BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 4 August 2017

Darihal Zahid Hamidi Bangkit Usul-Asal Mahathir..






















Darihal Zahid Hamidi Bangkit Usul Asal.Mahathir
-Oleh Anak Kampung Sumpit-
-----------------------------------------------------------------------
Banyak orang terkejut bila TPM Zahid Hamidi membangkit
kan Usul-Asal Mahathir keturunan India,sambil menunjukan
salinan kad pengenalan Tun Mahathir,katanya Mahathit anak
lelaki Kutty (Mahathir a/l Iskandar Kutty,jadi PM Malaysia
22 tahun,tipu Melayu.
Perkataan ini terpancul keluar dari mulut Zahid semasa ucapan
penutup Perwakilan Umno Kelana Jaya.
Ini menunjukan politik kebencian,Rasis,dendannya bagitu men-
dalam terhadap Tun Mahathir.
Kalau lee perkataan ini dari orang biasa seperti anak kampung
takpe lee,orang tak ambil kesah,habis-habis pun orang kata aku
bodo,Aku terimalee.
Tapi ini dari mulut Zahid TPM yg bergelar Datuk Seri (DR).
orang nombor DUA dalam pentadbiran Malaysia,selangkah
lagi untuk jadi PM,tentu tidak baik kelaku begini.Ini lah ba-
nyak orang pertikai,macam-macam tanggapan,tafsiran orang
atas ketelanjuran mulut Zahid.
Kalau nak marah macam mana pun,nak membodek Bos,usah
lee beremosi sangat,ada cara lain untuk membodek,bukan
menghina keturunan orang lain,Allah swt menjadi kita nie
berbagai bangsa,berpuak-puak,tujuan nya untuk saling me-
ngenali sesama kita.Kita hidup dalam sebuah negara berbi-
lang kaum (masyarakat majmuk) usah menghina keturunan
sesorang,nampak nya Zahid telah membuat kesilapan besar
hingga menyusahkan dirinya sendiri.
Aku bukan nak membela Tun Mahathir,kerana aku pun ba-
nyak tak berkenaan kelaku dia selaku menjadi PM,terutama
menghina Islam.Hukum Hudud,hingga janggut Nabi pun di
hinan nya,Pindaan Perlembagaan hapuskan kuasa Raja-Raja
Melayu.Itu dosa dia dengan Allah,mungkin dia dah bertaubat
kot.
Kenangkan lee sikit jasa-jasa dia (Dr.Mahathir) membangun
negara,daripada Pertanian ke Indastri dengan tidak membeban
kan rakyat marheim saperti kami.Leenie rakyat do beban kan
dengan pelbagai cukai GST,kos hidup yang tinggi dan lain-
lain.Ingat tuu,Zahid dok bernaung sekarang nie pun di bawah
Umno yang di tubuhkan Dr.Mahathir.
Sedikit Pencerahan Asal Usul Perdana Menteri Malaysia.
-Tengku Abdul Rahman Puttera Al-Haj,yang aku dapat tahu
dari bacaan aku dan pelbagai sumber.Dia tidak di pertikaikan
Melayunya,kerana dia anak raja,tetapi bondanya wanita Siam-
Darah Campuran.
-Tun Razak,berasal dari Bangsawan Melayu Pahang,tetapi asal
usulnya BOGIS,Bogis nie ada yang PELAYAR   ada juga
LANUN.
-Tun Hussein Onn,dia dari Bangsawan Johor,ia bekas tentera
British,berpangkat Kepton,Datuk nenek beliau DATOK ONN
dulu asal nya dari Turki,tidak buat kajian Teruki apa?.
-Tun  Dr Mahathir Mohamad,mempunyai seorang Datok
(Iskandar  Kutty) dari keturunan YAMAN,mereka berdagang
dan berdakwah ke India (KERALA) Sejak sebelum kedata-
ngan British ke India,orang Yaman yg menetap di India ini me-
nguasai bahasa Inggris,makanya Iskandar Kutty ini di kirim
oleh Inggeris ke Tanah Melayu pada masaitu,untuk mengajar
bahasa Inggeris kepada anak-anak Raja Melayu.
Iskandar Kutty berkahwin dengan perempuan Melayu Johor,,
bernama Siti Hawa,melahirkan beberapa anak,antaranya En.
Mohamad,En.Mohamad pernah bertugas sebagai Pengetua-
Sekolah Sultan Abdul Hamid Alur Setar Kedah.
En.Mohamad berkahwin dengan seorang wanita Bangsawan
Melayu Kedah bernama Wan Tempawan bt Wan Hanaf
melahirkan beberapa anak antaranya Tun Mahathir,sebab itu
nama Tun di gelar Che Det,kerana ibunya orang Bangsawan
dia berdarah pekat Melayu.
-Tun Abdullah Badawi pula datuknya Syeikh Abdullah Pahim
di percayai dari ARAB,ayah Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi
lahir di Mekah,Ibu Tun Abdullah pula suku sakat keturunan
Yunan di Bayan Lepas Pulau Pinang,maka Perdana Menteri itu
bukan Melayu Tulen.
-Zahid  kalau dia menjadi Perdana Menteri,dia juga bukan
Melayu Tulen Melayunya,kerana dia JAWA-Melayu itu ikut
taarif Perlembagaan Malaysia,ia beragama Islam,mengamal
kan adat resam Melayu,bertutur bahasa Melayu,maka Melayu
lee dia,tak caya sila rujuk pakar-pakar sejarah,seperti Prof
Khoo Kay Kim.
Jadi betul lee yang di sebut oleh Sasteruwan Negara Usman
Awang dalam Puisinya, Melayu di Semenanjung luas makna 
nya Melayu, Jawa itu Melayu,Bogis itu Melayu,Minangkabau
memang Melayu,keturunan Aceh adalah Melayu,Arab Pkistani
semua Melayu,Mamak Malabari di serap Melayu,malah
Muaalaf bertaarif Melayu.
Jadi tak usah lee di ungkit usul asal,kerana di Malaysia nie
takdak seorang pun Melayu Tulen menjadi PM,rakyat tidak
kesah Melayu apa jua jadi PM,Melayu Bogis,Jawa,bah kan
orang Asli pun takpe,asal berlaku adil,tidak menipu rakyat,
tidak merompak,menyamun harta rakyat negara,dan sentiasa
membela rakyat tak kira bangsa,agama,fahaman politik,itu
yang di kehendaki rakyat terbanyak.

0 comments: