BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 19 March 2017

JOM KEPADANG RENGAS-"DEBAT UMNO VS PARTI BUNGA"














=============================================

Debat antra Tun Dr.Mahathir,mantan Presiden UMNO dan
Perdana Menteri Malaysia 22 tahun,sekarang Pengerusi Parti
Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan Datuk Seri
Nazri Aziz  Menteri Pelancungan dan Kebudayaan n Ahli
Majlis Tertinggi UMNO Malaysia akan di adakan pada 25-
hb.Mach 2017 ini,jam 03.00 petang,bertempat di MRSM
Sultan Azlan Shah Padang Rengas Perak.

OTAI MASIH BERBISA

Tun Mahathir rakyat terbanyak menggap beliau Otai Masih
Berbisa,walau pun telah mengjangkau usia 91 tahun masih
mampu memberikan pandangan dan pemikiran .Beliau men-
dapat sokongan kebanyakan ahli-ahli UMNO hingga ke lenie.

Aku bukan lee nak menyokongnya,tetapi semasa beliau
menerajui negara,banyak kemajuan yang di buatnya,kita bo-
leh lihat dengan mata kepala sendiri.Walau pun semasa mene-
rajui negara beliau juga banyak membuat kesilapan,tuu biasa
lee kita sebagai manusia biasa tak sunyi drp kesilapan.Tetapi
ia tidak lah sampai membebankan rakyat,ia tidak menyusah
kan rakyat,ia tak mengambil wang negara,tidak mencuri wang
untuk masuk ka akaun nya sendiri.

NAZRI AZIZ

Nazri Aziz pula pada pandangan ramai boleh lah di katakan
anak didik Tuan Mahathir,beliau sebagai menteri kanan yang
menganggotai kabinet sejak Tun Mahathir lagi,hingga Tun
Abdullah Badawi dan sekarang di bawah Datuk Seri Najib,
tentu sekali beliau terlibat sama dalam membuat keputusan
kabinet..

NAZRI RASA KECEWA

Kekeciwaan Nazri dalam Debat ini tentunya kita rakyat dapat
fahami seperti UMNO dan Kerajaan seolah-olah mahu menja-
rak kan diri drp di kaitkan dengan debat yg di sertanya pada
25-mach ini.

Ini seperti yang di jelaskan oleh Pak-Pak Menteri,Debat tersebut
tidak mewakili kerajaan.Debat tersebut antara Nazri dan Tun
Mahathir.

TAJUK DEBAT.

Tajuk Debat ia lah mengenai isu-isu yang melingkari Perdana
Menteri Najib Razak Umno,Kerajaan seperti 1MDB,dana 2,6b.
Hutang Negara RM.55 billion untuk landasan keretapi Pantai
Timor,Skandal BMF pada pemerentahan Tun Mahathir dan
lain-lain lagi.

Najib dan UMNO harus bangga dengan Nazri,atas keberanian
menterinya dan patut berterima kasih atas keberanian Nazri
menyambut cabaran Tun Mahathir bekas Bos lama nya untuk
berdebat,tetapi nampak nya keberanian Nazri langsung tidak
di hargai,malah ada menteri UMNO(Menteri Kewangan 11)
Johari,awal-awal lagi menyatakan penyertaan Nazri dalam
Debat itu tidak mewakili kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia TS.Anuar Musa pula
berkata UMNO menolak Nazri sebagai wakil parti dalam
Debat tersebut.

Apa pun rakyat terbanyak,non partisan menganggap Nazri
bukan Pondan,dia Jantan,dia bukan jagoh kampung seperti
menteri-menteri Umno lain Rahman Dahlan,Salleh Said Keruak
Kunan-Kunan dan lain-lain termasuk bos mereka,hanya bera-
ni bertempik di gelanggang sendiri saja.

Semoga debat ini dapat melondeh,menelanjangkan kepincangan
masing-masing,telanjang,londehkan hingga tinggal seluar dalam,
berdebat lah dengan suasana tenang,jangan gaduh-gaduh,sapa
menang,sapa kalah pada rakyatlah menilainya.Kami rakyat ter-
banyak berharap Debat ini tidak di batalkan di saat akhir.

Selamat berdebat,acara lodeh melodeh,rakyat nak tahu......

Hentam Awang Hentam-Tapi Jangan Sepak
Hentam Awang Hentam-Biar Sampai Depa Terberak
Ketam Mek 0oi Ketam-  Ketam Tempat Teduh
Godam Mek Ooi Godam-Jangan Bagi Depa Bergaduh...
hahaha-kihkihkih...


0 comments: