pas Pusat turut meminta

Husam mengumpulkan bukti sebagaimana di dakwanya,
Pas telah menerima dana RM.90 Juta daripada umno.

"Tunjuk bukti kalau kata Pas makan duit,duit itu berada
dengan siapa,siapa yang ambil,macam mana dia tahu,kena
beritahu,kalau tiada bukti jangan tuduh, kita pun buka
supit (bekas) kutip duit di Ceramah,"soalnya.

Mohd Nasuruddin juga menyifatkan sikap bekas exco
kerajaan negeri itu juga semakin pelik kerana kerap mem-
pergunakan nama Aruah Datuk Nik Azia Nikmat dalam
ceramahnya sebagai senjata mengkeritik Pas.

Padanya tindakan tersebut,sebenarnya tidak sesekali me-
lemahkan semangat perjuangan Pas,namun sebaliknya telah
membuka mata rakyat untuk menilai individu yang selama
ini menganggap dirinya sebagai anak didik setia Allahyarham
mantan Menteri Besar Kelantan itu.

Jika begitu Mohd Nasuruddin menganggap individu tersebut
perlu rasa malu dengan semangat Nik Aziz yang terus istiqamah
dengan Pas,biar pun wujud pelbagai cabaran termasuk tertubuh
nya parti baru selama ini.

"Tok Guru tidak pernah mengkhiqanati perjuangan islam,Tok
Guru meninggal dunia semasa hayatnya ahli Pas.Ini belum
mati dah ke parti lain,"katanya sinis - sinar-

Monday 13 March 2017

MUKTAMAR KE-63,PENTING SUNTIK SEMANGAT PRU-14















----------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR: Muktamar PAS ke-63 yang bakal berlangsung
di Kedah pada penghujung April akan menjadi platform penting
mencatur stratigi untuk menghadapi PRU-14,kata Pesuruhjaya
Pas Kedah,Dr.Ahmad Fakaruddin Sheikh Fakhrurazi.

Bakal di hadiri kira-kira 1,200 perwakilan,beliau berkata muk-
tamar itu merupakan medan terbaik meniupkan semangat dan
motivasi untuk anggota bekerja keras menghadapi PRU-14,
khususnya dalam usaha merampas semula negeri tertentu ter-
masuk Kedah.

"Antara topek menarik yang akan di bahaskan perwakilan
ialah persediaan negeri-negeri tertentu untuk di tadbir oleh
Pas jika di berikan kepercayaan dan mandat oleh rakyat,ter-
masuk lah di Negeri Kedah,"katanya kepada Bernama.

Muktamar Pas akan berlangsung dari 27 april hingga 1 mei,
tarikh di tetapkan untuk Muktamar Dewan Ulama adalah
28 april di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum,Tandop,Muk-
tamar Dewan Pemuda pada 27 hingga 28 april,di Kompleks
Pas Kedah dan Muktamar Dewan Muslimat juga pada 27
hingga 28 april di Pusat Pengajian Darul Hadis,Kampung
Tok Keling di sini.

Ahmad Fakaruddin berkata,Pas Kedah sebagai negeri yang
mempunyai jumlah anggota tertinggi ia itu 176,000,berhas-
rat menawan kembali Kedah dan menyifatkan Pas negeri
sudah bersedia menerima mandat daripada rakyat untuk men-
tadbir semula Kedah.

Pas ber sedia memikul tanggungjawab sebagai "goverment
in waiting"dalam Pru akan datang,jika segala persiapan kita
rangka akan di terjemahkan mengikut masa-masa tertentu.

"Sebagai tuan rumah Muktamar,kita cuba untuk memperli-
hatkan kepada rakyat,bahawa Kedah boleh menyatu kan
semua ahli-ahli Pas di Kedah dan sebarang kata-kata yang
boleh menggugat Pas tidak akan berlaku,"katanya.

Agenda Muktamar katanya,parti juga tertumpu kepada Per-
wakilan parti,di jangka Pas akan mendapat kepimpinan
baharu selewatnya 30 april ini melalui kaedah pemilihan
secara 'e-voting'.

Bagi pemilihan peringkat pusat,ia melibatkan jawatan
Presiden,Tim.Presiden,Tiga Naib Presiden dan 18 anggota
Jawatankuasa,menakala peringkat sayap,ialah melibatkan
ketua,tim.ketua dan naib.

Di tanya kemungkinan wujud golongan kecewa kerana
tidak mendapat tempat dalam pemilihan parti dan seterus
nya beralih arah kepada serpihan Pas ia itu Parti Amanah
Negara (PAN),beliau yakin perkara itu tidak akan timbul.

"Sekarang ini tidak timbul isu itu dalam Pas,semua jadi
satu aliran pemikiran dan keutamaan kita ia lah membentuk
politik Islam yg nak di terjemahkan dalam bentuk praktikal,"
katanya.

Berhubung isu kerjasama politik bersama UMNO.Ahmad
Fakaruddin berkata,parti sebelum ini sudah pun menegas
kan,bahawa tiada hubungan politik bersama UMNO dan
yakin agenda itu tidak di bangkitkan oleh perwakilan.

"Bagitu juga dengan DAP dan PAN,hubungan politik tidak
ada dengan parti-parti tersebut."

"Kalau Parti Peribumi Bersatu Malaysia,saya di fahamkan
bahawa Pas mengadakan hubungan dalam bentuk program,
namun belum sampai memutus hubungan dalam   bentuk
politik,kerana masih dalam rundingan,"katanya-Bernama.

