BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 17 August 2017

PETI BESI ISA DI BONGKAR,RM.100,000 DI RAMPAS..













------------------------------------------------------------------------------
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] merampas
wang tunai di anggarkan sebanyak RM.100,000 selepas menyer-
bu rumah bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd
[FGV] Tan Sri Isa Samad malam tadi.

Menurut sumber,serbuan di Senawang,Negeri Sembilan di buat
bagi meneruskan siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh
anak syarikat FGV Felda Investment Corporation [FIC] di Lon-
don dan Kuching.

"Wang berkenaan di temukan dalam sebuah peti besi milik
beliau yang kemudian nya di rampas bagi tujuan siasatan lanjut,"
sumber itu di petik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia di 
Kuala Lumpur hari ini.

Setakat ini,tiga rumah Isa,termasuk di Nilai dan Linggi Negeri
Sembilan di lapor telah di serbu.

SPRM juga menyerbu Pejabat barunya di Suruhanjaya Pencega-
han Rasuah Malaysia [SPRM] pagi ini.

Sebelum ini,FIC di lapor membelanjakan jutaan ringgit pada 2013
hingga 2015 bagi membeli dua buah hotel empat bintang,namun
pembayaran di percayai di buat melebihi harga pasaran.

Isa sedang menjalani perentah reman lima hari setelah di tangkap
semalam.
#sumber..






0 comments: