BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 17 August 2017

PETI BESI ISA DI BONGKAR,RM.100,000 DI RAMPAS..













------------------------------------------------------------------------------
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] merampas
wang tunai di anggarkan sebanyak RM.100,000 selepas menyer-
bu rumah bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd
[FGV] Tan Sri Isa Samad malam tadi.

Menurut sumber,serbuan di Senawang,Negeri Sembilan di buat
bagi meneruskan siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh
anak syarikat FGV Felda Investment Corporation [FIC] di Lon-
don dan Kuching.

"Wang berkenaan di temukan dalam sebuah peti besi milik
beliau yang kemudian nya di rampas bagi tujuan siasatan lanjut,"
sumber itu di petik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia di 
Kuala Lumpur hari ini.

Setakat ini,tiga rumah Isa,termasuk di Nilai dan Linggi Negeri
Sembilan di lapor telah di serbu.

SPRM juga menyerbu Pejabat barunya di Suruhanjaya Pencega-
han Rasuah Malaysia [SPRM] pagi ini.

Sebelum ini,FIC di lapor membelanjakan jutaan ringgit pada 2013
hingga 2015 bagi membeli dua buah hotel empat bintang,namun
pembayaran di percayai di buat melebihi harga pasaran.

Isa sedang menjalani perentah reman lima hari setelah di tangkap
semalam.
#sumber..






Friday 4 August 2017

Darihal Zahid Hamidi Bangkit Usul-Asal Mahathir..






















Darihal Zahid Hamidi Bangkit Usul Asal.Mahathir
-Oleh Anak Kampung Sumpit-
-----------------------------------------------------------------------
Banyak orang terkejut bila TPM Zahid Hamidi membangkit
kan Usul-Asal Mahathir keturunan India,sambil menunjukan
salinan kad pengenalan Tun Mahathir,katanya Mahathit anak
lelaki Kutty (Mahathir a/l Iskandar Kutty,jadi PM Malaysia
22 tahun,tipu Melayu.
Perkataan ini terpancul keluar dari mulut Zahid semasa ucapan
penutup Perwakilan Umno Kelana Jaya.
Ini menunjukan politik kebencian,Rasis,dendannya bagitu men-
dalam terhadap Tun Mahathir.
Kalau lee perkataan ini dari orang biasa seperti anak kampung
takpe lee,orang tak ambil kesah,habis-habis pun orang kata aku
bodo,Aku terimalee.
Tapi ini dari mulut Zahid TPM yg bergelar Datuk Seri (DR).
orang nombor DUA dalam pentadbiran Malaysia,selangkah
lagi untuk jadi PM,tentu tidak baik kelaku begini.Ini lah ba-
nyak orang pertikai,macam-macam tanggapan,tafsiran orang
atas ketelanjuran mulut Zahid.
Kalau nak marah macam mana pun,nak membodek Bos,usah
lee beremosi sangat,ada cara lain untuk membodek,bukan
menghina keturunan orang lain,Allah swt menjadi kita nie
berbagai bangsa,berpuak-puak,tujuan nya untuk saling me-
ngenali sesama kita.Kita hidup dalam sebuah negara berbi-
lang kaum (masyarakat majmuk) usah menghina keturunan
sesorang,nampak nya Zahid telah membuat kesilapan besar
hingga menyusahkan dirinya sendiri.
Aku bukan nak membela Tun Mahathir,kerana aku pun ba-
nyak tak berkenaan kelaku dia selaku menjadi PM,terutama
menghina Islam.Hukum Hudud,hingga janggut Nabi pun di
hinan nya,Pindaan Perlembagaan hapuskan kuasa Raja-Raja
Melayu.Itu dosa dia dengan Allah,mungkin dia dah bertaubat
kot.
Kenangkan lee sikit jasa-jasa dia (Dr.Mahathir) membangun
negara,daripada Pertanian ke Indastri dengan tidak membeban
kan rakyat marheim saperti kami.Leenie rakyat do beban kan
dengan pelbagai cukai GST,kos hidup yang tinggi dan lain-
lain.Ingat tuu,Zahid dok bernaung sekarang nie pun di bawah
Umno yang di tubuhkan Dr.Mahathir.
Sedikit Pencerahan Asal Usul Perdana Menteri Malaysia.
-Tengku Abdul Rahman Puttera Al-Haj,yang aku dapat tahu
dari bacaan aku dan pelbagai sumber.Dia tidak di pertikaikan
Melayunya,kerana dia anak raja,tetapi bondanya wanita Siam-
Darah Campuran.
-Tun Razak,berasal dari Bangsawan Melayu Pahang,tetapi asal
usulnya BOGIS,Bogis nie ada yang PELAYAR   ada juga
LANUN.
-Tun Hussein Onn,dia dari Bangsawan Johor,ia bekas tentera
British,berpangkat Kepton,Datuk nenek beliau DATOK ONN
dulu asal nya dari Turki,tidak buat kajian Teruki apa?.
-Tun  Dr Mahathir Mohamad,mempunyai seorang Datok
(Iskandar  Kutty) dari keturunan YAMAN,mereka berdagang
dan berdakwah ke India (KERALA) Sejak sebelum kedata-
ngan British ke India,orang Yaman yg menetap di India ini me-
nguasai bahasa Inggris,makanya Iskandar Kutty ini di kirim
oleh Inggeris ke Tanah Melayu pada masaitu,untuk mengajar
bahasa Inggeris kepada anak-anak Raja Melayu.
Iskandar Kutty berkahwin dengan perempuan Melayu Johor,,
bernama Siti Hawa,melahirkan beberapa anak,antaranya En.
Mohamad,En.Mohamad pernah bertugas sebagai Pengetua-
Sekolah Sultan Abdul Hamid Alur Setar Kedah.
En.Mohamad berkahwin dengan seorang wanita Bangsawan
Melayu Kedah bernama Wan Tempawan bt Wan Hanaf
melahirkan beberapa anak antaranya Tun Mahathir,sebab itu
nama Tun di gelar Che Det,kerana ibunya orang Bangsawan
dia berdarah pekat Melayu.
-Tun Abdullah Badawi pula datuknya Syeikh Abdullah Pahim
di percayai dari ARAB,ayah Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi
lahir di Mekah,Ibu Tun Abdullah pula suku sakat keturunan
Yunan di Bayan Lepas Pulau Pinang,maka Perdana Menteri itu
bukan Melayu Tulen.
-Zahid  kalau dia menjadi Perdana Menteri,dia juga bukan
Melayu Tulen Melayunya,kerana dia JAWA-Melayu itu ikut
taarif Perlembagaan Malaysia,ia beragama Islam,mengamal
kan adat resam Melayu,bertutur bahasa Melayu,maka Melayu
lee dia,tak caya sila rujuk pakar-pakar sejarah,seperti Prof
Khoo Kay Kim.
Jadi betul lee yang di sebut oleh Sasteruwan Negara Usman
Awang dalam Puisinya, Melayu di Semenanjung luas makna 
nya Melayu, Jawa itu Melayu,Bogis itu Melayu,Minangkabau
memang Melayu,keturunan Aceh adalah Melayu,Arab Pkistani
semua Melayu,Mamak Malabari di serap Melayu,malah
Muaalaf bertaarif Melayu.
Jadi tak usah lee di ungkit usul asal,kerana di Malaysia nie
takdak seorang pun Melayu Tulen menjadi PM,rakyat tidak
kesah Melayu apa jua jadi PM,Melayu Bogis,Jawa,bah kan
orang Asli pun takpe,asal berlaku adil,tidak menipu rakyat,
tidak merompak,menyamun harta rakyat negara,dan sentiasa
membela rakyat tak kira bangsa,agama,fahaman politik,itu
yang di kehendaki rakyat terbanyak.

Tuesday 1 August 2017

Dia Dah Datang..Dah...Bawa Ole-Ole..Umpan...

Jaga-jaga...wee,
Hantu Raya,Jembalang
Pelesit,Jerangkong,Toyol
dan lain-lain spesis hantu
mula keluar berkeliaran di-
seluruh perusuk kampung
hendak menipu manusia
dengan janji manis.

Tapi semua hantu,hantu
raya dan spesisnya hanya
keluar musim nak pilihanraya aje,selepas hantu-hantu nie
menang pilihanraya,ia akan bertukar menjadi "DRAKULA"
menghisap darah manusia [rakyat] pula.

Minggu lepas Warga Felda dapat Durian Sekah,Durian Run-
tuh yang agak besar juga.

Tahniah Warga Felda,makanlee umpan tuu,tapi jangan makan
gelojoh,jangan telan sekali mata kailnya,nanti lekat kat kerong-
kong susah jadinya nanti,kerutih-kerutih umpan tuu sikit-sikit
sampai habis.

Tapi ingat !!! Felda leenie sarat di banyangi pelbagai masaalah
dan skendal,dengan yang terbaru menyaksikan SPRM  menyam-
bung siasatan terhadap Felda Investment Corporation (FIC) ber-
hubung pembelian Hotel di London/Serawak yang di beli dengan
harga tinggi melampau.

Ini merupakan pengkhianatan amanah bani Umno kepada  BANI
Melayu, Apa yang berlaku pada Felda sekarang???.

Minggu nie bekas tentera pula terima habuan,minggu depan apa
pulak ???,takkan Warga Felda,Bekas tentera aje terima umpan !,
bagaimana Penoreh,Petani,Nelayan,Pak-Pak Iman,Rukun Tetang-
ga,JKK,Rela dan Pengemis? tak adil lee kalau tak di beri umpan,
kata nak menang besor,kena bagi lee semua.

Aku rasa Penoreh,Petani,Pak-Pak Iman dll,sudah pun siap sedia
untuk di panggil  untuk menerima Dedak.

Kita taulee,kerana banyak masaalah di Felda,warganya dah ba-
nyak berpaling arah,kena bagi dedak lee,demi untuk menyokong
Umno,kerana di sini ada 54 kerusi yang wajib di pertahan   kan
kalau tak abeh lee Umno.

Dengan habuan besar nie menandakan PRU 14 sudah terlalu
hampir.

Dedulu Warga Felda,Bekas Tentera,Penoreh nie di pandang jijik
oleh Umni/BN,kerana masa tuu mereka kuat,leenie baru sedar
Umno/BN dah nyawa-nyawa ikan,dah nak masuk kubur,baru teri-
ngat mereka-mereka nie.

Ingat tuu,umpan makan,tapi jangan telah mata kain nya sekali,
gitu juga dengan Penoreh,Peladang,Petani,Nelayan. Akai ada,
jangan letak kat lutut,jangan jadi bodoh dan membodohkan diri.
Kalau tak berada-ada,masakan tempua bersarang rendah,rakyat
kena ingat,kalau takut "DRAKULA" menghisap darah,mudah
aje,Nyahkan mereka, ini dari tampuk kuasa,atau dengan lain
perkataan, racunkan mereka ini dengan Racun COP TENGKO-
RAK, Anda boleh kan !!!.