Sunday 12 March 2017

Exco Kerajaan Johor:SPRM Jumpa RM.41,000,Rampas Toyota Vellfire..

Johor Bahru:Susulan penahanan exco kerajaan Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
merampas wang tunai berjumlah RM.41,000 dan se-
buah kenderaan Toyota Vellfire.

Selain itu,sumber SPRM berkata,mereka turut mene-
mui 150 beg tangan wanita pelbagai jenama.

Sementara itu di fahamkan SPRM akan mendapatkan
perentah reman di Mahkamah Sesyen Johor Bahru ter-
hadap exco terbabit bagi meneruskan siasatan.

Exco berkenaan di tahan SPRM pagi tadi bagi mem-
bantu siasatan kes rasuah dan penyeliwangan hartanah
di negeri itu.

Memetik laporan Mstar,exco tersebut di tahan jam
11 pagi tadi ketika hadir di Pejabat SPRM Johor Bahru.

Perkara itu di sahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk
Dzulkifli Ahmad.

Semalam Menteri Besar Johor,Datuk Seri M ohamed
Khalid Nordin mengumumkan penyusunan semula tiga
portfolio exco kerajaan Johor berkuatkuasa Ahad ini di-
mana jawatan exco tersebut akan di pangku exco lain.

Sunday 5 March 2017

BN BIMBANG PENGARUH WARISAN DI SABAH ?














---------------------------------------------------------------------------

Petaling Jaya: Bekas Naib Presiden UMNO,Datuk Seri
Shafie Afdal membayangkan kehadiran Perdana Menteri
Ds Najib Razak ke Sabah menunjukan pilihan raya  umum
ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

Sehubungan itu kata beliau,kepimpinan Barisan Nasional (BN)
tahu bahawa semakin mereka melewatkan keputusan memanggil
PRU-14, semakin ramai akan menyertai parti Warisan Sabah.

"Mereka tahu yang Warisan semakin pepular dan jika mereka
melewatkan pilihan raya,ramai akan menyertai Warisan,"kata
Priseden PARTI WARISAN sabah ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berada di Sabah semalam dan
hari ini sempena lawatan kerja selama 2 hari.

Sebelum ini ada laporan yang menyebut kemungkinan pilihan
raya umum negeri Sabah akan di adakan lebih awal bukan ber-
sama Semenanjung sebelum ini. Mandat semasa hanya akan
berakhir pertengahan tahun depan,tetapi spikulasi PRU 14 se-
makin kedengaran.

Berucap pada satu majlis di Lahat Datu,Sabah hari ini,bekas
menteri Kerajaan Pusat ini turut mempersoalkan langkah
Puterajaya menerima pelaburan Arab Saudi bernilai RM.31.1
Belion dalam projek kimia (RAPID) di Pengerang Johor.

Jumlah itu bakal di jana menerusi kerjaasama antara Saudi
ARAMCO dengan Petronas sebagai rakan pelaburan  kata
Najib.

Najib memberi tahu rundingan berhubung perkara itu telah
di muktamadkan,sekali gus di sifatkan antara keputusan ter-
besar di capai dalam lawatan Raja Arab Saudi.Raja Salman
Abdul Aziz Al Saud ke Malaysia.

Katanya,Syarikat Arab Saudi itu bakal menjadi pelabur
tunggal terbesar dalam projek tersebut.

Hari ini Shafie mempersoalkan langkah itu sedangkan projek
seumpama itu boleh di bina di Sabah.

"Di Sabah,kita ada Gas dan minyak,mengapa tidak mem-
bina projek penapisan di sini",kata beliau sambil menam-
bah Sabah ketinggalan dari segi ekonomi,meski pun kaya
dengan sumber alam semula jadi.

"Apa jenis perkongsian kekayaan apabila Kerajaan Perse-
kutuan ambil 95% (HASIL MINYAK) dan kita dapat 5%.
Kita adalah pengeluar terbesar GAS di Malaysia.Tetapi
kita boleh buat tangki Gas sendiri dan mesti beli dari
barat,"katanya.

Saturday 4 March 2017

FOREST CITY JOHOR






















======================================

Tun M.Turun Sendiri Ke Forest Johor Untuk Membuk-
tikan Ia Jadi Hak Milik Kekal Orang Luar.

Terkini bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr.Mahathir
Mohamad mengadakan lawatan khas pagi ini.

Bukti tanah di Forest City Johor Bharu kini hak milik luar,
Tun Mahathir meluangkan masa untuk melihat sendiri
kawasan tersebut.

Thursday 2 March 2017

HARGA GULA PULAK DAH...NAIK..














============================================
Harga Gula Naik...

Kementerian Sahkan harga gula naik 11 sen.

Petaling Jaya:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Penggunaan mengesahkan harga gula di naik
kan daripada RM.2.84 sen kepadaRM.2.95 sen  1 Kg sejak
semalam.

Kementerian terbabit berkata,kenaikan itu ekoran pening-
katan ketara harga gula mantah dunia  yang     di Import
Malaysia.

Di bawah perentah kawalan harga dan anti pencatutan
(Penentuan Harga Maksimum)(No.2) 2017,kementerian
dengan ini menetapkan harga baru bagi gula pasir puteh
bertapis kasar pada harga RM.2.95 sen sekilogram.

"Bagaimana pun,kerajaan masih mengawal harga ter-
sebut pada paras paling minimum jika di banding kan
kenaikan di negara lain," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.

Kali terakhir harga gula di selaras ia lah pada
25 Oktober.2013.