BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 13 March 2017

MUKTAMAR KE-63,PENTING SUNTIK SEMANGAT PRU-14















----------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR: Muktamar PAS ke-63 yang bakal berlangsung
di Kedah pada penghujung April akan menjadi platform penting
mencatur stratigi untuk menghadapi PRU-14,kata Pesuruhjaya
Pas Kedah,Dr.Ahmad Fakaruddin Sheikh Fakhrurazi.

Bakal di hadiri kira-kira 1,200 perwakilan,beliau berkata muk-
tamar itu merupakan medan terbaik meniupkan semangat dan
motivasi untuk anggota bekerja keras menghadapi PRU-14,
khususnya dalam usaha merampas semula negeri tertentu ter-
masuk Kedah.

"Antara topek menarik yang akan di bahaskan perwakilan
ialah persediaan negeri-negeri tertentu untuk di tadbir oleh
Pas jika di berikan kepercayaan dan mandat oleh rakyat,ter-
masuk lah di Negeri Kedah,"katanya kepada Bernama.

Muktamar Pas akan berlangsung dari 27 april hingga 1 mei,
tarikh di tetapkan untuk Muktamar Dewan Ulama adalah
28 april di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum,Tandop,Muk-
tamar Dewan Pemuda pada 27 hingga 28 april,di Kompleks
Pas Kedah dan Muktamar Dewan Muslimat juga pada 27
hingga 28 april di Pusat Pengajian Darul Hadis,Kampung
Tok Keling di sini.

Ahmad Fakaruddin berkata,Pas Kedah sebagai negeri yang
mempunyai jumlah anggota tertinggi ia itu 176,000,berhas-
rat menawan kembali Kedah dan menyifatkan Pas negeri
sudah bersedia menerima mandat daripada rakyat untuk men-
tadbir semula Kedah.

Pas ber sedia memikul tanggungjawab sebagai "goverment
in waiting"dalam Pru akan datang,jika segala persiapan kita
rangka akan di terjemahkan mengikut masa-masa tertentu.

"Sebagai tuan rumah Muktamar,kita cuba untuk memperli-
hatkan kepada rakyat,bahawa Kedah boleh menyatu kan
semua ahli-ahli Pas di Kedah dan sebarang kata-kata yang
boleh menggugat Pas tidak akan berlaku,"katanya.

Agenda Muktamar katanya,parti juga tertumpu kepada Per-
wakilan parti,di jangka Pas akan mendapat kepimpinan
baharu selewatnya 30 april ini melalui kaedah pemilihan
secara 'e-voting'.

Bagi pemilihan peringkat pusat,ia melibatkan jawatan
Presiden,Tim.Presiden,Tiga Naib Presiden dan 18 anggota
Jawatankuasa,menakala peringkat sayap,ialah melibatkan
ketua,tim.ketua dan naib.

Di tanya kemungkinan wujud golongan kecewa kerana
tidak mendapat tempat dalam pemilihan parti dan seterus
nya beralih arah kepada serpihan Pas ia itu Parti Amanah
Negara (PAN),beliau yakin perkara itu tidak akan timbul.

"Sekarang ini tidak timbul isu itu dalam Pas,semua jadi
satu aliran pemikiran dan keutamaan kita ia lah membentuk
politik Islam yg nak di terjemahkan dalam bentuk praktikal,"
katanya.

Berhubung isu kerjasama politik bersama UMNO.Ahmad
Fakaruddin berkata,parti sebelum ini sudah pun menegas
kan,bahawa tiada hubungan politik bersama UMNO dan
yakin agenda itu tidak di bangkitkan oleh perwakilan.

"Bagitu juga dengan DAP dan PAN,hubungan politik tidak
ada dengan parti-parti tersebut."

"Kalau Parti Peribumi Bersatu Malaysia,saya di fahamkan
bahawa Pas mengadakan hubungan dalam bentuk program,
namun belum sampai memutus hubungan dalam   bentuk
politik,kerana masih dalam rundingan,"katanya-Bernama.

0 comments: